10 July, 2009

"PENYELEWENGAN PAS DALAM AKIDAH"




TOK MUDIN-Jumaat, 10 Julai 2009

Hari ini sungguh bertuah, kerana atuk ditemukan oleh Allah SWT dengan seorang kawan yang sama-sama belajar di Al-Azhar As syarif, Mesir. Kami bertemu di sebuah kedai makan (restoran) nasi kerabu, di sekitar pekan Kuala Krai. Semasa di Mesir dahulu sahabat atuk ini merupakan seorang 'exco' persatuan pelajar PAS (PMRAM). Atuk dulu pun macam dia juga, kuat menyokong perjuangan PAS di tanah air ini. Maklumlah, "perjuangan Islam".. tetapi selepas tamat belajar dan balik ke tanah air, sokongan yang dahulunya berkobar-kobar semakin hari semakin kurang.. Ini semua kerana gara-gara 'pemimpin' PAS yang ada sekarang ini. Lebih-lebih lagi orang yang dianggap 'tok guru' sudah menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar.
Beliau tidak lagi menggunakan Al-Qur'an dan hadis-hadis sebagai rujukan, tetapi banyak menggunakan akal fikiran berasaskan 'permusuhan dan kebencian, yang semestinya banyak kesalahan dari kebetulan. Menggunakan kejahilan akal dari menggunakan sumber 'naqli' (Al-Qur'an & Hadith). Contohnya, beliau menolak perpaduan yang dituntut oleh Islam dengan mengekalkan perpecahan, berbaik-baik dengan KAFIR HARBI (DAP & HINDRAF) dan menolak KAFIR ZIMMI (MCA,MIC dll) yang mana sesetengah keadaan(hak harbi ) hampir sama dengan hak orang-orang Islam. Antara yang mengarut pernah dikeluarkan(fatwakan) adalah spt boleh berkawan dengan syaitan, menuduh UMNO Sesat, fitnah sesuka hati, mengatakan undi PAS masuk syurga dan undi UMNO masuk neraka. Macam lah syurga dan neraka itu hak peribadinya..

Terlalu banyak 'kemungkaran' yang terjadi kerana inginkan 'kekuasaan', kepentingan peribadi dan puak-puak. Soalan atuk kepada semua "SEKIRANYA UNDI PAS SAHAJA MASUK SYURGA, APA AKAN JADI KEPADA ORANG ISLAM DI NEGARA LAIN YANG TAK ADA PARTI PAS?!". Ini menunjukkan PAS itu hanyalah sebuah parti bukan Agama!(hanya ada di Malaysia). Masuk PAS kena isi borang dan bayar RM5, sedangkan nak masuk (memeluk) Islam tak payah isi borang dan bayar RM5, hanya cukup dengan mengucap dua kalimat syahadah. Tetapi kerana banyak 'pembelit' dan 'penipu' dalam parti tersebut, menyebabkan ramai ahli keluarga kita yang terpengaruh dan tertipu. Kesian...

Note : Atuk pernah isi borang ahli PAS 'se umur hidup' bermakna atuk tetap ISLAM la.

Ustaz Nasharuddin bakal jadi kambing hitam di Manek Urai..

Manek Urai menulis...

Pepatah orang tua-tua mengatakan, bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Perumpamaan ini amat bertepatan dengan situasi Pas di Manek Urai menjelang 4 hari tempoh berkempen yang masih berbaki.

Setelah bertungkus lumus menutup setiap lubang kepincangan menggunakan pelbagai alasan bagi menghindar persoalan besar betapa dalam Pas sedang menghadapi krisis kepimpinan yang teruk, pelbagai 'cerita-cerita dalam kain' semakin terdedah.

Status Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden Pas yang sekian lama menghilangkan diri kerana berkecil hati dihalau keluar Pas oleh Nik Aziz, menjadi persoalan kepada pengundi sama ada masih menjadi orang nombor 2 dalam Pas atau sudah memikirkan haluan baru dengan mufarakah dari Pas.

Sejak kecaman keras Nik Aziz terhadap beliau ekoran isu kerajaan Perpaduan tempoh hari, Ustaz Nasharuddin terus menghilangkan diri sehinggakan media pun gagal mengesan kelibat beliau sama ada dalam majlis-majlis Pas atau pun di sidang parlimen. Telefon tidak bersahut, mesej yang ditinggal juga tidak berbalas.

Kemuncak kepada persoalan yang berlegar di nyali rakyat ini adalah kegagalan beliau hadir di Manek Urai sebelum ini, daripada awal kempen tidak rasmi pilihanraya kecil ini sehinggalah kepada perarakan mengiringi calon ke pusat penamaan calon.

Pas mencuba sedaya mungkin mengelak dari berbicara mengenai ketiadaan Ustaz Nasharuddin. Ada pemimpin Pas kata Timbalan Presiden Pas itu telah 'malu mata' untuk datang ke Manek Urai. Ada juga yang kata memang Timbalan Presiden itu tidak disenaraikan antara penceramah pada pilihanraya kecil kali ini.

Ada juga yang kata Ustaz Nasharuddin terlalu sibuk menguruskan pentadbiran Pas Pusat menjalankan tugas Presiden kerana Presidennya datang ke Manek Urai. Malah Nik Aziz sendiri apabila ditanya pemberita tentang ketiadaan Ustaz Nasharuddin, mengatakan 'itu dia punya pasal nak datang ke tak nak datang.

Bermacam alasan yang berbeza-beza diberikan oleh pemimpin-pemimpin Pas bagi meyakinkan rakyat bahawa Pas tidak mempunyai sebarang masalah dalaman, walaupun alasan-alasan yang diberi bercanggah satu dengan lain.


Tetapi apa yang mengejutkan apabila didedahkan oleh seorang pimpinan Pas bahawa Ustaz Nasharuddin tidak datang ke Manek Urai kerana memang ada larangan rasmi yang dibuat oleh Pas Kelantan agar Timbalan Presiden Pas itu dilarang sama sekali datang ke Manek Urai walaupun untuk membantu jentera pilihanraya Pas. Malah larangan rasmi itu khabarnya disampaikan secara rasmi oleh 3 orang wakil Pas Kelantan iaitu ADUN Perupok, ADUN Air lanas dan ADUN Demit.

Wah.. nampaknya benci benar Pas Kelantan terhadap Ustaz Nasharuddin hingga begitu sekali diperlekeh dan terus dihina mereka.

Apakah keputusan majoriti daripada perwakilan Muktamar Pas memilih Ustaz Nasharuddin mengekalkan jawatan Timbalan Presiden dengan mengalahkan Husam Musa adalah tidak tepat?

Kalau tidak kenapa harus ada seolah-olah dendam kesumat yang amat dalam terhadap Ustaz Nasharuddin? Apakah kerana kekalahan calon yang disokong oleh Nik Aziz itu telah menjadikan Timbalan Presiden Pas sebagai satu-satunya ahli Pas yang memerlukan 'passport' khas dari Pejabat Nik Aziz untuk menjejak kaki di 'bumi tadahan wahyu' ini. (Wahyu tak pernah turun di Kelantan tapi dah Nik Aziz suka sebut begitu).

Apabila heboh di media tentang kewujudan larangan rasmi ini, Nik Aziz akhirnya mengakui memang benar terdapat larangan itu terhadap Ustaz Nasharuddin. Jadi yang Nik Aziz cakap sebelum ni dia tak tahu itu dengan sendirinya membuktikan Nik Aziz bercakap bohong. Malaikat di bahu kiri pun terus tulis 1 dosa untuk Nik Aziz.

Tetapi untuk menutup pembohongan itu Nik Aziz mendakwa larangan itu dibuat kerana untuk mengelak daripada Timbalan Presiden Pas itu di'boo' penyokong Pas. Hah tambah 1 dosa lagi untuk penipuan seterusnya ini.

Untuk membuktikan Pas tidak berpecah, Ustaz Nasharuddin terpaksa mengorbankan diri membuat pengumuman akan datang ke Manek Urai pada hari Sabtu. Nik Aziz terus mengambil kesempatan ini dengan membuat undangan terbuka agar Timbalan Presiden Pas datang membantu kempen Pas.

Satu persoalan bermain di kepala aku sekarang, apabila Ustaz Nasharuddin datang pastilah ramai penyokong Pas akan bertumpu ke tempat ceramah beliau. Media massa juga pasti tidak terkecuali membuat liputan. Jadi aku tidak akan terperanjat jika ada di kalangan segelintir penyokong Pas akan 'boo' Ustaz Nasharuddin sebagaimana 'kebimbangan awal' Nik Aziz itu. Tidak besar kosnya untuk mengupah 4 atau 5 orang meng'boo' berbanding faedah yang akan diperolehi oleh orang tertentu yang sebelum ini bermati-matian menggunakan lidah Nik Aziz untuk menyekat kehadiran Nasharuddin.

Jika ini berlaku, media akan melaporkan memang terbukti kebimbangan Nik Aziz itu. Ustaz Nasharuddin akan dilihat sebagai 'paria' dalam Pas dan yang lebih penting dendam kesumat orang tertentu terhadap Ustaz Nasharuddin akan berbalas.

Moga dijauhkan Allah daripada manusia sekeji dajal itu.
.