25 June, 2009

Kerajaan Perpaduan - 12,293 pengundi Manek Urai wajar putuskan

Manek Urai 2009 menulis..

Isu kerajaan perpaduan mungkin selepas ini akan sepi di medan internet dan dada-dada akhbar tetapi tidak di Manek Urai. Rata-rata penduduk Manek Urai walaupun jauh di pedalaman tetapi sentiasa peka dengan perkembangan isu kerajaan perpaduan ini.

Penduduk di sekitar Manek Urai ini yang rata-ratanya 99.22% beragama Islam pastinya tertanya-tanya satu cetusan idea bernas yang dikemukakan oleh Presiden Pas, kemudiannya disambut baik oleh UMNO dan disokong oleh Mufti-mufti dan tokoh Ilmuan Islam, disokong juga oleh NGO-NGO tetapi akhirnya menemui jalan buntu sebelum sebarang perundingan dimulakan.

Orang-orang Melayu seperti di Manek Urai ini yang sejak sekian lama dipisahkan oleh anutan politik kepartian sehingga menjadikan seolah-olah mereka hidup dalam dunia yang tersendiri.

Pas dengan budaya ketaksuban terhadap pemimpinnya yang disokong umpama Dewa, apa yang terkeluar dari mulut pemimpin itulah fatwa. Apa yang disuruh oleh pemimpin laksana fardhu ain yang berdosa jika diingkari. Budaya inilah yang sama sekali tidak ada dalam ajaran Islam, diwarisi secara turun temurun dari dulu sehingga menjadikan satu fahaman musuh mereka adalah satu - UMNO.

Apa sahaja yang berkait dengan UMNO adalah musuh yang bukan sahaja perlu ditentang dan dijauhi, malah berkawan dengan UMNO menjadikan mereka akan disumpah seranah. Tidak kiralah walaupun orang itu bukan ahli Pas, atau penyokong biasa mahu pun Timbalan Presiden sekali pun. Itulah Pas.

Menyedari hal ini, atas rasa tanggungjawab dan hasrat mahu melihat pemikiran penyokong Pas kembali ke jalan yang lurus, Presiden Pas mencadangkan satu pendekatan yang akan menghimpunkan pemimpin Islam di satu meja rundingan, dinamakan kerajaan perpaduan.

Matlamatnya adalah untuk menamatkan sengketa yang telah berakar umbi sejak sekian lama antara orang Islam di negara ini bagi memastikan masa depan generasi baru akan terjamin. Cadangan ini disambut baik oleh UMNO dan disokong oleh Mufti-mufti.

Apakah idea ini tidak baik dan akan merugikan masa depan Islam di negara ini ?

Cahaya di hujung terowong semakin nampak kemilaunya apabila Mufti-mufti dan tokoh agama menyokong secara terbuka malah sanggup menawarkan diri menjadi orang tengah. Tenyata sekali tidak ada apa yang perlu dipertikaikan mengenai hasrat muzakarah ini.

Tetapi orang yang menggagalkan muafakat sesama Islam ini adalah Nik Aziz sendiri. Seorang tok guru dalam Pas yang mana dialah segala-galanya bagi Pas. Pas adalah Nik Aziz dan Nik Aziz adalah Pas. Posternya sahaja dikatakan cukup untuk menarik pengundi menyokong Pas. Sebab itu sampai hari ni poster Haji Hadi tidak ada satu pun di Manek Urai ini.

Malah khabarnya ada Imam salah sebuah masjid di sini berkata dengan memandang gambar Nik Aziz sahaja kita sudah mendapat pahala. Ini aku tak pernah dengar tuk-tuk guru atau ustaz-ustaz mengajar lagi. Ni first time dengar, sebab pilihanraya. Pandang gambar pun dah dapat pahala, apatah lagi jika mengundi parti dia, dapat tiket business class untuk terbang ke syurga la kot. Penyelewengan agama secara tereng-terangan dan semakin menjadi-jadi. Moga-moga Allah memberi hidayah kepada Imam berkenaan.

Biarlah Nik Aziz dengan dunianya. Kita hormatilah pendirian itu walaupun dia menganggap berbaik-baik dengan bukan Islam yang terang-terang menentang Islam adalah lebih baik daripada bersatu padu sesama jemaah Islam untuk sama-sama membangunkan negara.

Biarlah Nik Aziz nak kata tidak boleh berbaik dengan UMNO kerana UMNO zalim dan kekalkan undang-undang penjajah. Biarlah Nik Aziz nak kata Pas berbaik-baik dengan DAP sebab nak dakwah DAP. Pedulikan bila Nik Aziz kata DAP lebih Islam daripada UMNO dan layak dijadikan kawan mentadbir negara dalam usaha mewujudkan negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud.

Biarkan Nik Aziz dengan dunia dia. Dia bukan nabi yang semua kata-kanya adalah hadis. Dia bukan Wali yang tutur lidahnya menjadi keramat. Dia hanya pemimpin Pas yang tak ada beza dengan pemimpin-pemimpin Pas sebelumnya. Percayalah tidak berdosa kalau kita tidak menyokong partinya.

Kita tahu ramai penyokong Pas yang tidak taksub kepada Nik Aziz termasuk Presiden Pas sendiri, dah berbulu dengan sikap Nik Aziz sekarang. Tapi nak buat macam mana, selagi Nik Aziz ada kata-katanya adalah menjadi perlembagaan kepada Pas. Semua wajib akur. Kepada Haji Hadi dan lain-lain sabarlah, istigfarlah banyak-banyak.

Insyaallah Pas akan menjadi parti yang lebih baik dan lebih waras selepas zaman Nik Aziz. hanya pastikan pengganti Nik Aziz bukanlah ayam didiknya yang kalah dalam Muktamar hari itu.

Kepada pengundi Manek Urai, sewajarnya memberikan mesej penting kepada Nik Aziz dengan mengundi UMNO dalam pilihanraya kali ini. Sekurang-kurangnya ia dapat menyedarkan Nik Aziz apa yang dia buat sekarang adalah salah. Pengundi Manek Urai perlu menyatakan bahawa Nik Aziz sebagai orang paling dipatuhi dalam Pas sepatutnya berusaha menyatukan umat Islam, bukan berusaha menghalangnya. Moga-moga Allah membuka pintu hatinya. Amin.
.

No comments:

Post a Comment