Keputusan pilihanraya di Manek Urai telah diumumkan jam 9.00 mlm tadi. Kita semua sudah tahu Pas berjaya mengekalkan kerusi Dun Manek Urai ini untuk sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya umum akan datang. Kita ucapkan tahniah kepada YB Mohd Fauzi atas kemenangan ini. Walaupun sudah mencapai cita-cita bergelar, harap-harap YB jangan lupa apa yang dijanjikan mesti ditunaikan.
Bagi yang berada di Dewan SMK Sultan Yahya Petra 1 malam ini, pengumuman kemenangan Fauzi tidak mengurangkan debaran kencang yang berdegup di dada.
Sejak petang tadi apabila pusat pengundian ditutup, BN dan Pas serta seluruh rakyat mula merasakan debaran yang hebat. Agen-agen BN dan Pas di pusat-pusat pengundian telah awal-awal lagi memberikan maklumat-maklumat kepada parti tentang data kehadiran pengundi dan dari situ parti-parti sudah dapat menjangka keputusan secara tidak langsung.
Pas sejak tengah hari mendabik dada mendakwa mereka akan mengekalkan kerusi Manek Urai dengan majoriti melebihi 2000 undi apabila melihat peratusan mengundi yang tinggi sehingga mencapai 70% menjelang tengah hari. Sebelum pusat pengundian ditutup, seramai 10631 pengundi atau 87 % keluar mengundi.
Tetapi ternyata jangkaan Pas jauh meleset. Fauzi bukan sahaja gagal mengekalkan majoriti Pak Su Wel sebanyak 1352 undi malah menyebabkan Pas hampir tersungkur malu di sebalik keangkuhan mereka.
Pas walaupun menang, telah mengalami kemerosotan sebanyak 398 undi. Pada pilihanraya Umum 2008, Pas memperolehi 5746 undi tetapi pada kali ini hanya berjaya mengekalkan 5348 undi.
Sebaliknya BN telah memperolehi tambahan 919 undi dengan memperolehi 5283 undi berbanding 4364 undi pada pilihanraya umum lepas.
Di kampung Pak Su Wel sendiri, Peti Undi Manek Urai Lama, Pas tewas dengan 189 undi. Rakyat terutama anak mukim arwah Pak Su Wel melihat Fauzi gagal membuktikan dirinya sebagai 'bayangan' Pak Su Wel.
Walaupun Pas menjangka akan menang mudah di kampung ini tetapi penduduk Manek Urai Lama buktikan mereka tidak rela ada "Pak Su Wel No. 2". Bagi mereka ketiadaan Pak Su Wel tidak wajar dijadikan modal politik. Rakyat Manek Urai Lama tidak rela nama arwah dijaja ke hulu ke hilir kononnya ada pengganti yang 'seiras' arwah.
Di Manek Urai Baru, BN telah mencapai kemenangan sebanyak 34 undi. Ini membuktikan rakyat di kedua-dua peti undi telah menyahut seruan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam untuk membina sebuah jambatan baru bernilai RM 10 juta menggantikan jambatan sempit yang sedia ada sekiranya pengundi menyokong BN.
Ternyata rakyat menilai keikhlasan TPM yang mahu melihat rakyat di Manek Urai Lama tidak terputus hubungan dengan dunia luar. Walaupun BN tewas dalam pilihanraya kecil ini tetapi rakyat di Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama telah buktikan mereka bersedia menjadi pemangkin perubahan dan memilih BN dengan majoriti yang selesa.
Sewajarnya TPM menghadiahkan jambatan baru berkenaan sebagai tanda terima kasih atas sokongan rakyat di 2 peti undi berkenaan.
Di samping berjaya mengekalkan kemenangan di Manjor dengan peningkatan majoriti menjadi 89 undi berbanding 31 undi pada pilihanraya umum lepas, BN juga berjaya mengekalkan rentak kemenangan dengan merampas penguasaan Pas di Peti Undi Temalir dan Laloh.
Kemenangan di Laloh menunjukkan kubu kuat Pas ini tidak lagi menjadi lubuk rezeki untuk Pas menabur janji syurga. Rakyat Laloh juga tidak terpengaruh dengan kehadiran ribuan manusia yang entah datang dari mana semasa ceramah Nik Aziz dan Anwar Ibrahim tempoh hari.
Kemenangan BN di Laloh juga membuktikan orang Melayu dan Islam tidak dapat menerima kecaman dan fitnah Nik Aziz terhadap BN. Keceluparan Nik Aziz dalam ceramah di Laloh menuduh UMNO sesat seperti Ayah Pin dan komunis 'dibayar cash' oleh masyarakat Laloh sendiri. Ini menunjukkan orang Melayu hari ini tidak boleh sewenang-wenangnya diperkuda dan dipersenda, dengan tawaran syurga dan air jampi.
Pengundi-pengundi Manek Urai telah memberikan isyarat jelas untuk kembali bergandingan memperjuangkan masa depan agama dan nasib anak bangsa bersama UMNO dan BN.
Pas dibantu dengan gabungan jentera pembangkang yang dikerah dari seluruh negara sehingga dengan bilangan yang amat ramai itu membolehkan bagi setiap tukang kempen Pas menjaga setiap buah rumah. Bilangan yang ramai ini juga telah membuatkan penyokong pas besar kepala, menghalang dan mengugut perayu-perayu undi BN dari berkempen.
Kehadiran tokoh-tokoh besar peringkat nasional seperti kepala pembangkang di parlimen, Anwar Ibrahim hanya mampu menarik orang ramai mendengar lawak jenakanya di pentas tetapi sama sekali tidak menggugat keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN.
Tidak cukup dengan Anwar Ibrahim, Pas 'import' juga Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Boleh dikatakan sebahagian besar wakil rakyat pakatan haram pembangkang berkampung di manek Urai, namun ia tetap tidak menghalang pengundi Manek Urai memilih jalan kebenaran.
Apa yang dapat dilihat dari keputusan pilihanraya ini adalah, kegagalan Fauzi menambahkan atau sekurang-kurangnya mempertahankan majoriti yang diperolehi arwah Pok Su Wel mencerminkan penolakan rakyat Manek Urai terhadap Pas.
Mungkin juga wajar dinyatakan di sini, penolakan terhadap Fauzi menunjukkan pengundi Melayu dan Islam tidak dapat menerima konsep 'perkahwinan haram' pakatan pembangkang yang lebih sanggup bersekongkol dengan parti PKR dan DAP yang terang-terang menentang Islam berbanding untuk bersama-sama UMNO mendaulatkan Islam di bumi ini.
Apakah selepas ini akan kedengaran kembali konsep kerajaan perpaduan? Apakah konsep ini akan dicanangkan kembali oleh Pas setelah melihat penolakan orang Islam terhadap pakatan haram pembangkang?
Apa yang pasti, Pas semakin tidak relevan selagi terus bersama pakatan pembangkang. Orang Manek Urai sudah bagi 'amaran', Pas mesti berubah jika tidak Pas akan rebah.. Kelantan akan menjadi pusara kepada Pas.
Kalah tetap kalah. Sabor aje la. Dah orang tak nak nak wat cam mana. Tolong orang yang sokong UMNO ni, ramai yang susah lagi..... belajar menerima kenyataan. Manek Urai belum sedia nak bagi menang pada UMNO. Tak gitu bro.......
ReplyDeletePertama: TAHNIAH kepada PAS kerana telah memenangi PRK Manek Urai walau apa jua alasan dan tohmahan daripada pihak lawan atas kemenangan tersebut tetapi MENANG TETAP MENANG.
ReplyDeleteKEDUA: TAKZIAH kepada UMNO/BN kerana terpaksa menelan sekali lagi kepahitan akibat kekalahan tersebut, walau apa jua tafsiran di buat tetapa hakikatnya KALAH TETAP KALAH.
KESIMPULANYA: Di dalam apa jua "pertandingan" antara dua belah pihak yang misti di cari serta diusahakan adalah KEMENANGAN. Sebagai contoh walau pun secantik mana sekali pun ,sehebat mana pun pasukan bola , jika di akhir wisel penamat pasukan yang serba kekurangan meski pun dapatkan hanya satu gol ,ia tetap sebagai PEMENANG.
salam alaikum...
ReplyDeleteundi = 10631
pas = 5348 = 50.30%
BN = 5283 = 49.69%
undi rosak = 117 = 1.10%
beza undi pas dan BN
cuma 65 = 0.61%
tak sampai pun 1% pun!!!!!
kalao ikut laporan dalam banyak surat khabar hari ini itulah jumlahnya!!!!!
jumlah yang mengundi = 10631***
pas = 5248
BN = 5283
undi rosak = 117
jumlah sepatutnya = 10748***
mengapa jumlah keluar undi
dengan jumlah sepatutnya berbeza!!!!!!
macam mana dia orang kira?????
tak faham aku?????
allooo cik... ngkao tolong fahamkan aku!!!!!
5348 + 5283 + 117 = 10748!!!
yang mengundi = 10631!!!
A'kum,
ReplyDelete65 undi, drpd majoroti 1300++ dlm PRU12.... hebat BN@UMNO. Hebat.... bagus.... SIAPA yang lebih HEBAT, lebih BAGUS??
Kemenangan ini akan memberi peluang kepada PAS@PR untuk muhasabah diri. Klu menang besar, nnti timbul perasaan takbur, riak...
Begitu juga BN@UMNO, klu menang sudah tentu muka depan akbar perdana akan penuh dengan pujian, kutukan (kpd yang kalah)... itulah mungkin hikmah Allh SWT kepada dua-dua pihak.
Kepada yang menang, syukurlah, yang belum menang, redhalah. Buat sesuatu, jangan lari dari Allah SWT, kena bersyukur, redha, muhasabah, jaga batas gaul, jaga batas waktu. Mungkin itu antara yang orang Islam (PAS dan UMNO) perlu pelihara untuk kebaikan bersama.
Lepas ni, yg telah berjanji, tunaikan janji.. tak kiralah menang ke .. kalah ke, dah adat berjanji kan.
Jangan nak tunggu menang baru nak beri jambatan, berilah, tulis kat papan kenyataan projek, "PROJEK JAMBATAN OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL", tak apa sbb nak umum kpd org ramai.
Janganlah kita curang di atas janji yang dibuat. KluBN@UMNO kalah kat MU, tak pa. Tapi, tempat TPM nak bina jambatan tu katanya BN@UMNO menang, so, tunaikanlah.
Itu sahajalah coretan saya, wassalam
manek urai 2009 menulis....
ReplyDeleteMungkin juga wajar dinyatakan di sini, penolakan terhadap Fauzi menunjukkan pengundi Melayu dan Islam tidak dapat menerima konsep 'perkahwinan haram' pakatan pembangkang yang lebih sanggup bersekongkol dengan parti PKR dan DAP yang terang-terang menentang Islam berbanding untuk bersama-sama UMNO mendaulatkan Islam di bumi ini.
PASAL UMNO TOLAK ISLAM LAH PAS BERGABUNG DENGAN PKR DAN DAP.
bila lah si melayu ni nak cerdik..BN tu umno aje ke..MCA,MIC sokong islam ke..
jangan lah orang UMNO terus memperlihatkan kebodohan diri sendiri.aku makin meluat kalau isu ni timbul..
Orang islam hanya boleh bersatu jika kita mengikut islam yang sebenar..kan ke tuan guru dah cakap kalau UMNO ikut islam yang sebenar dia sanggup bubarkan parti PAS..
Ikut aje lah..jangan kita berpura-pura lagi mengatakan UMNO tu perjuangkan islam..mana hasilnya..aku tak nampak pun..yang aku nampak makin ramai melayu-islam ni yang tak berapa nak islam dah..kecewanya aku..berapa ramai yang meninggalkan solat 5 waktu..yang lain tak payah cerita lah..
cuba kita semua renungkan..islam kah aku ni kalau tak ikut ajaran islam..
islam kah aku ni kalau sanggup lihat saudara seagama aku terang-terang buat maksiat.
islam kah aku ni kalau hanya sekadar nama ic tetapi bukan pembawaan..
aku cabar..pemuda.puteri,wanita dan sekutu umno buat kajian berapa ramai orang islam di malaysia ni solat,puasa.dan buat kajian berapa ramai yang buat zina,berjudi,minum arak.baru lah kita tahu betapa hinanya melayu yang menolak islam...
tak apa laa....sabar itu separuh dari iman...
ReplyDeletetak ari ni..lusa menang laa set kito tu.. yg penting kita kena cari penyokong.
set kito tak pandai nakis hujoh set dia kawe raso... set dia tuduh set kito v rasuah time pilihan raya cth beg sekoloh hok kawe dengar laa... tapi set dia bagi anak pokok tak ada pulok set kito nak gege... tu silap besar set kito... kite kena ada semangat cik ct sikit.. baru keris kite keramat sikit.... dok guano bro..