23 June, 2009

ADUN Kota Shah Alam silap pilih lawan..

Manek Urai 2009..

Keghairahan ADUN Kota Shah Alam, namanya aku malas nak sebut, yang mana salah seorang daripada lima kepala Hindraf yang dibebaskan dari tahanan ISA baru-baru ini telah menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein supaya mengharamkan serta merta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Si ADUN ni mendakwa PERKASA telah menimbulkan kebimbangan di kalangan bukan Melayu kerana memperjuangkan hak-hak orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Si ADUN itu juga tidak senang hati apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Perkasa 12 Jun lalu. Katanya Najib tidak harus mengadakan pertemuan dengan Perkasa kerana pada pandangannya ianya bercanggah dengan 'Konsep 1Malaysia' yang diilhamkannya.

Kata si ADUN itu lagi Perkasa tidak boleh dibiarkan terus wujud dengan bertopengkan alasan untuk melindungi orang Melayu sedangkan pertubuhan itu didakwanya tidak ikhlas dalam perjuangannya. Dia bandingkan pula dengan kewujudan Hindraf yang telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Aku tergelak besar bila si ADUN yang aku meluat nak sebut nama dia ni duk sibuk-sibuk nak kritik PERKASA. Eh dia sedar ke tidak, PERKASA ni dipimpin oleh seorang Melayu yang gagah perkasa, tak gentar dengan ugutan, tak takut dengan ancaman.

Si ADUN itu nak cari gaduh dengan Dato' Ibrahim Ali pulak dah. Tak tahukah Ibrahim Ali ni orang gedebe laksana Adi Jagat Wira Keadilan Dunia. Kalau setakat si ADUN tu nak banding hujung jari Dato' Ibrahim pun tak padan. Orang Kelate kata, tak padan nak masuk bong (gelanggang).

Jawapan Dato' Ibrahim mudah saja "Siapa DAP yang mahu Perkasa diharamkan, mereka ingat mereka siapa".

Kepada Dato' Ibrahim, tak payah layanlah si Adun ni. Wat bazir air liur jah. Dato' teruskan berjuang demi kepentingan agama, bangsa dan tanahair.
.

4 comments:

  1. "tuai padi antara masak,
    esok jangan layu-layuan,
    intai kami antara nampak,
    esok jangan rindu-rinduan"

    ADUN Hindraf ni sebenarnya hendak memastikan orang tetap rindu padanya, so dia buatlah isu supaya orang nampak dia. Dalam politik, meraih sokongan adalah perkara yang penting, so itu lah cara yang terbaik.

    ReplyDelete
  2. Saja nak pancing undi kaum India dalam BN, untung-untung oleh menang lagi PRU akan datang. Suruh je dia balik India..... itu pun kalau orang terima.......

    ReplyDelete
  3. PERGHH DASAT WAKIL RAKYAT SEKALI2 BERGURINDAM SEHH HEHEHE..TP APE PUN MMG BTUL LA HINDRAF NI SENGAJE CARI PSL. APE DIA INGAT DIA AJE YG BLH BESAR KAPLA?..DEYY HINDRAF!!..PIGI JAHANAM DAAAA!!! KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  4. wakilrakyat -
    Saya setuju dengan wakilrakyat. Hindraf ni sudah sampai pada tahap kita meluat nak sebut. Sebab tu saya tidak sebut nama Adun dia tu, rasa meluat sangat.

    YANG GAMBI -
    Memang Hindraf ni sengaja nak cari pasal dengan kerajaan. Kalau balik India pun kerajaan India usir Hindraf ni keluar

    Jeffry -
    apa yang menyebabkab si Hindraf ni besar kepala adalah seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim. maksud Anwar dalam bahasa Arab adalah bercahaya, tapi si Anwar berahim ni makin lama-makin gelap.

    ReplyDelete