
Seperti yang semua tahu, Tuan Aziz Tuan Mat, 39 tahun - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai - telah diumumkan sebagai calon Barisan Nasional untuk berentap dengan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah @ 'Puji Ikan' dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai nanti.
.
Wajah calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat
Tuan Aziz merupakan Pengurus Bahagian Pemantauan Projek Kesedar.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdanan Menteri, membuat pengumuman tersebut dalam satu majlis yang dihadiri lebih 5000 orang di Kampung Sungai Sok Luar, Manek Urai. Turut hadir Dato' Mustapa Mohamad - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Tan Sri Annuar Musa - bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Dato' Ramzi Abdul Rahman - Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai dan Dato' Wan Zaid - bekas Ketua UMNO bahagian Kuala Krai.
Majlis ini turut dihadiri pimpinan UMNO peringkat Pusat dan Kelantan serta pemimpin parti-parti komponen BN.
Pengumuman beliau sebagai calon BN sudah dijangka lebih awal dan sememangnya menepati hasrat dan kehendak masyarakat Manek Urai. Tugas sebagai pengurus Kesedar menjadikan beliau cukup popular di kalangan masyarakat tempatan.
Kepada kawan-kawan yang tidak berkesempatan hadir majlis petang tadi, aku bawakan gambar-gambar menarik yang sempat dirakam..
.
.
.
.
.
Sepakat - Tan Sri Annuar Musa, Dato' Ramzi, Tuan Aziz, Dato' Pa dan Dato' Seri Shahrizat
.