15 July, 2009

Manek Urai cerminkan penolakan rakyat terhadap Nik Aziz..

Manek Urai 2009 menulis...

Kegagalan Pas menambah majoriti selesa 1352 yang dibekalkan oleh Arwah Pak Su Weil sejak pilihanraya umum 2008 mengundang persoalan di kalangan penyokong Pas sendiri yang tidak menjangka penolakan rakyat terhadap Pas secara terbuka. Parti-parti pembangkang sekutu Pas juga melahirkan rasa terkejut dengan keputusan ini tetapi bagi rakyat Manek Urai, tiada apa yang luar biasa.

Kelebihan 65 undi yang dimiliki oleh Pas dengan sendirinya menolak sama sekali tanggapan Manek Urai sebagai kubu kuat Pas.

Majoriti 65 undi walaupun menjadikan YB Fauzi secara rasmi sebagai ADUN tetapi kekalahan Pas di 5 daripada 9 Peti Undi mungkin menjadikan Fauzi akan 'segan silu' memakai gelaran ADUN Manek Urai.

Nik Aziz dalam memberikan alasan penolakan rakyat antara lain mendakwa pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan oleh BN. Sememangnya manifesto BN cukup menarik dan diyakini akan membawa pembangunan ketara di Manek Urai. Tetapi ianya tidak boleh sama sekali dijadikan alasan terhadap keputusan pengundi..

Apa yang jelas piliharaya kecil Manek Urai ini bukan sekadar menemukan antara Tuan Aziz dari BN dan Mohd Fauzi dari Pas tetapi lebih besar lagi ianya merupakan pertarungan antara 2 jeneral di Kelantan ini.

Pilihanraya kecil Manek Urai telah menjadi medan mengukur penerimaan rakyat terhadap Dato' Mustapa Mohamad, Pengerusi BN Kelantan dan Dato' Nik Aziz Nik Mat, Pesuruhjaya Pas Kelantan.

Keputusan di peti undi yang dibuat oleh pengundi menunjukkan sokongan rakyat di Manek Urai terhadap Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan mengalami kemerosotan yang sangat besar. Ia mencerminkan penolakan rakyat terhadap kepimpinan Nik Aziz. Sebahagian rakyat Manek Urai mengundi BN lantaran merasakan kegagalan pemerintahan Nik Aziz selama 20 tahun yang terbukti tidak mampu mengubah wajah Manek Urai.

Manek Urai hari ini tiada bezanya dengan Manek Urai pada hari pertama Nik Aziz mengangkat sumpah pada tahun 1990. Sekolah-sekolah dan bangunan asrama yang ada di Manek Urai sedikit pun tidak ada kena mengena dengan pemerintahan Nik Aziz. Sedikit sebanyak pembangunan yang ada di sini, hasil sumbangan BN. Ia hakikat yang Nik Aziz sendiri tidak dapat dinafikan.

Nik Aziz sewajarnya memohon maaf kepada penduduk Manek Urai atas kegagalannya membela nasib rakyat di sini. Nik Aziz harus sedar beliau berdosa kerana gagal melaksanakan amanah Allah yang telah memberikan tanggungjawab kepadanya selama 20 tahun sebagai Menteri Besar tetapi kerana kelemahan dalam kepimpinannya, Nik Aziz telah gagal membawa perubahan kepada rakyat Manek Urai.

Rakyat Manek Urai tidak mampu lagi bersabar dengan alasan-alasan yang diberikan ekoran kegagalan Nik Aziz ini. Justeru, keputusan di peti undi menjadi cara terbaik untuk memberikan isyarat kepada Nik Aziz agar berundur secara terhormat.

Rakyat Manek Urai telah memberikan isyarat kepada seluruh rakyat Kelantan agar menukar kepimpinan Menteri Besar daripada Nik Aziz kepada orang yang lebih terbukti berkebolehan memimpin negeri ini.

Dan pengundi Manek Urai melihat Dato' Mustapa Mohamad sebagai orang paling layak memikul amanah Allah itu.
.

13 comments:

  1. Kdg-2 aku pelik dgn pandangan org luar Manik Urai yg mengatakan Manik Urai tak perlukan pembangunan, tak perlukan jambatan... Hakikatnya suara penduduk Manik Urai sendiri yang mahukan pembangunan... Betul tak Manik Urai 2009?

    ReplyDelete
  2. eXception - betul apa yang saudara katakan itu. Jika orang Manek urai tolak pembangunan pastinya BN tidak akan menang bergaya di Peti Undi Manek Urai Baru, manek Urai Lama dan Temalir.

    Tiga Peti Undi ini akan mendapat faedah langsung yang dijanjikan oleh TPM sekiranya BN menang semalam. Di manek Urai Baru dan manek Urai Lama, pembinaan jambatan baru menggantikan jambatan sempit sedia ada. Di Temalir akan didirikan Masjid baru untuk keselesaan qariah. Sebab itu BN menang di 3 peti undi ni walaupun sebelum ini ianya kubu Pas terutama Manek Urai Lama di mana terletaknya rumah arwah Pak Su Weil.

    Kemenangan di Manjor memang dijangka kerana sejak lama menjadi kubu kuat BN tetapi bila di peti undi Laloh BN turut menang telah memeningkan kepala Pas.

    1 kesilapan BN adalah gagal menjanjikan sesuatu di peti undi Lata Rek, BN kalah teruk dengan 258 undi. Sekiranya ada sesuatu perancangan BN untuk pengundi Lata Rek, majoriti di sini akan turun sehingga 100 undi. Dan BN akan menang dengan selesa dlm PRK.

    UMNO K.Krai harus mengambil inisiatif untuk menyediakan suatu program sesuai untuk masyarakat di Lata Rek.

    Pada masa yang sama juga di Lata Rek terdapat kira-kira 321 orang pengundi warganegara Thai
    yang menoreh getah, mempunyai kad pengenalan malaysia dan berdaftar sbg pengundi.

    Kegagalan UMNO K.Krai mengambil tindakan awal juga antara penyebab kekalahan teruk di peti undi lata rek.

    Semoga ianya menjadi pengajaran pada masa akan datang

    ReplyDelete
  3. bagus lah kalau nakkan pembangunan.tapi jangan lah sampai dibodohkan seumur hidup.
    apa yang umno bagi kat kelantan,tunjukkan lah contoh.. baru lah ada peluang nak menang.asyik cakap je..buat apa..kesian pada negeri kelantan yang membayar cukai.dinafikan hak untuk berkongsi kemewahan negara.setakat tu je lah melayu ni..asyik kena tipu aje..dengan angin-angan mat jenin..kononnya umno menang kelantan maju..si umno pun kalau nak pilih pemimpin carilah pemimpin yang islamik sikit..jangan lah cari yang tamak haloba..yang tak ada amanah,perasuah..penyokong umno pun seronok dapat duit..buat malu aje..tak ada duit kerja tak jalan..macam mana lah nak menang..

    pening dok fikir pasal nak rampas kuasa, fikir-fikir kan lah tentang keruntuhan akhlak golongan muda ni..aku benci betul kalau tengok disko,pusat judi,macam-macam lah lagi benda-benda maksiat kat negara ni. yang tu umno taknak laaa pulak nak perjuangkan.bersepah anak melayu-islam kat sana..

    asyik dok sibuk pasal nak jatuhkan kerajaan pas..apa cerita ni..marah sangat kat tuan guru nik aziz..apa salah dia nak tegur umno.. dah memang pun umno banyak menyeleweng dari akidah islam..terima lah kritikan..lakukan lah perubahan..bukannya merapu tak tentu pasal..siap berceramah lagi beza-bezakan politik dengan islam..mana punya mengaji lah penceramah umno tu..
    Yang benar tetap benar janganlah dok selewang kan fakta..dah kalah pun bongkak lagi..insaflah..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. kata-kata hikmat tok pa
    “Kita bercadang untuk meneruskan memberi perkhidmatan kepada kawasan ini dan kawasan-kawasan lain di Kelantan sebab kita rasa perubahan sudah berlaku. Kita buat ini sebagai tugas kerajaan pusat dan harap pilihan raya umum ke-13 rakyat Kelantan akan menilai kesungguhan dan komitmen kita untuk membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi,” katanya.

    akhirnya UMNO mengaku tugas mereka kat rakyat kelantan,alhamdulillah

    ReplyDelete
  7. jangan asyik salahkan kerajaan negeri je.. senang la macam tu..baik buang aje kelantan tu dari malaysia senang cerita..kau kaut cukai rakyat kelantan kau taknak tolong pulak..

    ReplyDelete
  8. Apa jua keadaan dan perdebatan selepas mendapat keptusan , yang pasti wakil rakyat Manik Urai daripada PAS. Apa yang nak di herankan sangat tentang majoriti? Boleh ke anda faham erti "penolakan" ? Penolakan ertinya KALAH yang tak MENANG. SEKARANG SIAPA YANG MENJADI WAKIL RAKYAT MANEK URAI ? Orang UMNO/BN ke ??

    ReplyDelete
  9. faizal -
    PawanaMelati -

    saya ucapkan terima kasih atas komen anda berdua dan saya hormatinya.

    walau bagaimanapun kami orang Manek Urai pasti lebih mengerti keadaan di sini berbanding sahabat-sahabat di luar sana.

    Kami lebih memahami kehidupan seharian keluarga kami, anak-anak kami.

    Sejak bulan lepas manek Urai cukup meriah dengan sahabat-sahabat dari luar datang. Segenap ceruk kampung kami dijejaki.

    Air terjun di kampung kami menjadi tempat sahabat-sahabat melepaskan lelah dan bermandi manda. Kami bangga apa yang kami miliki sejak sekian lama boleh juga dirasai oleh sahabat-sahabat dari luar.

    Sejak semalam, Manek Urai telah kembali seperti dulu. Tiada lagi deru kereta mewah, tiada lagi jem luar biasa dan tiada juga rumah sewa harga RM8000.

    Kami di manek Urai sama ada Pas atau UMNO, akan kembali hidup seperti biasa. Orang Pas luar sudah balik, orang UMNO luar juga sudah kembali.

    Kalau sahabat di luar sana dapat rasa penuh nikmat berada dalam negara malaysia bertuah ini, kami juga ingin kecapi. kami sedar kami jauh di pedalaman, tapi apakah kami tidak layak mendapat pembangunan?

    Apakah kami tidak layak mendapat jambatan baru? Sampai bila kami akan terus gunakan kemudahan zaman 80an ini?

    Kalau kerajaan negeri kami terus gagal bawakan pembangunan, kami juga ada kerajaan Pusat. Apa salahnya kami mohon dari kerajaan Pusat?

    ReplyDelete
  10. ore Manek Urai ni tok siang doh ko NIK Aziz yang berdoa sapai tubik air mata bui lebih 65 undi saja, tak caya ko tok guru ko

    ReplyDelete
  11. sahabat. dijemput datang menonton GADOH di USM pada 8.8.09 nanti. ajak kawan-kawan skali ok. :)

    tengok flyers kat sini: http://2.bp.blogspot.com/_VNg9zxVOC4E/Sl8h_B3gqYI/AAAAAAAAAx4/jiw9JqBVZwU/s1600-h/gadoh_at_kb.jpg

    ReplyDelete
  12. Manek Urai 2009, lama blog ni x update. Apa cerita dgn petisyen pasal peti undi Manik Urai Lama yg dikatakan kiraan di peti undi berbeza dari kiraan di pusat pejumlahan undi... Apa kes? takkan xde dengar khabar berita atau dari informer?

    ReplyDelete
  13. eXception - sebenarnya maklumat berkenaan perbezaan kiraan undi di Manek Urai Lama telah kami dapat semasa hari pengiraan undi lg. tetapi perkara ini tidak dapat kami isu kan di atas sebab-sebab tertentu dan juga utk menghormati arahan pihak yg lebih berkuasa. terima kasih kerana setia mengunjungi blog kami dan utk pengetahuan eXception dan pengunjung yg lain, kami para penulis manekurai2009 dalam proses utk kembali bergabung dlm sebuah blog baru yg sedang dlm pembikinan yg mana mungkin akan melibatkan penambahan panel penulis. diharap bersabar. terima kasih..

    ReplyDelete