21 June, 2009

Pas hadapi masalah besar tentukan calon

Manek Urai 2009 menulis..

Tidak pernah berlaku dalam sejarah di Kelantan, Pas kini menghadapi masalah yang cukup serius untuk menamakan seorang calon yang pada fikiran mereka paling layak menggalas harapan mempertahankan Manek Urai dalam PRK kali ini.

Pas sekarang bukan seperti dulu di mana air liur Nik Aziz tidak 'sekeramat' dulu. Kalau dulu walau ada tentangan tetapi apabila Nik Aziz kata mahukan seseorang calon tu, semua akan akur tetapi tidak sekarang.

Pas tahu parti bukan penentu mutlak menjamin kemenangan. Orang manek Urai lebih utamakan peribadi calon, mereka mahu orang setanding Arwah Pak Su Weil dan Pas tahu mereka tidak ada calon sehebat itu, sebab itu mereka sangat gelisah sekarang.

Daripada senarai yang dikatakan seramai 10 orang itu, walhalnya main sumbat sahaja, hanya ada tiga nama yang boleh dipertaruhkan ke gelanggang. Antara tiga nama ini saling melobi Nik Aziz untuk mendapat peluang dicalonkan.

Hasil 'suksik-suksik' dengan penyokong-penyong Pas, aku dapati nama Dr Hj Abdul Basit bin Hj Abdul Rahman di tempat pertama diikuti oleh Fauzi 'Ikan' dan Mat Yie 'Kopiah'. Dr Abdul Basit adalah abang kepada Abdul Latif Abdul Rahman, YDP Pas kawasan Kuala Krai yang juga Ketua Pemuda Pas Kelantan.

Ini adalah 3 nama yang paling disebut-sebut dalam kawasan Manek Urai tetapi aku sedang teliti beberapa nama lain juga. Tetapi yang menjadi masalah kepada Pas adalah ketiga-tiga nama ini tidak mendapat sokongan penuh bukan setakat di peringkat negeri malah sokongan dalam Manek Urai pun tidak menyeluruh.

Kita tunggu pengumuman rasmi Pas pada 26 Jun ini untuk menamakan calon tetapi dengan kemelut dalaman yang wujud hari ini, aku yakin Pas akan tangguhkan dulu pengumuman ini atas alasan menunggu UMNO umumkan calon dulu.

Tetapi jika benar Pas umumkan juga calon pada tarikh itu, aku akan bawakan ulasan dan pandangan masyarakat tempatan terhadap calon berkenaan.
.

'Orang itu' sudah datang

Manek Urai 2009 menulis...

Awas kepada penduduk Manek Urai, hari ini ada 'orang besar' akan datang bawa macam-macam cerita dongeng sebagai hiburan malam kepada pengundi di sini.

Khabarnya dia akan sampai petang ni, setelah mengadap Menteri Besar di Kota Bharu, untuk pakat nak samakan skrip, sebab mereka berdua akan berceramah malam ni di Peti Undi Laloh, dengan harapan dengan skrip yang sama itu mereka dapat buat orang Manek Urai lalok..

Aku tak hairan lah kalau malam ni dia akan bela diri berkenaan isu Liwat yang nak kena bicara 1 julai nanti, dan Nik Aziz akan kata beliau yakin orang itu tak salah malah difitnah ala-ala konspirasi politik 1998.

Sebab tu benda mula-mula orang tu buat bila sampai di Kelantan ni mesti gi mengadap Nik Aziz, nak pastikan Nik Aziz beri 'cop sokongan' dulu. Mungkin la Orang tu sekarang dah sampai di KLIA sebab nak ambil flight jam 1:20 ke KB.

Malam tadi aku dengar PKR Kelantan dan kerahkan penyokong-penyokong dia berkumpul di Airport KB nak sambut dia jam 2:30 petang ni.

Malam ni aku akan pergi buat pemantauan tempat dia ceramah, nak dengar apa benda baru dia nak merepek. Nanti aku hebahkan untuk makluman kawan-kawan semua.