Poster berbunyi "BN Sementara PAS Selamanya" - agak-agaknya boleh bawa bendera Pas ke dalam kubur atau ke akhirat sebab PAS Selamanya. BN Sementara dah betul dah sebab BN parti untuk tadbir semasa hidup di dunia
Kira-kira 45 minit melalui jalan sempit yang lopaknya lebih luas, kami akhirnya tiba di kawasan Sungai Perial dan kembali memasuki jalan utama Kuala Krai - Gua Musang.
Kemudian meneruskan perjalanan sehingga tiba di simpang tiga berhampiran Masjid yang dibina oleh Dato' Wan Zaid, bekas Ketua UMNO Kuala Krai. Sebuah masjid yang tersergam indah dibina sebagai amal jariah untuk kegunaan penduduk kampung. Kami mengambil kesempatan bersembahyang zohor di situ dan tidak lupa berdoa agar orang yang membina masjid ini dilimpahkan rezekinya oleh Allah swt.
Dato' Noor Zahidi bersama penduduk kampung, contoh pemimpin UMNO berjiwa rakyat
.
.
.
Gambar diambil dari puncak Bukit Tonggek menunjukkan ianya menjadi laluan utama penduduk
Selepas menempuh laluan mendaki yang berliku-liku di Bukit Tonggek, kami tiba di kawasan Bukit Budu, salah sebuah kawasan yang sehingga kini belum mendapat liputan telefon. Kami terpandang sebuah Surau Lama di kawasan ini yang agak daif tapi difahamkan ianya digunakan jemaah yang agak ramai.
.
Surau di Kg Budu, Lata Rek
Apabila tiba di kawasan Lata Rek, kami menuju ke kawasan jeram yang cukup dikenali ramai kerana disenaraikan dalam peta pelancongan Kelantan. Perjalanan yang cukup memenatkan ini membuatkan kami tidak sabar untuk mandi di lata Rek.
Sepanjang Sungai beberapa jambatan gantung yang agak usang kelihatan merentangi sungai yang agak luas ini. Kami tertanya-tanya kalau jambatan gantung yang uzur ini rosak, apakah tidak ada jambatan kekal yang dibina bagi membolehkan penduduk berulang alik ke seberang sana namun beberapa ketika kemudian kami menemui jawapan yang tidak disangka-sangka.
.
Rakit buluh yang digunakan oleh penduduk Kg Lata Rek untuk menyeberang sungai
Kami agak terperanjat apabila melihat rakit ini, bukan tidak pernah melihat rakit tapi tidak menyangka ianya masih digunakan pada zaman ini untuk menyeberang sungai yang sebesar ini. Tapi itulah hakikatnya kerana kedudukan yang agak jauh ke pedalaman. Pembangunan menjadi terhad, tambahan sejak sekian lama tidak diberi perhatian oleh kerajaan negeri.
Air sungai juga keruh kerana aktiviti penebangan kayu-kayu hutan di kawasan berbukit sekitarnya. Air yang keruh dan penuh keladak ini telah merencatkan rancangan kami untuk mandi di Lata Rek.
Dari pagi sehingga petang kami meninjau kawasan Dun Manek Urai ini rupanya belum pun sampai separuh daripada keluasan keseluruhan Dun. Perjalanan kami menyusuri kampung-kampung di pedalaman memakan masa kira-kira 5 jam ini hanya meliputi kawasan sebelah kiri jalan raya Kuala Krai - Gua Musang.
.
Air terjun Lata Rek, keruh - tidak sejernih dulu
Kami memerlukan sekurang-kurangnya 1 hari lagi untuk menelusuri kawasan perkampungan sebahagian lagi Dun manek urai iaitu di kawasan kanan jalan, dari Lakloh sehingga Sungai Perial.
manekurai2009.blogspot.com akan membawa anda ke sebahagian lagi Manek Urai selepas ini apabila ada masa yang sesuai.
.
No comments:
Post a Comment