30 June, 2009

WARKHHHH!!!!!

AMBO NOK START NULIH DOH! JAGO POK-POK DEMO!!! TP MALE NI AMBO NOK BUI SALE JAH DULU...


"TUAH AYAM DI KAKI, TUAH FAUZI DI ...?


Oleh Tok Mudin

Masa kat sekolah Ugama Arab dulu, atuk sering jugalah bermujadalah dengan kawan2 yang 'berfikiran' UMNOlisme, masa tu Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, bunyi namanya pun atuk dah naik benci dan meluat, kalu tengok mukanya lagi-lagilah meluat-luat..ini kerana benih2 kebencian yang ditanam oleh guru-guru atuk yang sememangnya 'menyokong' PAS secara terang-terang dan sembunyi-sembunyi(nasiblah UMNO kerana 'memelihara' kakitangan yang tak pernah bersyukur). Dalam perdebatan ,Atuk akan menggunakan hujjah bahawa perjuangan PAS adalah perjuangan Islam, kalau mati mesti syahid, perjuangan kami perjuangan Rasulullah...ini kerana pemimpin kami semuanya 'ulama'...menolak ulama seperti menolak rasul..dan menolak rasul samalah dengan 'menentang' Tuhan. Semua ini menyebabkan atuk dan rakan-rakan menjadi 'ta'asub' kepada Ulama2 PAS...selama 20 tahun kami tertipu, mungkin abang-abang kami dan ayah-ayah kami telah lama tertipu oleh penampilan dan pemujukkan 'pembelit2' dalam PAS dan hari ini tuhan telah menunjukkan kepada kita semua, siapakah mereka dalam PAS? betulkah mereka itu Ulama Pewaris Nabi yang sebenar atau hanya 'ular dalam semak' yang sedang menunggu untuk 'membelit' dan menelan mangsanya yang lemah iman,lemah pengetahuan, jahil dan bodoh..satu soalan kepada semua orang-orang yang beriman...ADAKAH FAUZI 'AS SAMAK' SEORANG ULAMA DALAM PAS???

Tuah Fauzi di "tokey ikan"...maka PAS sekarang pun tokey-tokey juga...riuh rendah soal pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS baru-baru ini, samada di kalangan Ulama ke atau Profesional...tapi untuk jadi calon di Manek Urai, kedua-dua kategori tersebut tidak diambil kira...semuanya atas Pak Nik Jid..'tokey Tahi Ayam' pun boleh kalu dia oghe ambo.Tahniah! kepada semua 'tokey2' dalam PAS, PR ke 13 nanti mungkin anda akan tersenarai...pesan atuk untuk semua...cepatlah jadi 'tokey' cepat-cepat!

Pesanan Tok kepada Ust Zulkifli(bekas YB Guchil) dan Ust Zamzuri (bekas calon Manek Urai 2004)..tak payahlah anta berdua belajar jauh-jauh ke Mesir kalu nak jadi 'wakil rakyat' cukuplah jadi 'tokey' pok getah dan 'tokey' kambing jafnapari dah la...

29 June, 2009

SIAPA YANG 'SESAT' PAS ATAU UMNO ?

Oleh :Tok Mudin

Rakan Tok Mudin semasa kat Al-Azhar, Kaherah dulu Ust Halim 'Kolok' mengajukan satu soalan kepada Tok tentang tuduhan YAB Tuan Guru Nik Ab.Aziz Nik Mat, MB Kelantan yang mengatakan UMNO 'ajaran sesat' , beliau(Ust Halim 'Kolok') tanya apakah patut orang2 UMNO jawab balik?

Jawapan atuk mudah je, semenjak atuk kenal MB Kelantan dari dulu sampai sekarang ni, dah hampir 20 tahun banyak perkara yang pelik dan sesat telah beliau (MB) buat dan kata, antaranya;

1. Pernah suatu ketika dulu beliau (Pak Nik Jid) keluar fatwa haram tanam tembakau, dengan alasan merokok haram, tetapi kerana orang Bachok yang merupakan penyokong 'kuat' PAS adalah penanam tembakau dan takut hilang undi maka 'fatwa' tu di'senyapkan'. SIAPA SESAT?


2. Pernah 'Tok Guru' keluar fatwa haram baca talkim di kubor, kerana perbuatan (baca talkim) itu 'bid'ah', SEMUA perkara Bid'ah adalah Sesat.Tetapi kerana takut hilang undi kumpulan PONDOK maka fatwa karutnya 'SENYAP'...Siapa SESAT?


3. Pernah 'Tok Guru' kata boleh berkawan dengan SETAN(Syaitan), yang kita semua tahu dalam Al-Qur'an ada dinyatakan "Minta jauh(berlindung) dari syaitan yang direjam"..Pak Nik jelas 'lawan' Tuhan, SIAPA SESAT?


4. Nik AZiz marah kepada Presiden PAS Al-Fadhil Tuan Guru Hj.Ab.Hadi Awang kerana hasrat Tok Guru Hadi nak berbaik dan berdamai dengan UMNO, tetapi kerana marah dan benci sangat kepada UMNO dengan kes-kes yang lepas, sampaikan Timbalan Presiden PAS, Al-Fadhil Ust Nasarudin pun dia suruh letak jawatan kerana menyokong (Hadi)...semua ini terbina atas perasaan "al-'adawah wal baghdha' " iaitu dendam dan permusuhan yang menebal di hatinya. Ini jelas berlawanan dengan perintah Allah SWT yang menyuruh orang-orang Islam agar berbaik-baik. Dan juga berlawanan dengan Sabda Nabi Muhammad SAW "sesungguh orang-orang Islam itu bersaudara" ... Nik Aziz lawan Tuhan dan Rasul ,SIAPA SESAT?
Hakikatnya!!


5. Nik Aziz penipu...dia mengajar suruh pengikut2 nya agar jangan berebut harta dunia, dia sendiri kaya raya, anak dia kaya raya, waris warah dia kaya raya, pengikut2 dia kayo rayo, bini dia pun ada stesen minyak petronas kat Pulau Melaka, juga kayo..SIAPA SESAT??




Berhala tertinggi di Asia ada di Serambi Mekah
kerana PAS memerintah Kelantan
.
tengok!! tingginya mengatasi pokok kelapa dan lebih menyedihkan lagi mengatasi ketinggian kubah masjid di Seluruh Negeri Cik Siti Wan Kembang Adakah ini yang Allah suruh?
.
6. Rasul SAW suruh buang patung dan menghancurkan patung2 (berhala), semasa Rasulullah SAW memerintah Makka dan Madinah mana ada patung tak kiro kecik ke besar tetapi sejak Tok Guru PAS menjadi Menteri Besar Kelantan patung (berhala) semakin banyak dan besar, nak tanya sikit..NIK Aziz ni Nabi mana pulak??? SIAPA SESAT???
.
7. Banyak lagi dalil-dalil KESESATAN yang atuk akan bagitau(beritahu) nanti!!!tunggu deh
.

Wabak H1N1 dalam Pas

Manek Urai 2009 menulis..

Wabak H1N1 (Hadi vs Nik Aziz) dalam Pas rupa-rupanya masih belum sembuh bahkan 'perang dingin dalam senyap' antara mereka berdua berterusan hingga kini.

Kalau sebelum ni apabila wartawan meminta pandangan Nik Aziz mengenai cadangan kerajaan perpaduan yang diilhamkan oleh Haji Hadi, Nik Aziz bukan sekadar menentang keras malah menyatakan beliau tidak tahu menahu apa yang dikatakan sebagai kerajaan perpaduan dan ianya tidak dibincangkan antara kepimpinan tertinggi Pas. Nik Aziz menganggap idea itu cadangan peribadi Haji Hadi, bukan cadangan Pas.
.

H1N1 - Siapa nakhoda Pas?

Kini bila Nik Aziz timbulkan isu nak berdebat dengan UMNO, wartawan tanya Haji Hadi pulak apa pandangan dia. Tapi Haji Hadi pulak kata, cadangan debat Nik Aziz tu dia tak tahu menahu langsung malahan ianya juga tidak pernah dibincangkan dalam pimpinan tertinggi Pas. Beliau hanya tahu melalui media sahaja. Jadi pastilah ianya hanya berupa cadangan peribadi Nik Aziz, bukan cadangan Pas.

Nampaknya Haji Hadi dah mula keluarkan kukunya memulangkan paku buah keras warna hijau pekat kepada Nik Aziz. Nampak sangat Nik Aziz yang syok sendiri.

Syabas Haji Hadi kerana tidak lagi tunduk kepada Nik Aziz. Haji Hadi dah mula tunjukkan bahawa sebenarnya Presidenlah nakhoda dalam Pas, kerana ia jawatan yang dipertandingkan, bukannya Mursyidul Am yang hanya dilantik atas ehsan, sebagai mengenang dianya orang tua dalam Pas. Tidak lebih dari itu.
.

Debat - Pemuda gesa Nik Aziz lepasi ujian kelayakan

Manek Urai 2009 menulis..

Bagi menutup Isu Kerajaan Perpaduan, kini Nik Aziz membuka episod baru dengan mencabar Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berdebat secara terbuka. Alasan Nik Aziz adalah bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit antara Pas dan UMNO, kata dialah.

Bila dia buat cabaran itu, kawan-kawan dia di kalangan kepala-kepala pembangkang seperti Anwar Ibrahim capat-cepat menyokong. Atau kalau dia nak join sekali aku tak tahulah pulak.

Aku tak faham kenapa tiba-tiba Nik Aziz nak ajak Dato' Najib berdebat pulak. Hari tu orang duk sibuk-sibuk nak bincang hal hubungan Pas dan UMNO mengenai apa yang dikatakan sebagai kerajaan Perpaduan, dia lah yang duk bersungguh-sungguh halang hingga Timbalan Presiden Pas sendiri kena halau keluar macam sampah. Tapi hari ini dia pula nak jadi hero.

Bagi aku tak payahlah Nik Aziz nak ajak Dato' Najib berdebat. Kalau nak jumpa sangat Dato' Najib pun jemputlah elok-elok datang rumah, kan lebih manis. Ajak pekena teh o dicicah dengan biskut kering pun Dato' Najib tak akan tolak. Kan lebih baik begitu, ketua kerajaan negeri jemput ketua kerajaan pusat datang bincang kat rumah. Soal debat-debat ni tak payah nak ikut kepala Anwar Ibrahim lah. Dia duk semangat-semangat debat tapi debat dengan Shabery Cheek hari tu pun menggelupur kena tibai.. Nik Aziz jangan duk ikut kepala Anwar sangat.

Tapi kalau tetap dengan pendirian nak debat juga, Nik Aziz kena lepasi ujian kelayakan dulu lah. Mana boleh nak debat dengan PM terus. Kalau boleh direct macam tu nanti semua kepala pembangkang nak berdebat dengan PM pula, barulah Dato' Najib tak boleh masuk office asyik nak melayan orang ajak berdebat pulak. Ntah-ntah calon Pas Manek Urai pun nanti nak ajak Dato' Najib berdebat, untung-untung boleh masuk tv free..

Aku duk fikir-fikir pasal ujian kelayakan untuk Nik Aziz ni mestilah kena cari calon yang hebat dan beragama, sebab yang nak masuk gelanggang nih Tok Guru terhebat dalam Pas.. hehehe.. kena puji lah sikit..



Lantas aku hubungi Ustaz Affendi Yusoff, Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Bila aku cadangkan agar Nik Aziz berdebat dengan beliau dulu sebagai ujian kelayakan, Ustaz Affendi bersedia menggalas tugas tersebut. Malah katanya, beliau bersedia berdebat dengan Nik Aziz tentang apa juga tajuk yang Nik Aziz mahu. Tarikh, masa dan tempat terpulang pada kesesuaian di pihak Nik Aziz.

Kalau Nik Aziz nak bawak pembantu pun Ustaz Affendi tidak kisah. Katanya bagi Pemuda UMNO, debat ini adalah tanggungjawab Pemuda sebagai barisan hadapan parti. Pemuda UMNO akan sentiasa berperanan sebagai benteng yang kukuh dalam mempertahankan parti.

Kata Ustaz Affendi lagi, Pemuda UMNO telah lama menunggu saat-saat keemasan seperti ini dan beliau berharap agar Nik Aziz tidak mengelak daripada berdebat dengan beliau.
.

UMNO 1 PAS 0

oleh Tok Mudin

Terjawab sudah siapa calon UMNO di PRK N.41 Manek Urai, Sdr Tuan Aziz Tuan Mat 39 tahun, lulusan Ijazah Sarjana Muda, bekas Pengurus Projek Kesedar telah terpilih sebagai calon BN.

Lawannya ialah Al-Fadil al-Ustaz Puji as-Samak, lulusan darjah 6, Peniaga ikan atas pasar Kuala Krai, dalam segi pendidikan nampaknya PAS dengan slogan kepimpinan ulamanya telah memilih seorang ulama as-Samak yang tidak tahu membaca dan menulis kecuali pandai mengira jumlah ikan dan untung menjual ikan.

Sekiranya untuk anak-anak orang PAS belajar fardu ain dan bahasa Arab yang diuar-uarkan oleh ulamak pewaris Nabi ajaran MB Kelantan tentunya ajaran sesat akan diajar oleh al-fadil ustaz Fauzi. Aa Ba Ta pun mungkin tak sut, pening-pening atuk dengan dunia sekarang ni... hok belajar kat Mesir ramai, al-Fadhil Ust Zulkifli Yaacob (Bekas YB Guchil) dan Al-Fadhil Ust Zamzuri anak jati Manek Urai pun ada, tapi kerana nak jadikan PAS sebagai 'Parti Ajaran Sesat' maka hok tak belajar agama, tak kenal halal haram, hok tukar tuak dengan tukir yang jadi pilihan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Pesan Atuk : UMNO 1 PAS 0

28 June, 2009

Suasana Majlis Pengumuman Calon BN..


Manek Urai 2009 menulis...

Seperti yang semua tahu, Tuan Aziz Tuan Mat, 39 tahun - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai - telah diumumkan sebagai calon Barisan Nasional untuk berentap dengan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah @ 'Puji Ikan' dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai nanti.
.

Wajah calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat

Tuan Aziz merupakan Pengurus Bahagian Pemantauan Projek Kesedar.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdanan Menteri, membuat pengumuman tersebut dalam satu majlis yang dihadiri lebih 5000 orang di Kampung Sungai Sok Luar, Manek Urai. Turut hadir Dato' Mustapa Mohamad - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Tan Sri Annuar Musa - bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Dato' Ramzi Abdul Rahman - Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai dan Dato' Wan Zaid - bekas Ketua UMNO bahagian Kuala Krai.

Majlis ini turut dihadiri pimpinan UMNO peringkat Pusat dan Kelantan serta pemimpin parti-parti komponen BN.

Pengumuman beliau sebagai calon BN sudah dijangka lebih awal dan sememangnya menepati hasrat dan kehendak masyarakat Manek Urai. Tugas sebagai pengurus Kesedar menjadikan beliau cukup popular di kalangan masyarakat tempatan.

Kepada kawan-kawan yang tidak berkesempatan hadir majlis petang tadi, aku bawakan gambar-gambar menarik yang sempat dirakam..


dari kiri; Dato' Hanafi Mamat, YB Ahmad Maslan, Dato' Seri Shahrizat Jalil, Dato' Mustapa Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Ramzi Abd Rahman dan Tengku Adnan Mansor

Gempur Pemuda Kuala Krai
.

Antara hadirian yang hadir
.

Masyarakat berbilang kaum tetap setia dengan BN
.
Ribuan penyokong membanjiri Pusat Operasi Barisan Nasional untuk mendengar pengumuman calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri
.

Hadirin sabar menunggu pengumuman rasmi TPM
.
Dato' Mustapa Mohamad, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan
.

Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengumumkan calon BN
.
Tan Sri Muhyiddin Yasin, Dato' Mustapa dan Dato' Ramzi menjulang tangan Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat
.

Ucapan calon BN
.

Sepakat - Tan Sri Annuar Musa, Dato' Ramzi, Tuan Aziz, Dato' Pa dan Dato' Seri Shahrizat

.


SIAPA CALON PAS?

oleh Tok Mudin

CALON PAS kali ini merupakan calon yang terbaik di Parlimen Kuala Krai, apasal atuk kata terbaik di Kuala krai, pertama: kerana al-ustaz Fauzi Ikan ialah orang Guchil, maka apabila al-ustaz dipilih maka menunjukkan bahawa tiada orang PAS di manek Urai 'se alim' Ustaz Fauzi Ikan, sepandai Fauzi Ikan yangmana masyarakat maklum hanya 'sempat' belajar sampai darjah enam sahaja...masa atuk belajar ilmu 'Kaedah Fiqh' dulu2, ada disebut 'mafhum muwafaqah dan mafhum mukhalafah'.

Apabila ustaz Fauzi Ikan dipilih menunjukkan dia yang 'terbaik' itu 'muwafaqah' dan yang 'mukhalafah' nya pula menunjukkan tiada orang2 atau ustaz2 atau alim2 ulama yang 'lebih' daripada ustaz Fauzi Ikan di DUN Manek Urai.

Jadi tahniah dan mabruklah kepada al fadhil ustaz Fauzi 'ike' kerana terpilih untuk meneruskan warisan kepimpinan Ulama dan "membangun bersama islam".

Kedua : maghi! maghi!Maghi! nok beli ike gapo? mughoh jah ari ni, ambo free ambo tak nok nego ike doh...ambo nak jadi wakil rakyat dah!

Tok Mudin : Ulama ni banyak, ada ulama fiqh,ulama tauhid,hadis,tafsir dan lain-lain.Tapi yang ni ulama baru timbul iaitu 'ulama Ikan'..mungkin ikan sepila,ikan sekarin, ikan flowerhorn,ikan jerung,ikan buntal dan lain2...tanya tok guru nik aziz lah, kerana dia memang ada jawapannya!!
.

"APA NAK JADI DENGE ISLAM HARI INI?"

oleh Tuk Mudin


Atuk teringat semasa ngaji sejarah Islam dulu-dulu, kisah Nabi kita Muhamad SAW semasa memasuki Kota Mekah yang terkenal dengan 'yaumu fathul makka' (Hari Pembukaan Kota Mekah).

Alkisah bermula apabila 'kekasih' Allah Muhammad SAW bersama sahabat dan tentera Islam ingin memasuki kota mekah kerana ingin menunaikan haji dan juga ingin membebaskan Kota Mekah dari tangan2 musyrik kuffar jahiliyah,

Baginda telah memerintah sahabat2 dan juga tentera Islam agar meroboh, menghancur dan membuang semua patung-patung, berhala yang ada di sekeliling kaabah, di rumah2 dan di mana saja berada, semua berhala (patung2) dimusnahkan sama ada yang dibuat dengan batu, tanah liat, batang tamar, buah tamar dan lain-lain lagi, asalkan yang berbentuk berhala semuanya dihapus dan dimusnahkan...

Maha suci Allah SWT, mengutuskan seorang manusia yang suci untuk memimpin manusia dari kesesatan, memandu manusia kearah keimanan, tanpa sebarang was-was dan wasangka, tiada kepetingan peribadi dan keta'asuban, iman yang sejati dan hakiki...
.

Patung baring di Kg Jambu, Tumpat, Kelantan

Tapi kini atuk amat sedih, terharu, hiba dengan manusia akhir zaman, mengaku waris Nabi dengan gelaran 'tok guru', gelaran 'tuan guru', 'tok lebai', mengaku diri pewaris Nabi, buat kerja Nabi, ikut sunah dan qur'an.. mendabik dada memerintah negeri 'serambi mekah' tetapi pada hakikatnya, jauh dari apa yang disuruh oleh 'Kekasih Allah'
.

Patung Buddha duduk di Kg Jubakar, Tumpat, Kelantan

.

Patung Buddha berdiri pun dah ada di Kelantan.. mungkin lepas ini akan ada pula patung yang boleh berjalan dan berlari

Patung yang dimusnahkan oleh Nabi Muhammad SAW hampir 1430 tahun dulu megah 'tidur', megah 'duduk', megah 'berdiri' mengatasi masjid, surau, balaisah rumah ibadat Islam... atuk pohon semua cucu cicit atuk menilai semula adakah negeri ini termasuk dalam 'baldatun taiyibatun warabbul ghafur'?

.

Tinggi patung-patung ni lebih tinggi dari menara masjid, inikah contoh negeri Islam?

Pesanan atuk : janganlah kerana ingin pangkat dan kekayaan maka kita sanggup menipu, memutar belit dan menjual agama... jangan jadi Yahudi dan Nasrani!

.

26 June, 2009

Bendera, Poster BN mangsa khianat di Manek Urai

Manek Urai 2009 menulis..

Belum pun sampai tarikh 6 Julai, iaitu tanda mula secara rasmi kempen pilihanraya kecil N.41 Manek Urai sudah banyak poster dan bendera BN menjadi mangsa perbuatan khianat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.



Billboard BN tumbang akibat perbuatan khianat pihak tidak bertanggung jawab. Gambar diambil di Kg Pahi, pintu masuk ke Dun Manek Urai



Kejadian ini berlaku sejak beberapa hari lalu, namun ia seakan tidak berkesudahan. Saban hari ada sahaja kawasan dilaporkan berlaku sabotaj terhadap poster dan bendera BN. Entah apa yang digentarkan dengan logo dacing itu aku pun tak tahu.


Kelihatan billboard BN hampir rosak akibat sabotaj di kawasan Perial, Manek Urai

Apa yang pasti mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan khianat ini takut kepada bayang-bayang sendiri. Kita pasti tidak mahu mendengar berlakunya pergaduhan antara penyokong kerana perbuatan sabotaj seperti ini.

Bendera UMNO dicabut dan dicampak


Lagi bendera BN menjadi mangsa khianat. Gambar ini dirakam di jalan ke Sungai Sok

Banyak lagi gambar-gambar bendera BN yang menjadi mangsa khianat seperti ini yang sempat aku ambil tapi cukuplah beberapa keping ini sebagai bukti.

Aku yakin menjelang hari pengundian pada 14 Julai nanti, bermacam-macam sabotaj akan dilakukan ke atas BN. Nasib baik lah para penyokong BN lebih berdisiplin dan tidak terikut-ikut dengan perbuatan tidak bertanggungjawab seperti ini.
.

25 June, 2009

Manek Urai daif dibawah kepimpinan 'Tok Guru'

Manek Urai 2009 menulis..

Semalam (23/06/2009) - Rabu, sehari suntuk aku dan kawan-kawan geng penulis manekurai2009.blogspot.com membuat tinjauan di beberapa kawasan sekitar Manek Urai ni - masuk dari simpang Kg. Pahi terus ke Kg. Belanga untuk ke Peti Undi Temalir.

Sebelum sampai di simpang 3 dekat Masjid Temalir, kami sempat singgah ke Kg Seberang melihat kedaifan jalan-jalan kampung yang rosak teruk dan jambatan usang tidak berpagar.

Jambatan dari Temalir ke Kg Seberang, usang dan tidak berpagar


Jalan ke Kg Seberang yang diabaikan Pas kerana penduduk di kawasan ini menyokong UMNO

Aku sukar bayangkan bagaimana penduduk kampung melalui jambatan ini pada waktu malam tanpa lampu. Pas bukan setakat tidak berminat memberi khidmat kepada penduduk kawasan ini bahkan bendera bulan purnama pun mereka tidak pasang di sini. Mungkin mereka tidak jejakkan kaki pun ke sini bimbang rakyat tanya pasal jambatan usang dan jalan yang rosak ni.
.
Dari Temalir kami terus ke kawasan Peti Undi Sungai Perial melalui kebun-kebun getah yang luas. Kawasan ini tidak banyak penempatan hanya satu dua buah rumah kecil, yang mungkin dijadikan pondok penoreh melepaskan penat setelah bermandi keringat sejak subuh hari.

Poster berbunyi "BN Sementara PAS Selamanya" - agak-agaknya boleh bawa bendera Pas ke dalam kubur atau ke akhirat sebab PAS Selamanya. BN Sementara dah betul dah sebab BN parti untuk tadbir semasa hidup di dunia

Kira-kira 45 minit melalui jalan sempit yang lopaknya lebih luas, kami akhirnya tiba di kawasan Sungai Perial dan kembali memasuki jalan utama Kuala Krai - Gua Musang.

Gambar bulan purnama besar merentangi jalan melatari poster Nik Aziz

Melalui kawasan dari Sungai Perial ke simpang masuk Sungai Sok berhadapan markas Pas terdapat bendera bulan purnama gergasi merentang jalan. Terdapat juga poster Nik Aziz dinaikkan penyokong setianya berbunyi "Jemaah Penyokong Setia Tok Guru".

Kemudian meneruskan perjalanan sehingga tiba di simpang tiga berhampiran Masjid yang dibina oleh Dato' Wan Zaid, bekas Ketua UMNO Kuala Krai. Sebuah masjid yang tersergam indah dibina sebagai amal jariah untuk kegunaan penduduk kampung. Kami mengambil kesempatan bersembahyang zohor di situ dan tidak lupa berdoa agar orang yang membina masjid ini dilimpahkan rezekinya oleh Allah swt.

Setelah sembahyang zohor di masjid berkenaan dan minum air kelapa di gerai sebelah masjid, aku dan kawan-kawan menuju ke Peti Undi Sungai Sok, melalui Kg Slow Machang. Perjalanan melalui jalan raya yang selesa dan kiri kanan jalan dihiasi dengan bermacam-macam poster dan bendera UMNO dan Pas.

Nasib penduduk di Sungai Sok lebih bernasib baik berbanding di Temalir kerana kemudahan asas yang lebih baik dan jalan-jalan yang lebih selesa.

Di sana kebetulan bertembung pula dengan Dato' Noor Zahidi Hj Omar, ADUN Pengkalan Kubor yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, sedang menziarahi penduduk kampung, bertanya khabar dan beramah mesra.


Dato' Noor Zahidi bersama penduduk kampung, contoh pemimpin UMNO berjiwa rakyat

Kami meneruskan perjalanan ke Chuchuh Puteri melalui kawasan perkampungan dan pekan kecil tempat tumpuan penduduk kampung berhampiran sekolah. Kawasan ini agak padat dengan rumah-rumah penduduk kampung dibina agak rapat di sepanjang jalan.
.

Pemandangan di jalan Sungai Sok

Perjalanan seterusnya dari Sungai Sok ke Lata Rek melalui jalan raya yang berbukit sepanjang kiria-kira 3 km. Kawasan ini dikenali sebagai Bukit Tonggek. Mengikut sejarah yang diceritakan dari mulut ke mulut, nama Bukit Tonggek diambil dari kesukaran orang zaman dahulu berjalan kaki mendaki bukit ini sehingga tertonggeng-tonggeng. Dalam dialek tempat dikenali sebagai tonggek. Dari situ lekatlah gelaran Bukit Tonggek.
.

Mula mendaki Bukit Tonggek

Pelajar-pelajar dari kawsan Bukit Budu dan Lata Rek terpaksa menempuh Bukit Tonggek setiap hari untuk ke sekolah di Sungai Sok
.

Gambar diambil dari puncak Bukit Tonggek menunjukkan ianya menjadi laluan utama penduduk

Selepas menempuh laluan mendaki yang berliku-liku di Bukit Tonggek, kami tiba di kawasan Bukit Budu, salah sebuah kawasan yang sehingga kini belum mendapat liputan telefon. Kami terpandang sebuah Surau Lama di kawasan ini yang agak daif tapi difahamkan ianya digunakan jemaah yang agak ramai.
.

Surau di Kg Budu, Lata Rek

Apabila tiba di kawasan Lata Rek, kami menuju ke kawasan jeram yang cukup dikenali ramai kerana disenaraikan dalam peta pelancongan Kelantan. Perjalanan yang cukup memenatkan ini membuatkan kami tidak sabar untuk mandi di lata Rek.

Sepanjang Sungai beberapa jambatan gantung yang agak usang kelihatan merentangi sungai yang agak luas ini. Kami tertanya-tanya kalau jambatan gantung yang uzur ini rosak, apakah tidak ada jambatan kekal yang dibina bagi membolehkan penduduk berulang alik ke seberang sana namun beberapa ketika kemudian kami menemui jawapan yang tidak disangka-sangka.
.

Rakit buluh yang digunakan oleh penduduk Kg Lata Rek untuk menyeberang sungai

Kami agak terperanjat apabila melihat rakit ini, bukan tidak pernah melihat rakit tapi tidak menyangka ianya masih digunakan pada zaman ini untuk menyeberang sungai yang sebesar ini. Tapi itulah hakikatnya kerana kedudukan yang agak jauh ke pedalaman. Pembangunan menjadi terhad, tambahan sejak sekian lama tidak diberi perhatian oleh kerajaan negeri.

Air sungai juga keruh kerana aktiviti penebangan kayu-kayu hutan di kawasan berbukit sekitarnya. Air yang keruh dan penuh keladak ini telah merencatkan rancangan kami untuk mandi di Lata Rek.

Dari pagi sehingga petang kami meninjau kawasan Dun Manek Urai ini rupanya belum pun sampai separuh daripada keluasan keseluruhan Dun. Perjalanan kami menyusuri kampung-kampung di pedalaman memakan masa kira-kira 5 jam ini hanya meliputi kawasan sebelah kiri jalan raya Kuala Krai - Gua Musang.

.

Air terjun Lata Rek, keruh - tidak sejernih dulu

Kami memerlukan sekurang-kurangnya 1 hari lagi untuk menelusuri kawasan perkampungan sebahagian lagi Dun manek urai iaitu di kawasan kanan jalan, dari Lakloh sehingga Sungai Perial.

manekurai2009.blogspot.com akan membawa anda ke sebahagian lagi Manek Urai selepas ini apabila ada masa yang sesuai.

.

Kerajaan Perpaduan - 12,293 pengundi Manek Urai wajar putuskan

Manek Urai 2009 menulis..

Isu kerajaan perpaduan mungkin selepas ini akan sepi di medan internet dan dada-dada akhbar tetapi tidak di Manek Urai. Rata-rata penduduk Manek Urai walaupun jauh di pedalaman tetapi sentiasa peka dengan perkembangan isu kerajaan perpaduan ini.

Penduduk di sekitar Manek Urai ini yang rata-ratanya 99.22% beragama Islam pastinya tertanya-tanya satu cetusan idea bernas yang dikemukakan oleh Presiden Pas, kemudiannya disambut baik oleh UMNO dan disokong oleh Mufti-mufti dan tokoh Ilmuan Islam, disokong juga oleh NGO-NGO tetapi akhirnya menemui jalan buntu sebelum sebarang perundingan dimulakan.

Orang-orang Melayu seperti di Manek Urai ini yang sejak sekian lama dipisahkan oleh anutan politik kepartian sehingga menjadikan seolah-olah mereka hidup dalam dunia yang tersendiri.

Pas dengan budaya ketaksuban terhadap pemimpinnya yang disokong umpama Dewa, apa yang terkeluar dari mulut pemimpin itulah fatwa. Apa yang disuruh oleh pemimpin laksana fardhu ain yang berdosa jika diingkari. Budaya inilah yang sama sekali tidak ada dalam ajaran Islam, diwarisi secara turun temurun dari dulu sehingga menjadikan satu fahaman musuh mereka adalah satu - UMNO.

Apa sahaja yang berkait dengan UMNO adalah musuh yang bukan sahaja perlu ditentang dan dijauhi, malah berkawan dengan UMNO menjadikan mereka akan disumpah seranah. Tidak kiralah walaupun orang itu bukan ahli Pas, atau penyokong biasa mahu pun Timbalan Presiden sekali pun. Itulah Pas.

Menyedari hal ini, atas rasa tanggungjawab dan hasrat mahu melihat pemikiran penyokong Pas kembali ke jalan yang lurus, Presiden Pas mencadangkan satu pendekatan yang akan menghimpunkan pemimpin Islam di satu meja rundingan, dinamakan kerajaan perpaduan.

Matlamatnya adalah untuk menamatkan sengketa yang telah berakar umbi sejak sekian lama antara orang Islam di negara ini bagi memastikan masa depan generasi baru akan terjamin. Cadangan ini disambut baik oleh UMNO dan disokong oleh Mufti-mufti.

Apakah idea ini tidak baik dan akan merugikan masa depan Islam di negara ini ?

Cahaya di hujung terowong semakin nampak kemilaunya apabila Mufti-mufti dan tokoh agama menyokong secara terbuka malah sanggup menawarkan diri menjadi orang tengah. Tenyata sekali tidak ada apa yang perlu dipertikaikan mengenai hasrat muzakarah ini.

Tetapi orang yang menggagalkan muafakat sesama Islam ini adalah Nik Aziz sendiri. Seorang tok guru dalam Pas yang mana dialah segala-galanya bagi Pas. Pas adalah Nik Aziz dan Nik Aziz adalah Pas. Posternya sahaja dikatakan cukup untuk menarik pengundi menyokong Pas. Sebab itu sampai hari ni poster Haji Hadi tidak ada satu pun di Manek Urai ini.

Malah khabarnya ada Imam salah sebuah masjid di sini berkata dengan memandang gambar Nik Aziz sahaja kita sudah mendapat pahala. Ini aku tak pernah dengar tuk-tuk guru atau ustaz-ustaz mengajar lagi. Ni first time dengar, sebab pilihanraya. Pandang gambar pun dah dapat pahala, apatah lagi jika mengundi parti dia, dapat tiket business class untuk terbang ke syurga la kot. Penyelewengan agama secara tereng-terangan dan semakin menjadi-jadi. Moga-moga Allah memberi hidayah kepada Imam berkenaan.

Biarlah Nik Aziz dengan dunianya. Kita hormatilah pendirian itu walaupun dia menganggap berbaik-baik dengan bukan Islam yang terang-terang menentang Islam adalah lebih baik daripada bersatu padu sesama jemaah Islam untuk sama-sama membangunkan negara.

Biarlah Nik Aziz nak kata tidak boleh berbaik dengan UMNO kerana UMNO zalim dan kekalkan undang-undang penjajah. Biarlah Nik Aziz nak kata Pas berbaik-baik dengan DAP sebab nak dakwah DAP. Pedulikan bila Nik Aziz kata DAP lebih Islam daripada UMNO dan layak dijadikan kawan mentadbir negara dalam usaha mewujudkan negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud.

Biarkan Nik Aziz dengan dunia dia. Dia bukan nabi yang semua kata-kanya adalah hadis. Dia bukan Wali yang tutur lidahnya menjadi keramat. Dia hanya pemimpin Pas yang tak ada beza dengan pemimpin-pemimpin Pas sebelumnya. Percayalah tidak berdosa kalau kita tidak menyokong partinya.

Kita tahu ramai penyokong Pas yang tidak taksub kepada Nik Aziz termasuk Presiden Pas sendiri, dah berbulu dengan sikap Nik Aziz sekarang. Tapi nak buat macam mana, selagi Nik Aziz ada kata-katanya adalah menjadi perlembagaan kepada Pas. Semua wajib akur. Kepada Haji Hadi dan lain-lain sabarlah, istigfarlah banyak-banyak.

Insyaallah Pas akan menjadi parti yang lebih baik dan lebih waras selepas zaman Nik Aziz. hanya pastikan pengganti Nik Aziz bukanlah ayam didiknya yang kalah dalam Muktamar hari itu.

Kepada pengundi Manek Urai, sewajarnya memberikan mesej penting kepada Nik Aziz dengan mengundi UMNO dalam pilihanraya kali ini. Sekurang-kurangnya ia dapat menyedarkan Nik Aziz apa yang dia buat sekarang adalah salah. Pengundi Manek Urai perlu menyatakan bahawa Nik Aziz sebagai orang paling dipatuhi dalam Pas sepatutnya berusaha menyatukan umat Islam, bukan berusaha menghalangnya. Moga-moga Allah membuka pintu hatinya. Amin.
.

Program Ketua Pemuda UMNO Malaysia di Manek Urai

Manek Urai 2009 menulis..

YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan mengadakan program bersama masyarakat Manek Urai pada 26/06/2009 - Jumaat.

8.00 pagi - Majlis Mesra Bersama Masyarakat di padang Majlis Daerah Dabong, Laloh. Menyediakan kemudahan untuk mambaiki motosikal dan menukar minyak pelincir

9.00 pagi - Sekitar peti undi

1.00 tengah hari - Solat Jumaat

2.30 petang - Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda BN Negeri di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru. Juga diadakan majlis Penyerahan Anak Angkat di mana Exco Pemuda akan dijadikan anak angkat kepada beberapa buah keluarga dan tinggal bersama masyarakat.

8.00 malam - BBQ di SMK Laloh


---------- Semua dijemput hadir ---------------------