21 June, 2009

Pas hadapi masalah besar tentukan calon

Manek Urai 2009 menulis..

Tidak pernah berlaku dalam sejarah di Kelantan, Pas kini menghadapi masalah yang cukup serius untuk menamakan seorang calon yang pada fikiran mereka paling layak menggalas harapan mempertahankan Manek Urai dalam PRK kali ini.

Pas sekarang bukan seperti dulu di mana air liur Nik Aziz tidak 'sekeramat' dulu. Kalau dulu walau ada tentangan tetapi apabila Nik Aziz kata mahukan seseorang calon tu, semua akan akur tetapi tidak sekarang.

Pas tahu parti bukan penentu mutlak menjamin kemenangan. Orang manek Urai lebih utamakan peribadi calon, mereka mahu orang setanding Arwah Pak Su Weil dan Pas tahu mereka tidak ada calon sehebat itu, sebab itu mereka sangat gelisah sekarang.

Daripada senarai yang dikatakan seramai 10 orang itu, walhalnya main sumbat sahaja, hanya ada tiga nama yang boleh dipertaruhkan ke gelanggang. Antara tiga nama ini saling melobi Nik Aziz untuk mendapat peluang dicalonkan.

Hasil 'suksik-suksik' dengan penyokong-penyong Pas, aku dapati nama Dr Hj Abdul Basit bin Hj Abdul Rahman di tempat pertama diikuti oleh Fauzi 'Ikan' dan Mat Yie 'Kopiah'. Dr Abdul Basit adalah abang kepada Abdul Latif Abdul Rahman, YDP Pas kawasan Kuala Krai yang juga Ketua Pemuda Pas Kelantan.

Ini adalah 3 nama yang paling disebut-sebut dalam kawasan Manek Urai tetapi aku sedang teliti beberapa nama lain juga. Tetapi yang menjadi masalah kepada Pas adalah ketiga-tiga nama ini tidak mendapat sokongan penuh bukan setakat di peringkat negeri malah sokongan dalam Manek Urai pun tidak menyeluruh.

Kita tunggu pengumuman rasmi Pas pada 26 Jun ini untuk menamakan calon tetapi dengan kemelut dalaman yang wujud hari ini, aku yakin Pas akan tangguhkan dulu pengumuman ini atas alasan menunggu UMNO umumkan calon dulu.

Tetapi jika benar Pas umumkan juga calon pada tarikh itu, aku akan bawakan ulasan dan pandangan masyarakat tempatan terhadap calon berkenaan.
.

9 comments:

  1. JIKALAU BENAR BAGAI DI KATA, INSYALLAH MANIK URAI DI TAWAN BN

    ReplyDelete
  2. INSYALLAH JEFFRY..KAWE LAGI BERSEMANGAT, KITA PAKAT-PAKAT DOAKAN..

    ReplyDelete
  3. hahahahahhahhaha ni mana punya berita pulok nih,macam tak tengok internet pulak.

    PAS dah nak umum calon pada 26/6 nih,umno masih duk teliti lagi,nak tetap tarikh untuk umum pun tak berani.

    apa citer eks bekas ketua bahagian kuala krai?

    ReplyDelete
  4. teruskan membuat laporan dari manik urai..

    kalau ada rezeki akan turun ke sana jugak

    w'salam
    pisau.net

    ReplyDelete
  5. Bekas Ketua UMNO Bahagian, Dato' Wan Zaid dah bagi confirmation akan membantu kemenangan BN malah sejak minggu lepas beliau bersama-sama dengan jentera BN berkampung di Manek Urai.

    Saya menulis berdasarkan kepada maklumat setempat dan pada banyak keadaan akan turut sama menyertai program-program dalam kawasan.

    ReplyDelete
  6. pemilihan calon mestilah berdasarkan kepada kehendak rakyat. atau dalam bahasa yang mudah calon mestilah "Rakyat yang mahu bukan parti yang mahu"..

    ReplyDelete
  7. tu pening pale ngn politik kat Malaysia ni...hai Malaysia...ape nak jd pun tak taula..kite doalah yg terbaik...

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Tuan/puan dijemput untuk beri komen/idea dalam blogs saya.Segala komen/idea tuan/puan sangat saya hargai.

    http://kuberharap.blogspot.com

    Terima kasih

    ReplyDelete
  9. Salam kenal dari sesama blogger... kunjungi blog saya ya... dari komunitas bloger indonesia tukeran link yuk
    http://blogartik.blogspot.com
    http://fotohalaman.blogspot.com

    ReplyDelete