Sejak malam tadi jalanraya utama Kuala Krai - Gua Musang mengalami kesesakan yang amat luar biasa. Dari Kg Pahi ke sehingga ke Lela Jasa di Laloh, kenderaan entah dari mana datang memenuhi setiap ruang di kiri dan kanan jalan.
Hari ini adalah Hari Mengundi. Kru ManekUrai2009 keluar seawal jam 8.30 pagi untuk mendapatkan perkembangan menarik di setiap tempat membuang undi. Selepas Dataran Peladang, kenderaan mula bergerak perlahan. Kereta-kereta dan motosikal membawa bendera dan poster parti tidak putus-putus mempamerkan sokongan terhadap calon masing-masing. Bermula di Kg Pahi kesesakan lalulintas sudah mula dirasai. Kereta-kereta yang tadinya bergerak perlahan mula tersangkut dalam kesesakan.
Perjalanan untuk tiba di Sekolah Kebangsaan Perial, yang menjadi tempat membuang undi kepada 2021 orang pemilih, mengambil masa kira-kira 50 minit. Pada hari-hari biasa ia hanya memakan masa kurang 5 minit.
Saksikan senario-senario menarik sepanjang Hari Mengundi, Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai dibawakan oleh manekurai2009.blogspot.com
1. Tempat mengundi - Sekolah Kebangsaan Perial - 10.30 pagi
Lalulintas semakin sesak
Sebuah kereta sewa, memotong di sebelah kiri membawa bendera Pas
..kemudian masuk ke tengah..menghalang kenderaan lain
..akhirnya tumpas di tangan polis trafik..
Petugas UMNO di depan pusat mengundi
Perayu undi Pas..
Kenderaan Polis pencegah rusuhan bergegas ke Sungai Perial apabila berlaku sedikit pergelutan dan pertengkaran antara penyokong Pas dan BN
Suasana lengang di pintu masuk pusat mengundi di SK Manek Urai Baru
Perayu undi Pas terus berkempen...
Sebuah kereta sewa, memotong di sebelah kiri membawa bendera Pas
..kemudian masuk ke tengah..menghalang kenderaan lain
..akhirnya tumpas di tangan polis trafik..
Petugas UMNO di depan pusat mengundi
Perayu undi Pas..
Kenderaan Polis pencegah rusuhan bergegas ke Sungai Perial apabila berlaku sedikit pergelutan dan pertengkaran antara penyokong Pas dan BN
2. Tempat mengundi - Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru - 12.30 tengah hari
Jalan masuk ke SK Manek Urai Baru.. sejak minggu lepas diwartakan sebagai Jalan Pak Su Wel sempena nama Arwah Pak Su Wel
Suasana lengang di pintu masuk pusat mengundi di SK Manek Urai Baru
Perayu undi Pas terus berkempen...
3. Tempat mengundi - Sekolah Kebangsaan Manek Urai - 1.15 tengah hari
jalan masuk ke pusat mengundi Manek Urai Lama..
Perayu undi Pas...agresif
Perayu undi BN...
Perayu undi Pas...agresif
Perayu undi BN...
4. Tempat mengundi - Sekolah Kebangsaan Karangan - 3.00 tengah hari
akan bersambung kemudian....
No comments:
Post a Comment