06 July, 2009

"REALITI MANEK URAI - SIRI 2"


TOK MUDIN - Manek Urai, 7 Julai 2009

9.00pg- Hari ini atuk berkesempatan untuk melawat ke Kg. Manek Urai Baru (peti undi Manek Urai Baru) bersama seorang kawan. Kami bertolak dari Bandar Kuala Krai pada jam 9.00pg dan sampai kira-kira jam 9.30pg. Kenderaan kami melewati beberapa tempat yang boleh dikira menarik sepanjang jalan.. Panorama yang banyak dapat dilihat di kiri kanan jalan selain dari bangsal-bangsal penjaja , gerai-gerai makan , ladang kelapa sawit yang telah menghampiri usia tua dan bukit-bukit yang digondol kerana 'kerakusan' manusia yang bersifat penjarah dan penjajah, tanpa menghiraukan kestabilan ekosistem dan fitrah alam yang diwajibkan oleh PENCIPTA YANG MAHA AGUNG, yang menuntut umatNya agar menjaga , memakmur dan melindungi alam ini...

kenapa ada bendera PAS dipagar KEMAS?

Ternyata, walaupun negeri Cik Siti Wan Kembang ini diperintah oleh "PEWARIS NABI" kononnya, dan dikenali sebagai "SERAMBI MEKAH" tetapinya ianya amat menyedihkan.. Pada fikiran atuk, seandainya inilah akhlak yang ditunjuk oleh Kekasih ALLAH, Nabi Muhammad SAW sudah tentu tiada lagi manusia yang beragama Islam pada hari ini. Kerakusan mengatasi sang GELOJOH, kebodohan yang mengatasi sang JAHIL , kezaliman melampaui yang SESAT. Apa tidak, negeri yang cantik diBODOHkan, hasil yang banyak diBINASAkan,sumber manusia yang cerdik pandai diHALAUkan.

terdapat poster Nik Aziz berdoa di bucu pagar klinik. ish..ish..ish..

Cuba lihat berapa banyak kawasan balak dan bukit digondol kerana untuk memenuhi perut-perut buncit tokey-tokey yang menjarah atas dasar ISLAM, cuba lihat berapa ramai anak muda dan belia yang ada? semuanya berhijrah ke 'negeri' lain untuk mencari sesuap nasi untuk menyara diri dan keluarga. Ini secara tidak langsung menyebabkan masalah sosial berlaku sepertimana termaktub setiap hari di dada akbar dan media massa. Penagihan dadah,pil kuda, samun, rogol,buang anak dll, banyak berlaku di kalangan anak-anak kelantan yang berada di luar, masyaallah.. Ini semua gara-gara tiada pemantauan oleh ibu bapa, yang sememangnya berjauhan...siapa kisah anak siapa, kerana ketiadaan kerja maka terpaksalah mereka mencari sesuap rezeki untuk meneruskan kehidupan dalam sebuah negeri yang sering melaungkan "BALDATUN TAIYIBATUN WARABBUL GHAFUUR"..

mungkinkah akan ada jambatan baru sekiranya UMNO yg memerintah atau
akan wujud dengan doa 'tok guru'..zam..zam..allakazam!

Sumber bumi banyak,sumber manusia banyak, panorama indah alam banyak.. Tetapi kerana di'serahkan' kepada mereka yang bukan ahlinya, maka rosak segala-galanya.. Ibarat kata pepatah "Beri Bunga Pada Beruk" sudah tentu tiada nilainya. Apapun panorama kali ini dihiasi dengan bendera bulan penuh purnama dan dacing penuh saksama. Sungguh indah, seindah bakal-bakal YB yang bertanding memikirkan kemenangan masing-masing..
Ternyata sudah 9 kali Wakil Rakyat PAS memenangi kawasan ini, tetapi tiada satu pun pembangunan yang telah dibuat. Sekolah di Manek Urai Baru, klinik Kesihatan, rumah Bidan, Tadika Kemas,Jalan Raya dan jambatan sempit (penghubung antara Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama) semuanya dibuat oleh kerajaan UMNO yang dituduh 'KAFIR' .Sedangkan yang mendabik dada dengan penuh 'Islam' tiada apa-apa tindakan dibuat selain "wajah berdoa" dipaparkan di kepala gertak (jambatan) dan di pagar klinik Kesihatan...yang lainnya apa?! TIADA APA_APA!!!

No comments:

Post a Comment