19 June, 2009

Calon BN Di Manik Urai Kehendak Akar Umbi : Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Manik Urai akan dipilih oleh kepimpinan parti dengan mengambil kira pandangan anggota akar umbi.

"Kita ada ramai tokoh yang layak belaka, tidak menjadi masalah untuk kita pilih calon, tetapi kita berpegang kepada prinsip perundingan dengan (Umno) bahagian dan negeri.

"Ini pilihan raya kecil, penting untuk kita buat keputusan yang terbaik dengan mengambil kira pandangan semua pihak," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama jentera pilihan raya kecil BN DUN Manik Urai di Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh di sini.

Turut hadir Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Manik Urai BN Datuk Mustapa Mohamed, timbalannya Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, dan Ketua Umno Bahagian Kuala Krai Datuk Mohd Ramzi Abdul Rahman.

Muhyiddin berkata senarai calon yang ada akan dinilai terlebih dahulu daripada semua segi oleh kepimpinan parti.

"Kita nilai atas, bawah, depan dan belakang. Kalau (calon) ini yang dikatakan pimpinan kita, terimalah.

"Apa juga keputusan yang kita buat, kita nilai yang terbaik dari semua sudut dan dari kalangan yang ada," katanya.

Beliau berkata bahawa dengan komitmen dan kesungguhan semua pihak, tidak sukar untuk BN menang pada pilihan raya kecil itu walaupun kawasan berkenaan dilabel kubu kuat Pas.

"Kita mahu kemenangan di Manik Urai memulihkan semangat kita bukan sahaja di Kelantan tetapi juga di seluruh negara.

Kemenangan kali ini akan dapat pulihkan luka-luka yang berdarah sekian lama," katanya.

Muhyiddin turut mengingatkan jentera parti supaya mendekati semua penduduk termasuk daripada kalangan penyokong kuat Pas.

"Jangan label mereka penyokong tegar Pas, kita dekati semua, beri penerangan tentang perjuangan kita, saya yakin kita boleh berjaya," katanya.

Beliau turut berpuas hati dengan gerak kerja jentera BN untuk pilihan raya kecil berkenaan yang diterajui Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan.

"Sebelum ini pengarah pilihan raya kecil biasanya dipegang oleh Timbalan Perdana Menteri tetapi kali ini kita beri kepercayaan kepada pimpinan negeri untuk pastikan kita menang di Manik Urai," katanya.

Muhyiddin dalam rangka lawatan sehari ke kawasan DUN Manik Urai bermula awal pagi tadi. Beliau sebelum itu turut menziarahi penduduk uzur di kawasan berkenaan.

Selepas menunaikan solat asar di Masjid Kampung Laloh di sini, Muhyiddin kemudiannya berlepas pulang ke ibu negara.

-- BERNAMA

4 comments:

  1. ''WARKAH UTK ANWAR DARI RAKYAT MALAYSIA''

    KAMI RAKYAT MAHUKAN KEBENARAN
    SILA HADIRKAN DIRI PADA
    Julai di Mahkamah Tinggi Jalan Duta
    USAH TANGGUH2 LAGI

    [SMS]
    017-2802211
    012-9533565
    +17037252544(US)

    [Email]
    anwar.ib@gmail.com
    anwar.ibrahim@aicassociates.com
    ai55@georgetown.edu

    DIHARAPKAN MENGELAK DARI MENGHANTAR SMS YANG BERBAUR UGUTAN DAN ANCAMAN KEPADA TERTUDUH KES LIWAT INI.

    SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT

    1 JULAI HARI KEBENARAN

    http://www.gomounited.com/2009/06/warkah-buat-anwar-al-juburi.html

    ReplyDelete
  2. Tok doakan manik urai akan mengibarkan bendera UMNO melambangkan kemenangan

    ReplyDelete
  3. SALAM PERJUANGAN
    MUDAH2AN MANIK URAI AKAN LEBIH TERBELA DI BWH BN INSYALLAH

    ReplyDelete
  4. hidup BN!

    http://malaysiakini.forumotion.com/

    ReplyDelete