30 June, 2009

"TUAH AYAM DI KAKI, TUAH FAUZI DI ...?


Oleh Tok Mudin

Masa kat sekolah Ugama Arab dulu, atuk sering jugalah bermujadalah dengan kawan2 yang 'berfikiran' UMNOlisme, masa tu Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, bunyi namanya pun atuk dah naik benci dan meluat, kalu tengok mukanya lagi-lagilah meluat-luat..ini kerana benih2 kebencian yang ditanam oleh guru-guru atuk yang sememangnya 'menyokong' PAS secara terang-terang dan sembunyi-sembunyi(nasiblah UMNO kerana 'memelihara' kakitangan yang tak pernah bersyukur). Dalam perdebatan ,Atuk akan menggunakan hujjah bahawa perjuangan PAS adalah perjuangan Islam, kalau mati mesti syahid, perjuangan kami perjuangan Rasulullah...ini kerana pemimpin kami semuanya 'ulama'...menolak ulama seperti menolak rasul..dan menolak rasul samalah dengan 'menentang' Tuhan. Semua ini menyebabkan atuk dan rakan-rakan menjadi 'ta'asub' kepada Ulama2 PAS...selama 20 tahun kami tertipu, mungkin abang-abang kami dan ayah-ayah kami telah lama tertipu oleh penampilan dan pemujukkan 'pembelit2' dalam PAS dan hari ini tuhan telah menunjukkan kepada kita semua, siapakah mereka dalam PAS? betulkah mereka itu Ulama Pewaris Nabi yang sebenar atau hanya 'ular dalam semak' yang sedang menunggu untuk 'membelit' dan menelan mangsanya yang lemah iman,lemah pengetahuan, jahil dan bodoh..satu soalan kepada semua orang-orang yang beriman...ADAKAH FAUZI 'AS SAMAK' SEORANG ULAMA DALAM PAS???

Tuah Fauzi di "tokey ikan"...maka PAS sekarang pun tokey-tokey juga...riuh rendah soal pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS baru-baru ini, samada di kalangan Ulama ke atau Profesional...tapi untuk jadi calon di Manek Urai, kedua-dua kategori tersebut tidak diambil kira...semuanya atas Pak Nik Jid..'tokey Tahi Ayam' pun boleh kalu dia oghe ambo.Tahniah! kepada semua 'tokey2' dalam PAS, PR ke 13 nanti mungkin anda akan tersenarai...pesan atuk untuk semua...cepatlah jadi 'tokey' cepat-cepat!

Pesanan Tok kepada Ust Zulkifli(bekas YB Guchil) dan Ust Zamzuri (bekas calon Manek Urai 2004)..tak payahlah anta berdua belajar jauh-jauh ke Mesir kalu nak jadi 'wakil rakyat' cukuplah jadi 'tokey' pok getah dan 'tokey' kambing jafnapari dah la...

5 comments:

  1. Salam Tok,

    Ambo ni budak lagi baru nok belajar menulis. Tapi tengok pada gaya tulisan Tok nampaknya kita ni berkongsi haluan dan perjuangan yang sama.

    http://mu-speaks.blogspot.com/

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Jangan pandang orang hanya bedasarkan profesion mereka..tak semestinye orang yg berpendidikan tinggi shje yg bley jd pemimpin dan jgn pandang hina jika pekerjaan seseorang tu hanya penjual ikan,jual sayur,jual kambing dan sebagainye..Rasullullah pun dulu pengembala kambing jugak..

    ReplyDelete
  3. Betul jugak tu,ambo pun setuju...jangan merendah-rendahkan orang, Nabi pun marah...ambo pun pelik, dalam PAS ramai ustaz-ustaz, ramai tok guru-tok guru (walaupun tak pernah mengarang kitab dan buku)tetapi kerana nak membina imej yang baik terpaksalah tipu-tipu, memang tak malu...ambo tengok ramai bro-bro kita blogers dok caci, dok cela pemimpin negara sampai ada yang menuduh 'kafir' , 'maha zalim', Maha firaun, Pembunuh dan lain-lain tidak berasas tetapi tuan-tuan masih percaya dan berbangga. Pada pandangan ambo yang cetek ini...setakat nak kata yang benar apa salahnya, bukan menghina tapi itu realiti...Nabi kita w/pun pengembala kambing, tapi itu sebagai latihan untuk menjadi insan yang sebenar..bukannya seperti penipu 'mahaguru' dalam PAS yang sanggup mengguna agama untuk cari makan,dan mencari kedudukan...ambo nak tanya..layakkah manusia dalam PAS nak diletakkan dalam kedudukan seperti Rasul,'macam perangai nabi',inilah pendusta yang sebenar...Maha suci Allah...imej bersih dan cantik Nabi kita akan tercalar,tercemar jika anak-anak kita, generasi kita akan datang memahami yang Nabi macam orang-orang PAS yang ada sekarang... ambik kate Nabil Raja Lawak "lu fikir la sdiri..!"

    ReplyDelete
  4. Salam..
    kawe raso ngundi Fauzi akan mene sebab Tok Guru kata dah, jangan pandang pada calon tapi perjuangan parti. Calon hanya sebagai wakil kepada parti. walaupun kawe bukan pengundi manek urai tapi kawe yakin Pas akan menang. takbir!!!

    ReplyDelete
  5. Atuk pun hairan bin ajaib dengan perangai masyarakat Islam akhir zaman ni, bila orang kafir baca kitab suci Al-Qur'an, mereka takbir, Dr Tan Seng Giaw (DAP) sebut 'assamualaikum' mereka 'takbir', pabila Gobala Krisnan baca al-Qur'an dengan ayat "wa makalu wama kalallahi wallahi khailun maakilin' orang pun 'takbir' sukanya mereka kerana bapak kafir pun boleh baca al-Qur'an kerana berkat 'tok guru'...heh!! berapa ekor dah puak2 kafir ni yang dah mengucap dua kalimat syahadah ??..ini menunjukkan ceteknya ilmu agama yang difahami oleh 'pengikut' PAS, walaupun mereka jahil tetapi yang 'alim' pun tetap membiarkan perkara itu..alasan tak mahu hilang 'undi'.

    ReplyDelete