19 June, 2009

Calon BN Di Manik Urai Kehendak Akar Umbi : Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Manik Urai akan dipilih oleh kepimpinan parti dengan mengambil kira pandangan anggota akar umbi.

"Kita ada ramai tokoh yang layak belaka, tidak menjadi masalah untuk kita pilih calon, tetapi kita berpegang kepada prinsip perundingan dengan (Umno) bahagian dan negeri.

"Ini pilihan raya kecil, penting untuk kita buat keputusan yang terbaik dengan mengambil kira pandangan semua pihak," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama jentera pilihan raya kecil BN DUN Manik Urai di Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh di sini.

Turut hadir Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Manik Urai BN Datuk Mustapa Mohamed, timbalannya Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, dan Ketua Umno Bahagian Kuala Krai Datuk Mohd Ramzi Abdul Rahman.

Muhyiddin berkata senarai calon yang ada akan dinilai terlebih dahulu daripada semua segi oleh kepimpinan parti.

"Kita nilai atas, bawah, depan dan belakang. Kalau (calon) ini yang dikatakan pimpinan kita, terimalah.

"Apa juga keputusan yang kita buat, kita nilai yang terbaik dari semua sudut dan dari kalangan yang ada," katanya.

Beliau berkata bahawa dengan komitmen dan kesungguhan semua pihak, tidak sukar untuk BN menang pada pilihan raya kecil itu walaupun kawasan berkenaan dilabel kubu kuat Pas.

"Kita mahu kemenangan di Manik Urai memulihkan semangat kita bukan sahaja di Kelantan tetapi juga di seluruh negara.

Kemenangan kali ini akan dapat pulihkan luka-luka yang berdarah sekian lama," katanya.

Muhyiddin turut mengingatkan jentera parti supaya mendekati semua penduduk termasuk daripada kalangan penyokong kuat Pas.

"Jangan label mereka penyokong tegar Pas, kita dekati semua, beri penerangan tentang perjuangan kita, saya yakin kita boleh berjaya," katanya.

Beliau turut berpuas hati dengan gerak kerja jentera BN untuk pilihan raya kecil berkenaan yang diterajui Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan.

"Sebelum ini pengarah pilihan raya kecil biasanya dipegang oleh Timbalan Perdana Menteri tetapi kali ini kita beri kepercayaan kepada pimpinan negeri untuk pastikan kita menang di Manik Urai," katanya.

Muhyiddin dalam rangka lawatan sehari ke kawasan DUN Manik Urai bermula awal pagi tadi. Beliau sebelum itu turut menziarahi penduduk uzur di kawasan berkenaan.

Selepas menunaikan solat asar di Masjid Kampung Laloh di sini, Muhyiddin kemudiannya berlepas pulang ke ibu negara.

-- BERNAMA

Lepas Tendang Nasharuddin, Poster Haji Hadi pula diboikot..

manek Urai 2009 menulis...

Bukan menjadi rahsia kemarahan Nik Aziz terhadap Kerajaan Perpaduan yang diideakan oleh Hj Hadi Awang sudah tidak dapat dibendung lagi.

Kalau 2 hari lepas beliau lantang menghambat keluar Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Bachok, meminta beliau meletakkan jawatan dan menyertai UMNO, kini perang saraf menidakkan kepimpinan Presiden Pas dibuat secara tersusun oleh oleh konco-konco Nik Aziz di manek Urai.

Sejak seminggu lepas apabila poster dan bendera Pas mula dipasang di sekitar Manek Urai, sehingga hari ini tidak ada satu pun gambar Presiden Pas yang kelihatan. Semua sepanduk, kain rentang dan banner yang digantung memaparkan gambar Nik Aziz tanpa ditemani oleh gambar Hj Hadi sebagaimana kebiasaannya apabila berlaku pilihanraya.



Pos-pos Peti Undi di sepanjang jalan besar memaparkan sepanduk berbunyi "Jemaah Penyokong Kepimpinan Tok Guru" dengan meletakkan gambar Nik Aziz bersama.

Nampaknya undi tidak percaya terhadap Presiden dan Timbalan Presiden Pas telah bermula secara tidak rasmi. Pimpinan Pas Kelantan secara terbuka membuat kenyataan tidak membenarkan golongan yang menyokong idea Kerajaan Perpaduan datang berkempen di Manek Urai.

Maknanya Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Pemuda, Timbalan Mursyidul Am, Ahli-Ahli Dewan Ulamak dan sebahagian besar daripada perwakilan Muktamar Pas baru-baru ini, diharamkan sama sekali menjejakkan kaki ke bumi Manek Urai kerana mereka menyokong idea Kerajaan Perpaduan. Yang jelas Pas Kelantan mahu menyisihkan diri daripada Pas Pusat dan Pas negeri-negeri lain.

Nilai Kepimpinan Ulamak yang dijulang-julang selama ini kini dijadikan alas kaki sahaja dalam Pas. Kini sesiapa sahaja boleh mengkritik secara terbuka malah mengecam golongan Ulamak asalkan dia penyokong Nik Aziz.
.

"APA DAH JADI? DUNIA AKHIR ZAMAN"

KOTA BHARU : - Kebangkitan PAS yang semakin hampir menggantikan Umno bagi mendominasikan kuasa politik negara turut mendapat perhatian menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew.
Selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini, hari ini bekas Perdana Menteri Singapura itu mengunjungi Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim.

Apa komen Tok mudin?

Terkejut beruk tok bila dengar Tok Guru PAS boleh berpeluk berdakap dengan orang kafir harbi yang telah banyak membunuh dan memenjarakan orang melayu islam di Singapura tu, kalau adik kakak nak tau..lee kuan yew ni lah yang telah menderhaka pada kita bangsa melayu dulu...ni lah orangnya yang telah merampas hak-hak orang melayu di singapura..lee kuan yem ini lah yang bersahabat baik dengan kafir yahudi yang banyak menindas dan membunuh saudara-saudara kita di Palastin...astagfirullah..la ila ha illallah...mengucap adik kakak...lee kuan yew ni lebih teruk dari Chen Peng (komunis) yang Brother DSAI nak bawa masuk ke Malaysia..rupa-rupanya pada pandangan tok, mereka berdua (DSAI & Tok Guru PAS) ni memang musuh islam dan musuh orang melayu...ya Allah selamatkanlah negaraku ini dari malapetaka ya Allah.

Kata Orang Tua atok "kera di hutan disusukan anak sendiri mati kelaparan" sesama islam dikafirkan yang kafir disanjungi...nasib-nasib...