21 June, 2009

'Orang itu' sudah datang

Manek Urai 2009 menulis...

Awas kepada penduduk Manek Urai, hari ini ada 'orang besar' akan datang bawa macam-macam cerita dongeng sebagai hiburan malam kepada pengundi di sini.

Khabarnya dia akan sampai petang ni, setelah mengadap Menteri Besar di Kota Bharu, untuk pakat nak samakan skrip, sebab mereka berdua akan berceramah malam ni di Peti Undi Laloh, dengan harapan dengan skrip yang sama itu mereka dapat buat orang Manek Urai lalok..

Aku tak hairan lah kalau malam ni dia akan bela diri berkenaan isu Liwat yang nak kena bicara 1 julai nanti, dan Nik Aziz akan kata beliau yakin orang itu tak salah malah difitnah ala-ala konspirasi politik 1998.

Sebab tu benda mula-mula orang tu buat bila sampai di Kelantan ni mesti gi mengadap Nik Aziz, nak pastikan Nik Aziz beri 'cop sokongan' dulu. Mungkin la Orang tu sekarang dah sampai di KLIA sebab nak ambil flight jam 1:20 ke KB.

Malam tadi aku dengar PKR Kelantan dan kerahkan penyokong-penyokong dia berkumpul di Airport KB nak sambut dia jam 2:30 petang ni.

Malam ni aku akan pergi buat pemantauan tempat dia ceramah, nak dengar apa benda baru dia nak merepek. Nanti aku hebahkan untuk makluman kawan-kawan semua.

2 comments:

  1. Orang yang anda maksudkan itu adalah pembelit tersohor. Awas rakyat Manek Urai.

    Kami, The Unspinners adalah blog pejuang yang bergerak untuk menyelamatkan rakyat dari pembohongannya.

    ReplyDelete
  2. Tq sahabat. Sahabat memang terror, si pembelit tu sekarang duk tengah pening sebab kat tempat ceramah hujan mulai turun..takut orang tak ramai

    ReplyDelete