28 June, 2009

Suasana Majlis Pengumuman Calon BN..


Manek Urai 2009 menulis...

Seperti yang semua tahu, Tuan Aziz Tuan Mat, 39 tahun - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai - telah diumumkan sebagai calon Barisan Nasional untuk berentap dengan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah @ 'Puji Ikan' dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai nanti.
.

Wajah calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat

Tuan Aziz merupakan Pengurus Bahagian Pemantauan Projek Kesedar.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdanan Menteri, membuat pengumuman tersebut dalam satu majlis yang dihadiri lebih 5000 orang di Kampung Sungai Sok Luar, Manek Urai. Turut hadir Dato' Mustapa Mohamad - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Tan Sri Annuar Musa - bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Dato' Ramzi Abdul Rahman - Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai dan Dato' Wan Zaid - bekas Ketua UMNO bahagian Kuala Krai.

Majlis ini turut dihadiri pimpinan UMNO peringkat Pusat dan Kelantan serta pemimpin parti-parti komponen BN.

Pengumuman beliau sebagai calon BN sudah dijangka lebih awal dan sememangnya menepati hasrat dan kehendak masyarakat Manek Urai. Tugas sebagai pengurus Kesedar menjadikan beliau cukup popular di kalangan masyarakat tempatan.

Kepada kawan-kawan yang tidak berkesempatan hadir majlis petang tadi, aku bawakan gambar-gambar menarik yang sempat dirakam..


dari kiri; Dato' Hanafi Mamat, YB Ahmad Maslan, Dato' Seri Shahrizat Jalil, Dato' Mustapa Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Ramzi Abd Rahman dan Tengku Adnan Mansor

Gempur Pemuda Kuala Krai
.

Antara hadirian yang hadir
.

Masyarakat berbilang kaum tetap setia dengan BN
.
Ribuan penyokong membanjiri Pusat Operasi Barisan Nasional untuk mendengar pengumuman calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri
.

Hadirin sabar menunggu pengumuman rasmi TPM
.
Dato' Mustapa Mohamad, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan
.

Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengumumkan calon BN
.
Tan Sri Muhyiddin Yasin, Dato' Mustapa dan Dato' Ramzi menjulang tangan Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat
.

Ucapan calon BN
.

Sepakat - Tan Sri Annuar Musa, Dato' Ramzi, Tuan Aziz, Dato' Pa dan Dato' Seri Shahrizat

.


4 comments:

  1. Beberapa kenyataan PAS yang bercanggah dengan ajaran Islam mula menjadi perbualan rakyat. Malah terdapat golongan muda yang sebelum ini bersimpati dengan PAS sudah mula ragu-ragu. Apatah lagi mereka tahu bahawa dalam sejarah Islam sendiri memang terdapat ulama-ulama besar yang akhirnya tersilap simpang.

    ReplyDelete
  2. tersangat setuju dgn pandangan Cheguman. dharapkan dapat terus memberikan pandangan utk sama dkongsi. terima kasih..

    ReplyDelete
  3. adakah calon UMNO itu calon pilihan rakyat atau calon pilihan parti? sejarah membuktikan selepas PRU 12, dalam PRK BN tetap kalah kerana calon adalah pilihan dan kehendak parti bukan kehendak rakyat.
    Apa pun tahniah kepada Tuan Aziz Tuan Mat (nama dekat nak sama dgn Nik Aziz Nk Mat) sebagai calon PRK Man.U

    ReplyDelete
  4. lebih baik jadi calon parti atau jadi calon rakyat daripada jadi calon 'pulau melaka' sorang je..

    ReplyDelete