18 June, 2009

Siapa tidak sokong Nik Aziz, dia umpama sampah

Kempen Pilihanraya Manek Urai sedang memasuki fasa yang cukup menarik. Lepas satu, datang pula satu isu besar dalam Pas. Semalam Tok Guru Nik Aziz hambat keluar Ustaz Nasharuddin dari Pas. Bukan setakat suruh berhenti jadi Ahli Parlimen Bachok, jawatan Timbalan Presiden pun Nik Aziz suruh berhenti.

Lepas ni kita tengok siapa pula nak kena hambat oleh Nik Aziz. Kalau ikut kata-kata Nik Aziz tu siapa yang sokong kerajaan perpaduan adalah sampah dan boneka UMNO, harus keluar dari Pas mungkin Haji Hadi Awang pun akan kena terajang juga bila Nik Aziz dah mula bula langkah silat dia. Sebab orang yang mula kemukakan isu kerajaan Perpaduan ni adalah Haji Hadi sendiri.

Kalau keputusan seorang Presiden pun tidak ada nilai bagi Nik Aziz, eloklah dia terajang juga Presiden. Ye la kan Pas ni dah jadi parti milik peribadi dia. Tak payah nak jadi Presiden lah kalu tak ada kuasa nak buat keputusan.

Dulu orang Pas kata, Pas adalah Islam dan Islam adalah Pas. Sejak bergabung dengan DAP dan PKR, dah tukar slogan, Pas For All. Hari ni Pas dah jadi Pas itu Nik Aziz, Nik Aziz itu Pas.

Maka fatwanya adalah, barang siapa tidak bersetuju dengan Nik Aziz, maka sampahlah ia dalam Pas.

Kepada semua ahli Pas kenalah sokong Nik Aziz, kalau tidak anda akan difatwakan sebagai sampah.

No comments:

Post a Comment