10 July, 2009

"PENYELEWENGAN PAS DALAM AKIDAH"




TOK MUDIN-Jumaat, 10 Julai 2009

Hari ini sungguh bertuah, kerana atuk ditemukan oleh Allah SWT dengan seorang kawan yang sama-sama belajar di Al-Azhar As syarif, Mesir. Kami bertemu di sebuah kedai makan (restoran) nasi kerabu, di sekitar pekan Kuala Krai. Semasa di Mesir dahulu sahabat atuk ini merupakan seorang 'exco' persatuan pelajar PAS (PMRAM). Atuk dulu pun macam dia juga, kuat menyokong perjuangan PAS di tanah air ini. Maklumlah, "perjuangan Islam".. tetapi selepas tamat belajar dan balik ke tanah air, sokongan yang dahulunya berkobar-kobar semakin hari semakin kurang.. Ini semua kerana gara-gara 'pemimpin' PAS yang ada sekarang ini. Lebih-lebih lagi orang yang dianggap 'tok guru' sudah menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar.
Beliau tidak lagi menggunakan Al-Qur'an dan hadis-hadis sebagai rujukan, tetapi banyak menggunakan akal fikiran berasaskan 'permusuhan dan kebencian, yang semestinya banyak kesalahan dari kebetulan. Menggunakan kejahilan akal dari menggunakan sumber 'naqli' (Al-Qur'an & Hadith). Contohnya, beliau menolak perpaduan yang dituntut oleh Islam dengan mengekalkan perpecahan, berbaik-baik dengan KAFIR HARBI (DAP & HINDRAF) dan menolak KAFIR ZIMMI (MCA,MIC dll) yang mana sesetengah keadaan(hak harbi ) hampir sama dengan hak orang-orang Islam. Antara yang mengarut pernah dikeluarkan(fatwakan) adalah spt boleh berkawan dengan syaitan, menuduh UMNO Sesat, fitnah sesuka hati, mengatakan undi PAS masuk syurga dan undi UMNO masuk neraka. Macam lah syurga dan neraka itu hak peribadinya..

Terlalu banyak 'kemungkaran' yang terjadi kerana inginkan 'kekuasaan', kepentingan peribadi dan puak-puak. Soalan atuk kepada semua "SEKIRANYA UNDI PAS SAHAJA MASUK SYURGA, APA AKAN JADI KEPADA ORANG ISLAM DI NEGARA LAIN YANG TAK ADA PARTI PAS?!". Ini menunjukkan PAS itu hanyalah sebuah parti bukan Agama!(hanya ada di Malaysia). Masuk PAS kena isi borang dan bayar RM5, sedangkan nak masuk (memeluk) Islam tak payah isi borang dan bayar RM5, hanya cukup dengan mengucap dua kalimat syahadah. Tetapi kerana banyak 'pembelit' dan 'penipu' dalam parti tersebut, menyebabkan ramai ahli keluarga kita yang terpengaruh dan tertipu. Kesian...

Note : Atuk pernah isi borang ahli PAS 'se umur hidup' bermakna atuk tetap ISLAM la.

4 comments:

  1. SLM TOK..NASIB MALANG LA SAPE2 YG DH SAIN BORANG MASUK PAS TU..KLU ISLAM TU HAK DIA SORANG , BYGKAN HAK ORANG BKN ISLAM NAK MASUK ISLAM KENE MINTAK IZIN DGN DIA DLU..ADOIYAII..PAS MAKIN SESAT DAN MENYESATKAN

    ReplyDelete
  2. Salam Tok,

    Sekali lagi pinjam gambar. Saya nak buat cerita pasal TGNA kata orang BN takut dengar kaset ceramah dia.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  3. Salam Tok,

    Tindakan PAS bersekongkol dgn parti yg rata-rata anti Islam hanya akan memakan diri sendiri. Lambat laun ahli-ahli PAS akan sedar juga tu.. insya-allah...

    ReplyDelete
  4. Salam untuk semua!! nampaknya bila nanti ada Restoran pakai nama ISLAM maka HARAM kita makan restoran lain, Jika ada calon bernama ISLAM (e.g : Yusof Islam) maka HARAM kita undi Nik Aziz, jika ada Klinik bernama ISLAM maka HARAM kita pergi ke Klinik lain, Jika ada Perempuan bernama Islam maka HARAM kita kahwin dengan perempuan lain yang namanya tiada Islam(e.g: Tuan Sabariah, Maimun,Zainab dll), Jika ada sokalah Islam atau Universiti Islam maka haram kita belajar di Universiti lain (e.g: Univ.Malaya,Uni.Kebangsaan,UUM,UPM dll)!!maknanya ISLAM yang ada pada PARTI PAS itu sekadar nama bukannya AGAMA yang wajib kita "IKUTI dan PATUHI", tetapi kerana parti PAS (PARTI AJARAN SESAT)...kita semuanya telah disesatkan!!!

    ReplyDelete