11 July, 2009

Pas salahguna jentera kerajaan Kelantan

Manek Urai 2009 menulis...

Sebelum ini Pas begitu lantang menuduh UMNO menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen di Manek Urai, sehinggakan lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri pun dipolitikkan dan dianggap menyalahgunakan kemudahan dan kenderaan kerajaan. Pasukan keselamatan turut dikatakan menjadi sebahagian daripada siri kempen BN.

Titik peluh dan keringat anggota polis mengawal lalulintas bagi melancarkan perjalanan kenderaan (termasuk kenderaan pemimpin pembangkang sendiri) tidak pernah dihargai malah tohmahan dan tuduhan liar dibuat untuk merosakkan imej mereka.

Husam Musa, orang harapan Nik Aziz sendiri menyamakan khemah-khemah yang menempatkan anggota polis itu sama seperti khemah yang didirikan tentera Amerika untuk menyerang Iraq. Melampau la lu bro!!!

Kehadiran agensi-agensi kerajaan yang menjalankan tugas di Manek Urai dianggap sebagai musuh. Apakah mereka sedar sekiranya RTM tidak ditugaskan di Manek Urai adakah ucapan kepala-kepala pembangkang ini boleh disebar ke serata negara?

Apakah tanpa surat khabar, aktiviti calon mereka sendiri boleh diikuti pembaca di tempat lain?
Pernahkah mereka mengucapkan terima kasih apabila agensi kerajaan turut membuat liputan pada aktiviti mereka? Usahkan ucapan terima kasih, agensi-agensi kerajaan inilah yang menjadi sasaran sumpah seranah mereka.

Sebenarnya kehadiran agensi-agensi kerajaan ini adalah untuk melaksanakan tugas. Tidak ada satu pun kenderaan kerajaan diguna untuk kegunaan parti BN.

Sebaliknya Pas dengan sewenang-wenangnya menggunakan kenderaan rasmi kerajaan negeri Kelantan untuk berkempen. Tanpa segan silu dengan logo kerajaan Kelantan di pintu, kenderaan ini diguna keluar masuk kampung meraih undi untuk calon mereka. Apakah ini tidak dikatakan sebagai penyalahgunaan jentera kerajaan.

Mengekori sebuah Pajero milik kerajaan negeri Kelantan lengkap dengan sticker PAS

Gambar di atas dirakamkan di Kampung Kubur Jantan dalam Peti Undi Lata Rek. Anda saksikan sendiri kenderaan kerajaan Kelantan diguna untuk tujuan politik. Siap ada sticker Pas lagi kat cermin belakang. Di sini Pas mengadakan satu program (aku tak nak sebut program apa nanti bagi promosi percuma pulak), jauh di hujung kampung.

Kerana rasa curiga, kami kru ManekUrai2009 mengekori kenderaan ini dari jalan besar lagi sejauh kira-kira 2 km masuk ke Kampung Kubur Jantan.

Mereka memecut bila sedar diekori..

Pada mulanya tidak ada apa yang berlaku. Tetapi apabila mula menyedari diekori mereka memecut mula kenderaan walaupun dalam keadaan jalan kampung yang sempit dan tidak sempurna. Bayangkan memandu laju di jalan seperti ini pastinya akan membahayakan kenderaan lain dan juga kanak-kanak yang bermain di tepi jalan.


Memecut laju sehingga membahayakan kanak-kanak

Tidak salahguna kenderaan kerajaankah ini??

Kenderaan kerajaan tadi membelok masuk ke tempat program Pas. Memikirkan risiko yang dihadapi sekiranya turut masuk ke kawasan berkenaan, kami mengambil keputusan merakamkan dari jauh sahaja sebagai bukti untuk paparan di ManekUrai2009.

Relevankah kain rentang di atas?! Sekarang siapakah yang guna jentera kerajaan sebenarnya?!
.

6 comments:

  1. INI LAH ORG KATE "KATE DULANG PAKU SERPIH"..SENDIRI BUAT HAL X NAK MENGAKU. MALAH MENUDUH ORG LAIN LEBIH SUDU!!..BIASA LA..ORG hamPAS!

    ReplyDelete
  2. salam ziarah
    beginilah jadinya jika selalu tuding jari kepada orang...

    ReplyDelete
  3. Susah sungguh nak cari penyalahgunaan aset kerajaan negeri ek. Jumpa pajero sebijik riuh sedunia. Hehehehe. Opsss.... Sebelum tu Thank q media spt Berita Hairan, Utusan Meloya , Sinar Hari/Hair an , yg begitu ikhlas dalam memutar belitkan berita. haru biru yang mengenjoykan sungguh dibuatnya. Spekulasi mengatasi fakta. Cth Nasha yg masuk sepital, mcm2 andaian dibuatnya. Skali lagi tq. Terima kasih buat kerajaan persekutuan sbb hasrat murni jadikan manek urai anak emas kerajaan BN. Mmmg x sedaq diri org manek urai kalau x bersyukur. Bersyukur kat UMNO. Pas ni UMNO yang kaya raya akan memberikan kebahagian dan rezeki.

    ReplyDelete
  4. Qville Study,

    Kebenaran tetap kebenaran hatta ianya sehelai uban.

    DiKedah, billboard besar untuk tunjuk muka ustad azizan merata-rata seperti cendawan, sedangkan tidak berapa lama dahulu mereka mencemuh kerajaan persekutuan kerana billboard gergasi, la ni jadi boomerang.

    Banyak dan sedikit bukan ukuran. Jika memangpun BN ada buat salah, PAS bukan parti ma'sum. Setakat Mak Sum dalam PAS ada dalam UMNOpun ada.

    Mengenai Ustad Nasha, bukan setakat pihak UMNO sahaja yang berandaian, pihak PAS juga berbuat macam-macam andaian terutama bloggers kedua-dua pihak.

    ReplyDelete
  5. Alahai Qville Study...,
    A simple QUESTION lah....
    aku duk tanya kepada Penganut PIS selama ini..
    masih belum dapat jawapan.

    Adakah kesalahan org lain, menghalalkan pembohongan dan fitnah nkorang??

    "UMNO/BN buat semua salah haram, PIS buat takper...sebab??..Dulu UMNO dan BN pun buat"

    PIS nie memang Agama Walharammu, Walhalalku.

    LOL....

    ReplyDelete