
Manek Urai 2009 menulis...
Hari ini apabila Kepala-kepala Pembangkang bermesyuarat membincangkan Isu Kerajaan Perpaduan Pas dengan UMNO dan mengambil keputusan untuk menolak idea tersebut, ramai pemimpin Pas yang menentang keras idea itu bersorak gembira.
Tidak susah untuk difahami, mereka gembira kerana sekiranya idea tersebut menjadi kenyataan, pastinya idola mereka Anwar Ibrahim tidak akan berpeluang untuk melangkah lebih jauh. Peduli apa nasib orang Melayu dan rakyat, janji apabila impian big boss mereka menjadi kenyataan perut mereka juga yang kenyang.
Jadi dengan keputusan itu bermakna tiada lagi kerajaan perpaduan. Muktamad.
Ehh macam la UMNO yang terhegeh-hegeh nak ajak mereka. Macam tak sedar ke orang yang cadang idea tu Presiden Pas. Dah tu apa yang kata UMNO terhegeh-hegeh nak kerajaan perpaduan.
Bila Haji Hadi cadangkan pertemuan itu, Dato' Najib tidak ada halangan apa-apa untuk bincang kerana memikirkan kepentingan Melayu dan Umat Islam. Lagi pun apa yang salahnya nak bincang hal kepentingan Agama. Tiba-tiba bila tak jadi boleh dia orang kata UMNO akan rugi. Rugi apa bendanya. UMNO dah jadi kerajaan, bukannya pembangkang.
Sebenarnya ada 2 kerugian di sini apabila idea ini tidak menjadi kenyataan. Yang pertama pastinya lah orang Melayu dan Islam yang rugi kerana umatnya gagal mencari jalan berdamai semata-mata kerana golongan minoriti yang menjadi pembangkang itu mahu menjaga hati orang-orang kafir di sekeliling mereka.
Tak mengapalah Islam lemah asalkan kawan-kawan mereka kuat. Tak mengapalah Melayu pecah belah asalkan mereka boleh berbaik-baik dengan golongan Guan Eng dan Karpal Singh.
Yang keduanya rugi adalah, pemimpin-pemimpin Pas sendiri.
Melalui cadangan idea kerajaan perpaduan ini sekurang-kurangnya kalau menjadi kenyataan kelak pun, ada jugalah seorang dua Ahli Parlimen Pas yang akan diberi jawatan Menteri dan Timbalan Menteri. Merasalah juga walaupun tak ramai sebab mana boleh nak bagi ramai-ramai, MP Pas hanya 23 orang sahaja.
Tapi bila dah berpatah arang berkerat rotan sebegini, sampai bila-bila pun tak akan merasalah mereka menjadi Menteri. Nak harap jadi Menteri melalui pakatan pembangkang, jauh panggang dari api lah.
Sampai bila-bila pun pakatan pembangkang tidak akan dapat memerintah Malaysia. Masakan orang Melayu sanggup perjudikan nasib anak cucu mereka kalau memberi peluang kepada kepala-kepala pembangkang ini memerintah. Tuhan pun tak akan izinkan.
Aku rasa sebab ni jugalah Nik Aziz dan Husam Musa menentang separuh mati idea kerajaan perpaduan ini. Sebab kalau jadi idea itu, Nik Aziz dan Husam gerenti tak akan dapat jadi Menteri, sebab mereka berdua tu Adun. Yang dapat jadi Menteri pastinya Hj Hadi dan Ustaz Nasharuddin, sebab mereka berdua Ahli Parlimen.
Nik Aziz mungkin tak kisah dah kalau tak dapat jadi Menteri pun sebab umur dia dah 80 tahun. Tapi ayam didik Nik Aziz tu kan bercita-cita besar, bukan setakat nak jadi Menteri malah lebih dari itu.
Kalau Haji Hadi dan Ustaz Nasharuddin jadi Menteri, tertutuplah cita-cita ayam didik Nik Aziz tu. Nak jadi Menteri tak dapat, nak cabar jawatan Timbalan Presiden pas sekali lagi pun makin payah, nak jadi Presiden Pas tak bau langsung. Jadi biarlah Pas terjun dengan labu-labu mereka bersama PKR dan DAP. yang penting orang Melayu dan Islam tetap akan sokong dan bersama UMNO.
.