22 June, 2009

Siapa yang Rugi bila Pas tarik balik cadangan kerajaan Perpaduan...

Manek Urai 2009 menulis...

Hari ini apabila Kepala-kepala Pembangkang bermesyuarat membincangkan Isu Kerajaan Perpaduan Pas dengan UMNO dan mengambil keputusan untuk menolak idea tersebut, ramai pemimpin Pas yang menentang keras idea itu bersorak gembira.

Tidak susah untuk difahami, mereka gembira kerana sekiranya idea tersebut menjadi kenyataan, pastinya idola mereka Anwar Ibrahim tidak akan berpeluang untuk melangkah lebih jauh. Peduli apa nasib orang Melayu dan rakyat, janji apabila impian big boss mereka menjadi kenyataan perut mereka juga yang kenyang.

Jadi dengan keputusan itu bermakna tiada lagi kerajaan perpaduan. Muktamad.

Ehh macam la UMNO yang terhegeh-hegeh nak ajak mereka. Macam tak sedar ke orang yang cadang idea tu Presiden Pas. Dah tu apa yang kata UMNO terhegeh-hegeh nak kerajaan perpaduan.

Bila Haji Hadi cadangkan pertemuan itu, Dato' Najib tidak ada halangan apa-apa untuk bincang kerana memikirkan kepentingan Melayu dan Umat Islam. Lagi pun apa yang salahnya nak bincang hal kepentingan Agama. Tiba-tiba bila tak jadi boleh dia orang kata UMNO akan rugi. Rugi apa bendanya. UMNO dah jadi kerajaan, bukannya pembangkang.

Sebenarnya ada 2 kerugian di sini apabila idea ini tidak menjadi kenyataan. Yang pertama pastinya lah orang Melayu dan Islam yang rugi kerana umatnya gagal mencari jalan berdamai semata-mata kerana golongan minoriti yang menjadi pembangkang itu mahu menjaga hati orang-orang kafir di sekeliling mereka.

Tak mengapalah Islam lemah asalkan kawan-kawan mereka kuat. Tak mengapalah Melayu pecah belah asalkan mereka boleh berbaik-baik dengan golongan Guan Eng dan Karpal Singh.

Yang keduanya rugi adalah, pemimpin-pemimpin Pas sendiri.

Melalui cadangan idea kerajaan perpaduan ini sekurang-kurangnya kalau menjadi kenyataan kelak pun, ada jugalah seorang dua Ahli Parlimen Pas yang akan diberi jawatan Menteri dan Timbalan Menteri. Merasalah juga walaupun tak ramai sebab mana boleh nak bagi ramai-ramai, MP Pas hanya 23 orang sahaja.

Tapi bila dah berpatah arang berkerat rotan sebegini, sampai bila-bila pun tak akan merasalah mereka menjadi Menteri. Nak harap jadi Menteri melalui pakatan pembangkang, jauh panggang dari api lah.

Sampai bila-bila pun pakatan pembangkang tidak akan dapat memerintah Malaysia. Masakan orang Melayu sanggup perjudikan nasib anak cucu mereka kalau memberi peluang kepada kepala-kepala pembangkang ini memerintah. Tuhan pun tak akan izinkan.

Aku rasa sebab ni jugalah Nik Aziz dan Husam Musa menentang separuh mati idea kerajaan perpaduan ini. Sebab kalau jadi idea itu, Nik Aziz dan Husam gerenti tak akan dapat jadi Menteri, sebab mereka berdua tu Adun. Yang dapat jadi Menteri pastinya Hj Hadi dan Ustaz Nasharuddin, sebab mereka berdua Ahli Parlimen.

Nik Aziz mungkin tak kisah dah kalau tak dapat jadi Menteri pun sebab umur dia dah 80 tahun. Tapi ayam didik Nik Aziz tu kan bercita-cita besar, bukan setakat nak jadi Menteri malah lebih dari itu.

Kalau Haji Hadi dan Ustaz Nasharuddin jadi Menteri, tertutuplah cita-cita ayam didik Nik Aziz tu. Nak jadi Menteri tak dapat, nak cabar jawatan Timbalan Presiden pas sekali lagi pun makin payah, nak jadi Presiden Pas tak bau langsung. Jadi biarlah Pas terjun dengan labu-labu mereka bersama PKR dan DAP. yang penting orang Melayu dan Islam tetap akan sokong dan bersama UMNO.
.

Nik Aziz 'akhirnya' terpaksa telan kahak sendiri

Manek Urai 2009 2009 menulis...

Sehebat-hebat Nik Aziz yang 3 hari lepas begitu lantang mempamerkan taring menghambat Ustaz Nasharuddin Mat Isa keluar Pas, mengarahkan beliau agar berhenti daripada jawatan Timbalan Presiden dan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok secepat mungkin, kini terpaksa menelan kahaknya sendiri dengan menarik balik kata-kata kecaman beliau itu.

Eloklah kalau dah tahu salah, balik lah ke pangkal jalan. Tapi yang bahananya macam biasalah media juga yang disalahkan kerana melaporkan isu berkenaan padahal memang dia buat kenyataan itu dalam sidang media pun. Bila dah namanya pun sebagai sidang media mestilah media akan laporkan kenyataan dia. Salah media jugakkah?

Walaupun dah rasa salah mengecam orang lain, Nik Aziz tetap akan mencari sasaran untuk diletakkan kesalahan itu kepada UMNO. Memang itulah kepakaran dia. Selain media, Nik Aziz juga kata isu ini timbul kerana mainan politik UMNO. Pulak dah. Dia yang sedap-sedap duk kutuk Ustaz Nasharuddin menyemak macam sampah dalam Pas, tiba-tiba kata ia mainan politik UMNO. Tak ada kena mengena dengan UMNO langsung. Padahal benda-benda tu semua keluar dari mulut 'keramat' dia.. Ish tak faham betulla aku..

Best betul jadi Nik Aziz ni. Dah terang-terang buat salah, keji orang macam-macam tiba-tiba hari ni kata Isu ni dah selesai. Tak berbangkit lagi. Macamlah apa yang dia kata tu tak berdosa. Ingat Ustaz Nasharuddin tu tak kecil hati ke bila kena caci macam tu. Mintak maaf sepatah pun tidak, apa lagi nak rasa menyesal.

Tapi nak buat macam mana, diakan Tok Guru.

Aku tiba-tiba teringat cerita Pak Pandir. Bila lalu seekor anjing depan rumah dia, dia tangkap dan sembelih. Siap buat masak kicap. So dia panggil Pak Lebai dan orang masjid datang kenduri. Bila dah siap makan, Pak Lebai tanya daging apa kau masak tadi Pak Pandir, lain macam rasanya tapi sedap jugak. jawab Pak pandir, pak Lebai jangan bimbang saya dah sembelih. Dah jadi halal daging anjing tuh.

Anjing tu jadi halal sebab dah sembelih ikut cara Islam. Begitulah Islam cara Pas. Yang haram pun jadi halal sebab letak nama Islam. Betul ke tidak tak penting lagi.

Ya Allah jauhkan aku dan umat Islam lain daripada terpesong akidah kerana mainan puak-puak yang merasakan diri mereka betul dalam semua hal. Kepadamu kami berserah. Bukalah hati-hati mereka yang telah gelap kerana ego yang disembah.
.

21 June, 2009

Pas hadapi masalah besar tentukan calon

Manek Urai 2009 menulis..

Tidak pernah berlaku dalam sejarah di Kelantan, Pas kini menghadapi masalah yang cukup serius untuk menamakan seorang calon yang pada fikiran mereka paling layak menggalas harapan mempertahankan Manek Urai dalam PRK kali ini.

Pas sekarang bukan seperti dulu di mana air liur Nik Aziz tidak 'sekeramat' dulu. Kalau dulu walau ada tentangan tetapi apabila Nik Aziz kata mahukan seseorang calon tu, semua akan akur tetapi tidak sekarang.

Pas tahu parti bukan penentu mutlak menjamin kemenangan. Orang manek Urai lebih utamakan peribadi calon, mereka mahu orang setanding Arwah Pak Su Weil dan Pas tahu mereka tidak ada calon sehebat itu, sebab itu mereka sangat gelisah sekarang.

Daripada senarai yang dikatakan seramai 10 orang itu, walhalnya main sumbat sahaja, hanya ada tiga nama yang boleh dipertaruhkan ke gelanggang. Antara tiga nama ini saling melobi Nik Aziz untuk mendapat peluang dicalonkan.

Hasil 'suksik-suksik' dengan penyokong-penyong Pas, aku dapati nama Dr Hj Abdul Basit bin Hj Abdul Rahman di tempat pertama diikuti oleh Fauzi 'Ikan' dan Mat Yie 'Kopiah'. Dr Abdul Basit adalah abang kepada Abdul Latif Abdul Rahman, YDP Pas kawasan Kuala Krai yang juga Ketua Pemuda Pas Kelantan.

Ini adalah 3 nama yang paling disebut-sebut dalam kawasan Manek Urai tetapi aku sedang teliti beberapa nama lain juga. Tetapi yang menjadi masalah kepada Pas adalah ketiga-tiga nama ini tidak mendapat sokongan penuh bukan setakat di peringkat negeri malah sokongan dalam Manek Urai pun tidak menyeluruh.

Kita tunggu pengumuman rasmi Pas pada 26 Jun ini untuk menamakan calon tetapi dengan kemelut dalaman yang wujud hari ini, aku yakin Pas akan tangguhkan dulu pengumuman ini atas alasan menunggu UMNO umumkan calon dulu.

Tetapi jika benar Pas umumkan juga calon pada tarikh itu, aku akan bawakan ulasan dan pandangan masyarakat tempatan terhadap calon berkenaan.
.

'Orang itu' sudah datang

Manek Urai 2009 menulis...

Awas kepada penduduk Manek Urai, hari ini ada 'orang besar' akan datang bawa macam-macam cerita dongeng sebagai hiburan malam kepada pengundi di sini.

Khabarnya dia akan sampai petang ni, setelah mengadap Menteri Besar di Kota Bharu, untuk pakat nak samakan skrip, sebab mereka berdua akan berceramah malam ni di Peti Undi Laloh, dengan harapan dengan skrip yang sama itu mereka dapat buat orang Manek Urai lalok..

Aku tak hairan lah kalau malam ni dia akan bela diri berkenaan isu Liwat yang nak kena bicara 1 julai nanti, dan Nik Aziz akan kata beliau yakin orang itu tak salah malah difitnah ala-ala konspirasi politik 1998.

Sebab tu benda mula-mula orang tu buat bila sampai di Kelantan ni mesti gi mengadap Nik Aziz, nak pastikan Nik Aziz beri 'cop sokongan' dulu. Mungkin la Orang tu sekarang dah sampai di KLIA sebab nak ambil flight jam 1:20 ke KB.

Malam tadi aku dengar PKR Kelantan dan kerahkan penyokong-penyokong dia berkumpul di Airport KB nak sambut dia jam 2:30 petang ni.

Malam ni aku akan pergi buat pemantauan tempat dia ceramah, nak dengar apa benda baru dia nak merepek. Nanti aku hebahkan untuk makluman kawan-kawan semua.

19 June, 2009

Calon BN Di Manik Urai Kehendak Akar Umbi : Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Manik Urai akan dipilih oleh kepimpinan parti dengan mengambil kira pandangan anggota akar umbi.

"Kita ada ramai tokoh yang layak belaka, tidak menjadi masalah untuk kita pilih calon, tetapi kita berpegang kepada prinsip perundingan dengan (Umno) bahagian dan negeri.

"Ini pilihan raya kecil, penting untuk kita buat keputusan yang terbaik dengan mengambil kira pandangan semua pihak," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama jentera pilihan raya kecil BN DUN Manik Urai di Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh di sini.

Turut hadir Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Manik Urai BN Datuk Mustapa Mohamed, timbalannya Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, dan Ketua Umno Bahagian Kuala Krai Datuk Mohd Ramzi Abdul Rahman.

Muhyiddin berkata senarai calon yang ada akan dinilai terlebih dahulu daripada semua segi oleh kepimpinan parti.

"Kita nilai atas, bawah, depan dan belakang. Kalau (calon) ini yang dikatakan pimpinan kita, terimalah.

"Apa juga keputusan yang kita buat, kita nilai yang terbaik dari semua sudut dan dari kalangan yang ada," katanya.

Beliau berkata bahawa dengan komitmen dan kesungguhan semua pihak, tidak sukar untuk BN menang pada pilihan raya kecil itu walaupun kawasan berkenaan dilabel kubu kuat Pas.

"Kita mahu kemenangan di Manik Urai memulihkan semangat kita bukan sahaja di Kelantan tetapi juga di seluruh negara.

Kemenangan kali ini akan dapat pulihkan luka-luka yang berdarah sekian lama," katanya.

Muhyiddin turut mengingatkan jentera parti supaya mendekati semua penduduk termasuk daripada kalangan penyokong kuat Pas.

"Jangan label mereka penyokong tegar Pas, kita dekati semua, beri penerangan tentang perjuangan kita, saya yakin kita boleh berjaya," katanya.

Beliau turut berpuas hati dengan gerak kerja jentera BN untuk pilihan raya kecil berkenaan yang diterajui Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan.

"Sebelum ini pengarah pilihan raya kecil biasanya dipegang oleh Timbalan Perdana Menteri tetapi kali ini kita beri kepercayaan kepada pimpinan negeri untuk pastikan kita menang di Manik Urai," katanya.

Muhyiddin dalam rangka lawatan sehari ke kawasan DUN Manik Urai bermula awal pagi tadi. Beliau sebelum itu turut menziarahi penduduk uzur di kawasan berkenaan.

Selepas menunaikan solat asar di Masjid Kampung Laloh di sini, Muhyiddin kemudiannya berlepas pulang ke ibu negara.

-- BERNAMA

Lepas Tendang Nasharuddin, Poster Haji Hadi pula diboikot..

manek Urai 2009 menulis...

Bukan menjadi rahsia kemarahan Nik Aziz terhadap Kerajaan Perpaduan yang diideakan oleh Hj Hadi Awang sudah tidak dapat dibendung lagi.

Kalau 2 hari lepas beliau lantang menghambat keluar Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Bachok, meminta beliau meletakkan jawatan dan menyertai UMNO, kini perang saraf menidakkan kepimpinan Presiden Pas dibuat secara tersusun oleh oleh konco-konco Nik Aziz di manek Urai.

Sejak seminggu lepas apabila poster dan bendera Pas mula dipasang di sekitar Manek Urai, sehingga hari ini tidak ada satu pun gambar Presiden Pas yang kelihatan. Semua sepanduk, kain rentang dan banner yang digantung memaparkan gambar Nik Aziz tanpa ditemani oleh gambar Hj Hadi sebagaimana kebiasaannya apabila berlaku pilihanraya.



Pos-pos Peti Undi di sepanjang jalan besar memaparkan sepanduk berbunyi "Jemaah Penyokong Kepimpinan Tok Guru" dengan meletakkan gambar Nik Aziz bersama.

Nampaknya undi tidak percaya terhadap Presiden dan Timbalan Presiden Pas telah bermula secara tidak rasmi. Pimpinan Pas Kelantan secara terbuka membuat kenyataan tidak membenarkan golongan yang menyokong idea Kerajaan Perpaduan datang berkempen di Manek Urai.

Maknanya Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Pemuda, Timbalan Mursyidul Am, Ahli-Ahli Dewan Ulamak dan sebahagian besar daripada perwakilan Muktamar Pas baru-baru ini, diharamkan sama sekali menjejakkan kaki ke bumi Manek Urai kerana mereka menyokong idea Kerajaan Perpaduan. Yang jelas Pas Kelantan mahu menyisihkan diri daripada Pas Pusat dan Pas negeri-negeri lain.

Nilai Kepimpinan Ulamak yang dijulang-julang selama ini kini dijadikan alas kaki sahaja dalam Pas. Kini sesiapa sahaja boleh mengkritik secara terbuka malah mengecam golongan Ulamak asalkan dia penyokong Nik Aziz.
.

"APA DAH JADI? DUNIA AKHIR ZAMAN"

KOTA BHARU : - Kebangkitan PAS yang semakin hampir menggantikan Umno bagi mendominasikan kuasa politik negara turut mendapat perhatian menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew.
Selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini, hari ini bekas Perdana Menteri Singapura itu mengunjungi Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim.

Apa komen Tok mudin?

Terkejut beruk tok bila dengar Tok Guru PAS boleh berpeluk berdakap dengan orang kafir harbi yang telah banyak membunuh dan memenjarakan orang melayu islam di Singapura tu, kalau adik kakak nak tau..lee kuan yew ni lah yang telah menderhaka pada kita bangsa melayu dulu...ni lah orangnya yang telah merampas hak-hak orang melayu di singapura..lee kuan yem ini lah yang bersahabat baik dengan kafir yahudi yang banyak menindas dan membunuh saudara-saudara kita di Palastin...astagfirullah..la ila ha illallah...mengucap adik kakak...lee kuan yew ni lebih teruk dari Chen Peng (komunis) yang Brother DSAI nak bawa masuk ke Malaysia..rupa-rupanya pada pandangan tok, mereka berdua (DSAI & Tok Guru PAS) ni memang musuh islam dan musuh orang melayu...ya Allah selamatkanlah negaraku ini dari malapetaka ya Allah.

Kata Orang Tua atok "kera di hutan disusukan anak sendiri mati kelaparan" sesama islam dikafirkan yang kafir disanjungi...nasib-nasib...

18 June, 2009

Yang mana lebih mahal?Ikan atau tong ikan

oleh Sang Kecil Besar

Terkejut jugak kamek dgr citer pasal Nik Ajiz marah-marah kat YB Nasaruddin sebab sokong kerajaan perpaduan dan kata kat YB Nasaruddin mcm sampah dok kacau situ sini....

Kamek teringat pasal cerita nasib ikan yang duduk dalan tong ikan buruk...Kamik rasa YB Nasaruddin pun dah rasa jemu tinggal dalam tong ikan yang dia duduk selama ni...Nik Ajiz ni ibarat tong ikan buruk dan Kamik rasa kesian kat ikan yang ada dalam tong tu,buruk bukan sebab ikan tapi buruk sebab tongnya..

Kamek ingat lagi baik kita pakat tukar tong dulu tak pun kita jual tong buruk tu pada PKR atau DAP....Tong ikan tak boleh salahkan ikan yang jadi buruk angkara tong itu sendiri....
Tong tu kena ingat kalau nak bagi ikan itu segar jadila tong yang tahan ais dan tak bocor...

p/s....mahal sangatkah harganya kalau nak tukar tong ikan baru?

Pas Pusat Wajar Boikot PRK Manek Urai

Manek Urai 2009 menulis...

Ana dengar dari sumber-sumber di Manek Urai ini, PAS di beberapa negeri termasuk negeri Presidennya, Terengganu Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengutarakan idea Kerajaan Perpaduan tersebut akan memboikot kempen Pas di Manek Urai.

Ana percaya berita ni sahih sebab rata-rata di pos-pos Pas dah ada suksik-suksik Petugas Pas bercakap hal ni. Bahkan di Kedai Makan Ikan Sungai depan Markas Pas pun orang duk bercerita hal ni.

Hal ni bukan jadi rahsia lagi. Petugas Pas dari luar kebiasaannya sejak awal-awal lagi sudah berkampung apabila ada pilihanraya kecil, tapi di Manek Urai ni belum ada lagi petugas Pas negeri lain yang datang. Kalau ada pun hanya jadi broker duk sibuk nak cari rumah sewa.

Ana rasa ura-ura kemungkinan Pas luar akan boikot kempen pilihanraya Manek Urai ni ada kebenarannya.

Biarkan Pas Kelantan atau lebih tepat lagi Pas Nik Aziz yang berkempen di Manek Urai. Nanti baru mereka sedar, Pas Kelantan tidak boleh bermusuh dengan Pas Pusat..Moga-moga satu hari nanti mereka akan sedar....
.

"PUAK KITO..KITO KIRO"

Oleh Tok Mudin

PUTRAJAYA 17 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memberi amaran perpecahan orang Melayu ketika ini terlampau teruk sehingga golongan majoriti itu kelihatan terlalu lemah.

Apa komen tok?

Anak cucu kena sedar, dunia dah hampir kiamat...dunia tersangat tua, bila tua tentu banyak kelemahannya..sakit pinge, sakit sendi, sakit urat dan banyak sakit-sakit lagi..cuma yang tok nak pese jangan sakit otak dah le...bila sakit otak banyak perkara tak elok akan berlaku...tok peti kata gapa pun buke nok pakai sangat...tak kena selera kito, kito tak pakai..kito nok bare kita jah...nasihat tok pada tok peti perak...baik tok peti masuk Parti PAS, tentu ore PAS sokong 120%, tak kiro halal haram puak PAS akan ikut.. dunia makin kacau!