02 July, 2009

DAP dan PAS Kedah main wayang.. sandiwara

Manek Urai 2009 menulis..

Semalam DAP Kedah isytihar keluar daripada pakatan pembangkang di Kedah, alasannya konon-konon rasa tidak puas hati sebab kerajaan Pas di bawah Dato' Seri Azizan bertindak merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, dekat Alor Star..

Tindakan DAP Kedah ini diumumkan oleh ketuanya, Thomas Su kepada media. Bagaimanapun katanya, mereka menyerahkan keputusan itu kepada pemimpin Pusat parti itu.

Nak mula sandiwaralah tu.

Aku setuju sangat Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) roboh tempat sembelih babi tu, sebab nak buat apa sembelih babi, bukan jadi halal pun kalau sembelih pun. Jangan bagi muka sangat dekat DAP tu. Syabas Ustaz Azizan.

Tapi bab nak keluar pakatan pembangkang tu, aku yakin 100%, tu cuma sandiwara 'cinta' Pas dan DAP. Walaupun DAP ugut keluar pakatan pembangkang sebab dia nak jaga hati penyokong dia yang suka makan babi sembelih tu.

Pas pula nak jaga hati orang Melayu, takut-takut bila nampak kompromi lebih-lebih sangat makin ramai penyokong dia lari masuk UMNO.

Yang Pas kat Manek Urai ni pun dah pecah belah. Mereka yang mahukan Ustaz Zamzuri jadi calon secara terbuka pertikai keputusan Nik Aziz letak Fauzi ikan sehingga ada pos peti Undi Pas di Sungai Perial pun dah ditutup, tanda protes.

Aku dengar-dengar Ustaz Zamzuri pun dah berjinak-jinak dengan BN dalam senyap.. betul tidak tak boleh nak confirm sekarang. tapi ramai dah orang bercakap hal tu.

Ni satu lagi 'Aura' Tuan Aziz Tuan Mat.

.

Pas kian terdesak

Manek Urai 2009 menulis..

Semakin dekat hari penamaan calon, Pas menjadi semakin terdesak kerana penerimaan ramai terhadap calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat termasuk di kalangan generasi pemuda dalam Pas sendiri.

Beberapa majlis yang dianjurkan oleh BN turut disertai oleh pemuda Pas, terbaru di Sungai Perial 2 malam lepas. BN menganjurkan program Futsal bersama Belia Sungai Perial. Kehadiran amat memberansangkan di mana daripada keseluruhan pasukan bertanding, sebahagian adalah penyertaan daripada pasukan futsal belia Pas sendiri.


Ucapan Tuan Aziz disambut sorakan gemuruh oleh hadirin yang rata-ratanya di kalangan generasi muda. Ternyata pemilihan Tuan Aziz sebagai calon BN adalah keputusan yang tepat.

'Aura' Tuan Aziz telah menggentarkan Pas. Betullah orang kata apabila BN letak Tuan Aziz sebagai calon, round pertama BN dah menang.
.