04 July, 2009

"REALITI RAKYAT MANEK URAI"



TOK MUDIN, Manek Urai 3,Julai 2009.



Syukur alhamdulillah, hari ini atuk berkesempatan untuk melangkah kaki turun ke DUN Manek Urai. Nama Manek urai sekarang semakin dikenali ramai. Bukan setakat oghe Kelate yang tahu akan kedudukan Manek Urai dalam peta Malaysia, malah kawasan yang dahulunya terpencil dalam kawasan ulu Kelate kini semakin dikenali oleh seluruh warga Malasia...

Dahulunya tiada yang 'mengambil tahu' kini semakin ramai yang ingin tahu. Dahulunya asing kepada rakyat kelate tetapi kini mashyur ke seluruh pelusok tanah air... Rupa-rupanya apabila mati seseorang wakil rakyat (YB) maka amat memberi makna kepada kawasan yang 'diwakilinya'... Malah ada juga gurauan "baik jugak mati wakil rakyat, sekurang-kurang memberi faedah kepada orang ramai!!". Maknanya mengikut kefahaman atuk lah, semasa hidup (Yang Berhormat) banyak manfaat dan jasa yang telah 'disuap', 'diberi' ,'disedekah,'didermakan' kepada rakyat. Malah selepas mati pun masih banyak lagi 'sumbangan' yang dia(YB) dapat berikan pada rakyat... terima kasih kepada semua YB2 yang telah pergi.


Selepas kematian YB Pak Su Wil, rakyat di Manek urai terutamanya yang mempunyai rumah, bagai dapat durian runtuh. Sebuah rumah yang diberi sewa kepada yang berminat ada yang mencecah puluhan ribu, belasan ribu, ribu-ribu. Itu baru lokasi yang jauh dari jalanraya.. Yang dekat, 'masyaallah..' tak tergamak atuk nak cakap. Peniaga-peniaga kedai makan tak sempat nak kiro duit...lakunya berniaga. Orang-orang tua, warga tua, OKU, Ibu Tunggal, Bapa Tunggal semuanya dapat perhatian...tak kiro dari PAS atau UMNO. Mereka riang, mereka suka(gembira) kerana mendapat 'perhatian' . Yang dapat 'pemberian' dan 'sumbangan' tersenyum sampai pagi dan yang 'tak bertuah' mungkin tak berpuashati...terima kasih YB!

Atuk ingin mengucapkan TAHNIAH kepada kerajaan PAS, kerana semenjak kemenangan calonnya dalam pilihanraya lepas, tiada apa-apa sumbangan diberikan pada rakyat. Jalan raya rosak, sempit, tidak berturap, taraf hidup dan prasarana rakyat tidak dipedulikan.. tp itu semua bukan salah kerajaan PAS, tapi salah rakyat itu sendiri... "Buat apa kejar dunia? akhirat yang kita hendak..." katonyo ore PAS.

Mujurlah ada KESEDAR(UMNO) yang tolong baiki jalanraya, rumah untuk golongan miskin dan lain-lain.. Itu tak termasuk sekolah, hospital dan lain-lain lagi. Semuanya JASA kerajaan BN..bila atuk tanya seorang penduduk "gapo hok ore PAS ado bui (buat)?" jawab die "Taik pun takdok (tiada)!.tapi 'berok' atah pusu ado banyok!!" . Semua ini dapat dapat mengambarkan betapa bernilainya sebuah kematian... Harimau mati tinggal belang, manusia mati tinggal "hutang"....


to be continue..



Pesanan atuk : "Wahai anak Adam janganlah kamu berjanji untuk melakukan sesuatu yang kamu pasti tidak akan kamu tunaikan...sesungguhnya kamu akan dibalas dengan siksa azab pada hari akhirat kelak"