29 June, 2009

Debat - Pemuda gesa Nik Aziz lepasi ujian kelayakan

Manek Urai 2009 menulis..

Bagi menutup Isu Kerajaan Perpaduan, kini Nik Aziz membuka episod baru dengan mencabar Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berdebat secara terbuka. Alasan Nik Aziz adalah bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit antara Pas dan UMNO, kata dialah.

Bila dia buat cabaran itu, kawan-kawan dia di kalangan kepala-kepala pembangkang seperti Anwar Ibrahim capat-cepat menyokong. Atau kalau dia nak join sekali aku tak tahulah pulak.

Aku tak faham kenapa tiba-tiba Nik Aziz nak ajak Dato' Najib berdebat pulak. Hari tu orang duk sibuk-sibuk nak bincang hal hubungan Pas dan UMNO mengenai apa yang dikatakan sebagai kerajaan Perpaduan, dia lah yang duk bersungguh-sungguh halang hingga Timbalan Presiden Pas sendiri kena halau keluar macam sampah. Tapi hari ini dia pula nak jadi hero.

Bagi aku tak payahlah Nik Aziz nak ajak Dato' Najib berdebat. Kalau nak jumpa sangat Dato' Najib pun jemputlah elok-elok datang rumah, kan lebih manis. Ajak pekena teh o dicicah dengan biskut kering pun Dato' Najib tak akan tolak. Kan lebih baik begitu, ketua kerajaan negeri jemput ketua kerajaan pusat datang bincang kat rumah. Soal debat-debat ni tak payah nak ikut kepala Anwar Ibrahim lah. Dia duk semangat-semangat debat tapi debat dengan Shabery Cheek hari tu pun menggelupur kena tibai.. Nik Aziz jangan duk ikut kepala Anwar sangat.

Tapi kalau tetap dengan pendirian nak debat juga, Nik Aziz kena lepasi ujian kelayakan dulu lah. Mana boleh nak debat dengan PM terus. Kalau boleh direct macam tu nanti semua kepala pembangkang nak berdebat dengan PM pula, barulah Dato' Najib tak boleh masuk office asyik nak melayan orang ajak berdebat pulak. Ntah-ntah calon Pas Manek Urai pun nanti nak ajak Dato' Najib berdebat, untung-untung boleh masuk tv free..

Aku duk fikir-fikir pasal ujian kelayakan untuk Nik Aziz ni mestilah kena cari calon yang hebat dan beragama, sebab yang nak masuk gelanggang nih Tok Guru terhebat dalam Pas.. hehehe.. kena puji lah sikit..



Lantas aku hubungi Ustaz Affendi Yusoff, Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Bila aku cadangkan agar Nik Aziz berdebat dengan beliau dulu sebagai ujian kelayakan, Ustaz Affendi bersedia menggalas tugas tersebut. Malah katanya, beliau bersedia berdebat dengan Nik Aziz tentang apa juga tajuk yang Nik Aziz mahu. Tarikh, masa dan tempat terpulang pada kesesuaian di pihak Nik Aziz.

Kalau Nik Aziz nak bawak pembantu pun Ustaz Affendi tidak kisah. Katanya bagi Pemuda UMNO, debat ini adalah tanggungjawab Pemuda sebagai barisan hadapan parti. Pemuda UMNO akan sentiasa berperanan sebagai benteng yang kukuh dalam mempertahankan parti.

Kata Ustaz Affendi lagi, Pemuda UMNO telah lama menunggu saat-saat keemasan seperti ini dan beliau berharap agar Nik Aziz tidak mengelak daripada berdebat dengan beliau.
.

4 comments:

  1. jangan lah kita terpedaya dengan helah nik aziz yang bermodulkan artis-artis holywood mencipta glamour. Apa yang dimainkan oleh nik aziz adalah untuk mempastikan servival politik PAS di Kelantan. Jika nik aziz berdiam diri, rakyat kelantan akan fikir tok guru sakit ke, tak ambil peduli ke soal pemerintahan di kelantan. mereka juga beranggapan tok guru dah malas nak tadbir negeri. so bagi menghilangkan tanggapan itu, terpaksa lah tok guru mencipta drama dengan membuat kontroversi supaya seluruh rakyat malaysia ini merasa penangan dan kehadiran tok guru. mereka akan beranggapan tok guru masih aktif dan power dalam arena politik.

    so jangan lah terpedaya dengan perangkap nik aziz (artis holywood terbaru). kita patut tak payah respon apa pun dgn provokasi nik aziz tu. kita tengok apa nak jadi kat dia.

    p/s: dah lama qheti taktik org PAS ni.

    ReplyDelete
  2. Ore tuo..koho lamo..koho tebolah

    Nati kito anok cucu pakat gi cokek mok bolok dio..

    Salam Ziarah

    ReplyDelete
  3. Ajak Dr Ashraf Wajdi Hj Dasuki sekali ek

    ReplyDelete
  4. wakilrakyat - pandangan saudara sangat bernas dan saya sangat hargainya

    umno_tumpat - terima kasih atas kesudian menjengok. harap teruskan memberi pandangan

    ReplyDelete