11 July, 2009

"PAS TIPU SANA, TIPU SINI"



TOK MUDIN - Manek Urai, Sabtu 11 Julai 2009


Salam untuk semua, satu hari atuk ada 'terbaca' kitab rujukan orang2 PAS "Marakah", dalamnya banyaklah terdapat artikel dan rencana marah-marah, tidak puas hati, fitnah, angkat bakul sendiri, dan tiada apa yang dapat diambil daripada kitab itu selain dari 'mewujudkan' perasaan benci,marah, meluat, dan terpengaruh dengan fitnah-fitnah yang digembar-gemburkan...semuanya pandangan negatif ditujukan pada KERAJAAN, tiada satupun yang baik dinyatakan. Hal ini lah yang membuatkan orang yang terkena 'hasutan' akan menentang kerajaan yang dipilih rakyat.


Dalam banyak-banyak cerita mitos dan rencana tahyul, atuk berminat kepada satu lakaran 'kartunis ' yang memaparkan gambar seorang pemimpin UMNO yang turun menoreh getah bersama peneroka. Atuk angkat tangan 'tabik' hormat pada YB Sdr Ahmad Maslan kerana sanggup turun padang untuk melihat kehidupan masyarakat di Manek Urai, ini menunjukkan yang YB masih seperti dahulu dulu, sentiasa mesra dengan orang kampung, sene baso dan mudah kiro, tidak sombong dan tidak berlagak macam YB dari PAS, walaupun asalnya susah tapi bila dah jadi YB nak 'berkecek' pun payah. Sibuk memanjang takut kita rakyat hina- dina mintak tolong. Tapi bila ada orang buat baik mulalah mereka kata bukan-bukan...hai apo nok jadi..

Tapi apo pun..atuk ucapkan tahniah kepada YB Ahmad Maslan kerana berani buat perkara yang patut 'pemimpin' UMNO lain buat..kalau macam ni atuk jamin, PAS akan lingkup dalam PRU nanti...




Dan hari ini atuk nak ceghito tentang fenomena akhir zaman yang berlaku;

Pertamanya : Orang Jahil Berlagak Alim

Keduanya : Orang Miskin Berlagak Kayo

Ketiganya : Orang Bodoh Berlagak Cerdik

Keempat : Kito Raso Kito betul, Orang lain Sumo Salah

Kelimanya : Kito Bermegah Dengan Kijo Kito, Kito Hino Kijo Orang

Keenam : Kito Sokong PAS Walaupun Kito Tahu Sesat



Note : Tahniah untuk Tok Pa dan Tok Awe, PAS dah kecut perut di atas gandingan Dato' berdua...

No comments:

Post a Comment