25 June, 2009

Manek Urai daif dibawah kepimpinan 'Tok Guru'

Manek Urai 2009 menulis..

Semalam (23/06/2009) - Rabu, sehari suntuk aku dan kawan-kawan geng penulis manekurai2009.blogspot.com membuat tinjauan di beberapa kawasan sekitar Manek Urai ni - masuk dari simpang Kg. Pahi terus ke Kg. Belanga untuk ke Peti Undi Temalir.

Sebelum sampai di simpang 3 dekat Masjid Temalir, kami sempat singgah ke Kg Seberang melihat kedaifan jalan-jalan kampung yang rosak teruk dan jambatan usang tidak berpagar.

Jambatan dari Temalir ke Kg Seberang, usang dan tidak berpagar


Jalan ke Kg Seberang yang diabaikan Pas kerana penduduk di kawasan ini menyokong UMNO

Aku sukar bayangkan bagaimana penduduk kampung melalui jambatan ini pada waktu malam tanpa lampu. Pas bukan setakat tidak berminat memberi khidmat kepada penduduk kawasan ini bahkan bendera bulan purnama pun mereka tidak pasang di sini. Mungkin mereka tidak jejakkan kaki pun ke sini bimbang rakyat tanya pasal jambatan usang dan jalan yang rosak ni.
.
Dari Temalir kami terus ke kawasan Peti Undi Sungai Perial melalui kebun-kebun getah yang luas. Kawasan ini tidak banyak penempatan hanya satu dua buah rumah kecil, yang mungkin dijadikan pondok penoreh melepaskan penat setelah bermandi keringat sejak subuh hari.

Poster berbunyi "BN Sementara PAS Selamanya" - agak-agaknya boleh bawa bendera Pas ke dalam kubur atau ke akhirat sebab PAS Selamanya. BN Sementara dah betul dah sebab BN parti untuk tadbir semasa hidup di dunia

Kira-kira 45 minit melalui jalan sempit yang lopaknya lebih luas, kami akhirnya tiba di kawasan Sungai Perial dan kembali memasuki jalan utama Kuala Krai - Gua Musang.

Gambar bulan purnama besar merentangi jalan melatari poster Nik Aziz

Melalui kawasan dari Sungai Perial ke simpang masuk Sungai Sok berhadapan markas Pas terdapat bendera bulan purnama gergasi merentang jalan. Terdapat juga poster Nik Aziz dinaikkan penyokong setianya berbunyi "Jemaah Penyokong Setia Tok Guru".

Kemudian meneruskan perjalanan sehingga tiba di simpang tiga berhampiran Masjid yang dibina oleh Dato' Wan Zaid, bekas Ketua UMNO Kuala Krai. Sebuah masjid yang tersergam indah dibina sebagai amal jariah untuk kegunaan penduduk kampung. Kami mengambil kesempatan bersembahyang zohor di situ dan tidak lupa berdoa agar orang yang membina masjid ini dilimpahkan rezekinya oleh Allah swt.

Setelah sembahyang zohor di masjid berkenaan dan minum air kelapa di gerai sebelah masjid, aku dan kawan-kawan menuju ke Peti Undi Sungai Sok, melalui Kg Slow Machang. Perjalanan melalui jalan raya yang selesa dan kiri kanan jalan dihiasi dengan bermacam-macam poster dan bendera UMNO dan Pas.

Nasib penduduk di Sungai Sok lebih bernasib baik berbanding di Temalir kerana kemudahan asas yang lebih baik dan jalan-jalan yang lebih selesa.

Di sana kebetulan bertembung pula dengan Dato' Noor Zahidi Hj Omar, ADUN Pengkalan Kubor yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, sedang menziarahi penduduk kampung, bertanya khabar dan beramah mesra.


Dato' Noor Zahidi bersama penduduk kampung, contoh pemimpin UMNO berjiwa rakyat

Kami meneruskan perjalanan ke Chuchuh Puteri melalui kawasan perkampungan dan pekan kecil tempat tumpuan penduduk kampung berhampiran sekolah. Kawasan ini agak padat dengan rumah-rumah penduduk kampung dibina agak rapat di sepanjang jalan.
.

Pemandangan di jalan Sungai Sok

Perjalanan seterusnya dari Sungai Sok ke Lata Rek melalui jalan raya yang berbukit sepanjang kiria-kira 3 km. Kawasan ini dikenali sebagai Bukit Tonggek. Mengikut sejarah yang diceritakan dari mulut ke mulut, nama Bukit Tonggek diambil dari kesukaran orang zaman dahulu berjalan kaki mendaki bukit ini sehingga tertonggeng-tonggeng. Dalam dialek tempat dikenali sebagai tonggek. Dari situ lekatlah gelaran Bukit Tonggek.
.

Mula mendaki Bukit Tonggek

Pelajar-pelajar dari kawsan Bukit Budu dan Lata Rek terpaksa menempuh Bukit Tonggek setiap hari untuk ke sekolah di Sungai Sok
.

Gambar diambil dari puncak Bukit Tonggek menunjukkan ianya menjadi laluan utama penduduk

Selepas menempuh laluan mendaki yang berliku-liku di Bukit Tonggek, kami tiba di kawasan Bukit Budu, salah sebuah kawasan yang sehingga kini belum mendapat liputan telefon. Kami terpandang sebuah Surau Lama di kawasan ini yang agak daif tapi difahamkan ianya digunakan jemaah yang agak ramai.
.

Surau di Kg Budu, Lata Rek

Apabila tiba di kawasan Lata Rek, kami menuju ke kawasan jeram yang cukup dikenali ramai kerana disenaraikan dalam peta pelancongan Kelantan. Perjalanan yang cukup memenatkan ini membuatkan kami tidak sabar untuk mandi di lata Rek.

Sepanjang Sungai beberapa jambatan gantung yang agak usang kelihatan merentangi sungai yang agak luas ini. Kami tertanya-tanya kalau jambatan gantung yang uzur ini rosak, apakah tidak ada jambatan kekal yang dibina bagi membolehkan penduduk berulang alik ke seberang sana namun beberapa ketika kemudian kami menemui jawapan yang tidak disangka-sangka.
.

Rakit buluh yang digunakan oleh penduduk Kg Lata Rek untuk menyeberang sungai

Kami agak terperanjat apabila melihat rakit ini, bukan tidak pernah melihat rakit tapi tidak menyangka ianya masih digunakan pada zaman ini untuk menyeberang sungai yang sebesar ini. Tapi itulah hakikatnya kerana kedudukan yang agak jauh ke pedalaman. Pembangunan menjadi terhad, tambahan sejak sekian lama tidak diberi perhatian oleh kerajaan negeri.

Air sungai juga keruh kerana aktiviti penebangan kayu-kayu hutan di kawasan berbukit sekitarnya. Air yang keruh dan penuh keladak ini telah merencatkan rancangan kami untuk mandi di Lata Rek.

Dari pagi sehingga petang kami meninjau kawasan Dun Manek Urai ini rupanya belum pun sampai separuh daripada keluasan keseluruhan Dun. Perjalanan kami menyusuri kampung-kampung di pedalaman memakan masa kira-kira 5 jam ini hanya meliputi kawasan sebelah kiri jalan raya Kuala Krai - Gua Musang.

.

Air terjun Lata Rek, keruh - tidak sejernih dulu

Kami memerlukan sekurang-kurangnya 1 hari lagi untuk menelusuri kawasan perkampungan sebahagian lagi Dun manek urai iaitu di kawasan kanan jalan, dari Lakloh sehingga Sungai Perial.

manekurai2009.blogspot.com akan membawa anda ke sebahagian lagi Manek Urai selepas ini apabila ada masa yang sesuai.

.

Kerajaan Perpaduan - 12,293 pengundi Manek Urai wajar putuskan

Manek Urai 2009 menulis..

Isu kerajaan perpaduan mungkin selepas ini akan sepi di medan internet dan dada-dada akhbar tetapi tidak di Manek Urai. Rata-rata penduduk Manek Urai walaupun jauh di pedalaman tetapi sentiasa peka dengan perkembangan isu kerajaan perpaduan ini.

Penduduk di sekitar Manek Urai ini yang rata-ratanya 99.22% beragama Islam pastinya tertanya-tanya satu cetusan idea bernas yang dikemukakan oleh Presiden Pas, kemudiannya disambut baik oleh UMNO dan disokong oleh Mufti-mufti dan tokoh Ilmuan Islam, disokong juga oleh NGO-NGO tetapi akhirnya menemui jalan buntu sebelum sebarang perundingan dimulakan.

Orang-orang Melayu seperti di Manek Urai ini yang sejak sekian lama dipisahkan oleh anutan politik kepartian sehingga menjadikan seolah-olah mereka hidup dalam dunia yang tersendiri.

Pas dengan budaya ketaksuban terhadap pemimpinnya yang disokong umpama Dewa, apa yang terkeluar dari mulut pemimpin itulah fatwa. Apa yang disuruh oleh pemimpin laksana fardhu ain yang berdosa jika diingkari. Budaya inilah yang sama sekali tidak ada dalam ajaran Islam, diwarisi secara turun temurun dari dulu sehingga menjadikan satu fahaman musuh mereka adalah satu - UMNO.

Apa sahaja yang berkait dengan UMNO adalah musuh yang bukan sahaja perlu ditentang dan dijauhi, malah berkawan dengan UMNO menjadikan mereka akan disumpah seranah. Tidak kiralah walaupun orang itu bukan ahli Pas, atau penyokong biasa mahu pun Timbalan Presiden sekali pun. Itulah Pas.

Menyedari hal ini, atas rasa tanggungjawab dan hasrat mahu melihat pemikiran penyokong Pas kembali ke jalan yang lurus, Presiden Pas mencadangkan satu pendekatan yang akan menghimpunkan pemimpin Islam di satu meja rundingan, dinamakan kerajaan perpaduan.

Matlamatnya adalah untuk menamatkan sengketa yang telah berakar umbi sejak sekian lama antara orang Islam di negara ini bagi memastikan masa depan generasi baru akan terjamin. Cadangan ini disambut baik oleh UMNO dan disokong oleh Mufti-mufti.

Apakah idea ini tidak baik dan akan merugikan masa depan Islam di negara ini ?

Cahaya di hujung terowong semakin nampak kemilaunya apabila Mufti-mufti dan tokoh agama menyokong secara terbuka malah sanggup menawarkan diri menjadi orang tengah. Tenyata sekali tidak ada apa yang perlu dipertikaikan mengenai hasrat muzakarah ini.

Tetapi orang yang menggagalkan muafakat sesama Islam ini adalah Nik Aziz sendiri. Seorang tok guru dalam Pas yang mana dialah segala-galanya bagi Pas. Pas adalah Nik Aziz dan Nik Aziz adalah Pas. Posternya sahaja dikatakan cukup untuk menarik pengundi menyokong Pas. Sebab itu sampai hari ni poster Haji Hadi tidak ada satu pun di Manek Urai ini.

Malah khabarnya ada Imam salah sebuah masjid di sini berkata dengan memandang gambar Nik Aziz sahaja kita sudah mendapat pahala. Ini aku tak pernah dengar tuk-tuk guru atau ustaz-ustaz mengajar lagi. Ni first time dengar, sebab pilihanraya. Pandang gambar pun dah dapat pahala, apatah lagi jika mengundi parti dia, dapat tiket business class untuk terbang ke syurga la kot. Penyelewengan agama secara tereng-terangan dan semakin menjadi-jadi. Moga-moga Allah memberi hidayah kepada Imam berkenaan.

Biarlah Nik Aziz dengan dunianya. Kita hormatilah pendirian itu walaupun dia menganggap berbaik-baik dengan bukan Islam yang terang-terang menentang Islam adalah lebih baik daripada bersatu padu sesama jemaah Islam untuk sama-sama membangunkan negara.

Biarlah Nik Aziz nak kata tidak boleh berbaik dengan UMNO kerana UMNO zalim dan kekalkan undang-undang penjajah. Biarlah Nik Aziz nak kata Pas berbaik-baik dengan DAP sebab nak dakwah DAP. Pedulikan bila Nik Aziz kata DAP lebih Islam daripada UMNO dan layak dijadikan kawan mentadbir negara dalam usaha mewujudkan negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud.

Biarkan Nik Aziz dengan dunia dia. Dia bukan nabi yang semua kata-kanya adalah hadis. Dia bukan Wali yang tutur lidahnya menjadi keramat. Dia hanya pemimpin Pas yang tak ada beza dengan pemimpin-pemimpin Pas sebelumnya. Percayalah tidak berdosa kalau kita tidak menyokong partinya.

Kita tahu ramai penyokong Pas yang tidak taksub kepada Nik Aziz termasuk Presiden Pas sendiri, dah berbulu dengan sikap Nik Aziz sekarang. Tapi nak buat macam mana, selagi Nik Aziz ada kata-katanya adalah menjadi perlembagaan kepada Pas. Semua wajib akur. Kepada Haji Hadi dan lain-lain sabarlah, istigfarlah banyak-banyak.

Insyaallah Pas akan menjadi parti yang lebih baik dan lebih waras selepas zaman Nik Aziz. hanya pastikan pengganti Nik Aziz bukanlah ayam didiknya yang kalah dalam Muktamar hari itu.

Kepada pengundi Manek Urai, sewajarnya memberikan mesej penting kepada Nik Aziz dengan mengundi UMNO dalam pilihanraya kali ini. Sekurang-kurangnya ia dapat menyedarkan Nik Aziz apa yang dia buat sekarang adalah salah. Pengundi Manek Urai perlu menyatakan bahawa Nik Aziz sebagai orang paling dipatuhi dalam Pas sepatutnya berusaha menyatukan umat Islam, bukan berusaha menghalangnya. Moga-moga Allah membuka pintu hatinya. Amin.
.

Program Ketua Pemuda UMNO Malaysia di Manek Urai

Manek Urai 2009 menulis..

YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan mengadakan program bersama masyarakat Manek Urai pada 26/06/2009 - Jumaat.

8.00 pagi - Majlis Mesra Bersama Masyarakat di padang Majlis Daerah Dabong, Laloh. Menyediakan kemudahan untuk mambaiki motosikal dan menukar minyak pelincir

9.00 pagi - Sekitar peti undi

1.00 tengah hari - Solat Jumaat

2.30 petang - Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda BN Negeri di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru. Juga diadakan majlis Penyerahan Anak Angkat di mana Exco Pemuda akan dijadikan anak angkat kepada beberapa buah keluarga dan tinggal bersama masyarakat.

8.00 malam - BBQ di SMK Laloh


---------- Semua dijemput hadir ---------------------