13 July, 2009

BN MENANG DI MANEK URAI, KELANTAN TETAP DIPERINTAH PAS….!

Manek Urai 2009 menulis...

Dalam banyak-banyak E-mail yang ManekUrai2009 terima, ada 1 email yang datangnya daripada ahli Persatuan Pelajar Melayu Kelantan (PPMK) yang dalam perjalanan balik beramai-ramai untuk menunaikan kewajipan mengundi di Manek Urai.. Kandungannya sangat menarik dan wajar dibaca oleh semua terutama para pemilih yang akan yang akan membuang undi esok.

Kita ikuti bersama...

Gapo hak kawe dok penin loni nak pilih sapo dia tok wakil kawe. Kalau pilih hak serupa skalo tu (PAS) dah tentu la Klate tetap dieprintah oleh PAS. Serupa skalo la kita di Manek Urai ni dok gitu la. PAS tok wat gapo doh kot kita…. Demo tu dok kecek gedebe gitu jah… Kecek bolehlah puak tu..!

Dalam dok mikir-mikir, terlintas kawe raso molek kalau kawe pakoh BN sekali… Bukan gapo dio… kawe dok teringat ke janji tok-tok wakil BN seperti Tok Pa, dan Muhyidin. Demo tu bejanji nak buie banyok projek ka Manek Urai… Huh.. kalu jadi, tak ko hilir kita di Manek Urai, buleh dapat jamabtan baru. Jambatan hak lama tu… bo la kecik benar dah! Nak selisih kreta pun tak leh, jambatan gapo diaa tau…!

Sebab tu kawe dok telintas nak pakoh BN sekali ni… Biar hak demo tu dok bejanji tu dia kena buat. Kalau dia tak tunai janji, dia bedosa. Serupa la puak kita PR di Selangor hak dok janji dalam Manifesto Pilihan Raya Umum dulu nak bagi RM1000. Ko anak-anak Selangor yang masuk U, nak buie RM1000 sebulan ke ibu tunggal dan warga emas. Gapo diaa…. Sesen habuk pun tak leh.

Janji lagu tu tak bdosa ko…?

Sebab tu… adik kakak, ayah mak mari sekali ni kita pakat-pakat dok pakoh BN, biar dia menang, biar BN menang. Lepas tu… haa…. Biar dia buat semua hak dia dok bejanji tu… Kita bukan nak rugi sehabok pun. Serupa ambo ghoyak tadi… Klate dok perintah PAS jugok!

JADI ….. ESOK, PAKOH BN – PUAK KITA MANEK URAI UNTUNG…..!!! SELAMAT MENGUNDI....

drp : Persatuan Pelajar Melayu Kelantan (PPMK)

ManekUrai2009 : Tahniah kepada saudara dan rakan-rakan atas kesedaran ini. Sesungguhnya dengan undi yang saudara dan kawan-kawan akan berikan esok bukan sekadar akan membantu kemenangan BN tetapi yang lebih penting adalah undi-undi berkenaan akan membolehkan Manek Urai berubah wajah menjadi sebuah Agropolitan yang akan memberi manfaat kepada seluruh penduduknya.

ManekUrai2009 mengucapkan Selamat Mengundi kepada semua dan yakinlah InsyaAllah undi anda akan membantu menjadikan Manek Urai sebagai Pemangkin Perubahan di Kelantan

.

4 comments:

  1. Semoga Allah membuka pinu hati pengundi-pengundi Manek Urai untuk BN.......InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. kepada pengundi Manek Urai, selamat menjalankan tanggungjawab anda, pilih la dengan rasional bukan emosional. PAS dah rasa kebal, rasa gah dan hebat smp rasa maksum sangat. Cuba la beri peringatan pada mereka bahawa Allah Maha Berkuasa.

    ReplyDelete
  3. SEMOGA MANIK URAI MENGUNDI DGN LEBIH MATANG DAN BIJAKSANA

    ReplyDelete
  4. KALAH KALAH KALAH KALAH KALAH

    KALAH PERTAMA PERMATANG PAUH
    KEDUA KUALA TRENGGANU
    KETIGA DAN KEEMPAT DI DUA BUKIT
    DAN KELIMA DI MANEK URAI
    UMNO PARTI YANG HANYA TAHU KALAH

    ReplyDelete