04 July, 2009

"REALITI RAKYAT MANEK URAI"



TOK MUDIN, Manek Urai 3,Julai 2009.



Syukur alhamdulillah, hari ini atuk berkesempatan untuk melangkah kaki turun ke DUN Manek Urai. Nama Manek urai sekarang semakin dikenali ramai. Bukan setakat oghe Kelate yang tahu akan kedudukan Manek Urai dalam peta Malaysia, malah kawasan yang dahulunya terpencil dalam kawasan ulu Kelate kini semakin dikenali oleh seluruh warga Malasia...

Dahulunya tiada yang 'mengambil tahu' kini semakin ramai yang ingin tahu. Dahulunya asing kepada rakyat kelate tetapi kini mashyur ke seluruh pelusok tanah air... Rupa-rupanya apabila mati seseorang wakil rakyat (YB) maka amat memberi makna kepada kawasan yang 'diwakilinya'... Malah ada juga gurauan "baik jugak mati wakil rakyat, sekurang-kurang memberi faedah kepada orang ramai!!". Maknanya mengikut kefahaman atuk lah, semasa hidup (Yang Berhormat) banyak manfaat dan jasa yang telah 'disuap', 'diberi' ,'disedekah,'didermakan' kepada rakyat. Malah selepas mati pun masih banyak lagi 'sumbangan' yang dia(YB) dapat berikan pada rakyat... terima kasih kepada semua YB2 yang telah pergi.


Selepas kematian YB Pak Su Wil, rakyat di Manek urai terutamanya yang mempunyai rumah, bagai dapat durian runtuh. Sebuah rumah yang diberi sewa kepada yang berminat ada yang mencecah puluhan ribu, belasan ribu, ribu-ribu. Itu baru lokasi yang jauh dari jalanraya.. Yang dekat, 'masyaallah..' tak tergamak atuk nak cakap. Peniaga-peniaga kedai makan tak sempat nak kiro duit...lakunya berniaga. Orang-orang tua, warga tua, OKU, Ibu Tunggal, Bapa Tunggal semuanya dapat perhatian...tak kiro dari PAS atau UMNO. Mereka riang, mereka suka(gembira) kerana mendapat 'perhatian' . Yang dapat 'pemberian' dan 'sumbangan' tersenyum sampai pagi dan yang 'tak bertuah' mungkin tak berpuashati...terima kasih YB!

Atuk ingin mengucapkan TAHNIAH kepada kerajaan PAS, kerana semenjak kemenangan calonnya dalam pilihanraya lepas, tiada apa-apa sumbangan diberikan pada rakyat. Jalan raya rosak, sempit, tidak berturap, taraf hidup dan prasarana rakyat tidak dipedulikan.. tp itu semua bukan salah kerajaan PAS, tapi salah rakyat itu sendiri... "Buat apa kejar dunia? akhirat yang kita hendak..." katonyo ore PAS.

Mujurlah ada KESEDAR(UMNO) yang tolong baiki jalanraya, rumah untuk golongan miskin dan lain-lain.. Itu tak termasuk sekolah, hospital dan lain-lain lagi. Semuanya JASA kerajaan BN..bila atuk tanya seorang penduduk "gapo hok ore PAS ado bui (buat)?" jawab die "Taik pun takdok (tiada)!.tapi 'berok' atah pusu ado banyok!!" . Semua ini dapat dapat mengambarkan betapa bernilainya sebuah kematian... Harimau mati tinggal belang, manusia mati tinggal "hutang"....


to be continue..



Pesanan atuk : "Wahai anak Adam janganlah kamu berjanji untuk melakukan sesuatu yang kamu pasti tidak akan kamu tunaikan...sesungguhnya kamu akan dibalas dengan siksa azab pada hari akhirat kelak"

13 comments:

  1. Hahahaha atuk, pesan atuk tu sbnrnya lbh kena pd UMNO, dah berapa byk daaa UMNO/BN tabur janji pd rakyat, lbh-lbh lg tiap kali pilihanraya. tapi pastu janji tinggal janji. Janji pembangunan la, tp yg membangun duit poket dan harta kroni pemimpin UMNO adala hehehe. Kalau UMNO ikhlas, knp tak tlg turap je jalan tu ms arwah Pak Su Wil masih hidup, baru la UMNO ikhlas bantu rakyat, baru la rakyat hargai UMNO yg bantu even dibwh pemerintahan PAS. Br la rakyat nak undi UMNO. Ni ms pilihanraya br nak turap. Penipu pny UMNO hahaha.LG satu ms pilihanraya Malaysia, mana blh jentera kerajaan bantu BN. Ms tu kan parlimen dah bubar, mana ada kerajaan lg ms sblm pilihanraya. Apa-apa menteri pun takde ms tu. Kerajaan ms tu sementara di bwh Agong. Ni BN blh tibai guna semua jentera kerajaan. Tibai guna duit kerajaan ms kempen. Haprak pny BN hahaha

    ReplyDelete
  2. Salam Tok.
    Terima kasih dengan cerita Tok dari Man.U, kurang-kurangnya saya yg jauh dr Man.U ni berpeluang tahu jugak perkembangan semasa di sana. Saya setuju dengan cerita Tok, kat mana-mana PRK, is seperti rahmat kepada penduduk tempatan. Rezeki datang mencurah-curah, rakyat mendoakan agar tempoh berkempen dipanjangkan lah supaya mereka mendapat rezeki harimau.

    Tok,
    suatu yang menarik tentang komen Sai di atas, beliau nampaknya tak berpuashati dengan BN, jadi semestinya beliau penyokong Pakatan Rosak. Tapi komen Sai ni nampak sangat penyokong Pakatan Rosak ni bangang sangat, tak gheti undang-undang dan tak penah baca buku perlembagaan tentang kerajaan semasa parlimen dan DUN dibubarkan.

    Saya nak tanya Sai, takkah Nik Aziz juga menggunakan jentera kerajaan negeri semasa PRU dulu. Jawapannya sudah semestinya, cuma yang berbeza apa yang orang Pakatan Rosak atau PAS buat lebih-lebih lagi Mursyidul Am buat semuanya halal, sebab mereka semua telah confirm masuk syurga.

    Sai, kalau nak cakap, tolong bagi cerdik sikit, jangan cakap mcm orang bodoh. Apakah jasa PAS pada sdr? semestinya jasa BN pada saudara terlalu banyak dan tidak terbayar. Fikirlah.

    Tq Tok, semoga sihat.

    www.wakilrakyatblog.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. sai..kalu kau tak suka BN jangan la kau lalu atas jalan yg BN buat. faham2 jer la yer. aku cuma sokong yg betul tapi rasionalah.sebab setiap sesuatu tu ada baik dan buruknya. heheheh bayangkan sai jalan dalam utan..lelama jadi org utan..sebab dah ngam perangai cam org utan.tak reti beterima kasih.

    ReplyDelete
  4. Nok wat guano Tok kito tak doh pitih nok buat projek, tu kerjo kerajaan pusat.

    Pitih balak tu sikit sangat, pade bui ko yang berhormat.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
    Salam Sejahtera dan selamat malam untuk kenkawan semua...saya amat tertarik dengan isu yang diketengahkan oleh korang semua...walaupun pandangankita berbeda dan berbeza janganlah kita memutuskan persaudaraan kita, saudara kita mungkin ada saklah dan silap, tapi janganlah kita tuduh dia kafir dan sebagainya..kita bukannya malaikat, bukannya nabi,bukannya rasul tetapi hamba yang bernama manusia...kita tentu mempunyai salah dan silap...kita bukannya "ma'sum" ...janganlah jadi macam 'orang pulau melaka' yang raso diri tak salah tak berdosa..semua hok dia buat adalah kijo nabi...minta jauhlah agar 'beliau' tak jadi macam 'musallama al khazzab' yang mengaku menjadi nabi...masyallah..umatku,melayuku..kamu semua masih tak bersyukur dengan nikmat yang TUHAN kurniakan kepada kita rakyat bumi bertuah ini...

    ReplyDelete
  6. Mundurnya Manek Urai jangan nak salahkan UMNO, PAS yang memerentah Kelantan lebih 3 penggal, mana peginya peruntukan untuk membangunkan Manek Urai, wakil rakyat PASlah yang patut selalu tengok masalah rakyat ......

    PRK kali ini, pengundi-pengundi Manek Urai perlu tolak parti munafik ni, tau nya berkempen, datang malam-malam, mana nak nampak kesusahan rakyat......

    ReplyDelete
  7. PAS tidak merakyatkan balak kepada rakyat Kelantan. Semua balak pergi kepimpin PAS. PAS dah sama pakai Mercedes Benz, rumah di KL, perempuan ada di KL, pakai baju mahal. Pergi ke kampung tipu orang kampung dan salah orang lain.

    ReplyDelete
  8. Ini juga menunjukkan Pas tidak mementingkan nasib rakyat, sebaliknya mengutamakan kepentingan perut sendiri. Biarlah perut pemimpin Pas buncit dan boroi kerana terlebih makan manakala rakyatnya kebulur dalam kemiskinan. Kerajaan negeri meluluskan kawasan pembalakan secara berleluasa kepada lebih 100 syarikat konsesi pembalakan yang dimiliki pemimpin Pas termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta beberapa individu tertentu yang dipercayai rapat dengan pemimpin Kelantan termasuklah ahli keluarga mereka.

    Adalah malang bagi rakyat Kelantan jika Islam yang mereka perjuangkan bersama Pas selama ini digunakan oleh pihak tertentu untuk memelihara kepentingan kepuakan. Berkuasanya Pas di Kelantan pada mata rakyat Kelantan adalah untuk menjadikan negeri itu makmur dan adil. Tetapi, selepas memperoleh kuasa, pemimpin mereka melupai sumpah dan perjanjian mereka untuk membela rakyat.

    ReplyDelete
  9. Salam...

    Hermmm... bekalan yang nak dibawa ke akhirat tu, bermula dengan silaturahim dan amalan atas muka bumi dari keikhlasan hati kerananya.

    Mempertahankan negara, memakmurkan umat, memberi pendidikan, menjana kemajuan, perkukuhkan perpaduan dan memelihara alam ini dituntut agar diusahakan seumpama akan hidup selama-lamanya. diajarkan bahawa 9/10 sumber rezki itu datangnya dari perniagaan dan mencari ilmu walaupun hingga ke negeri china.

    Menolak perpaduan, caci mencela, perasangka buruk, bersekutu dengan musuh dan tidak bersyukur adalah perkara ditegah dan telah diberi peringatan.

    Yang mentakwilkan ayat-ayat "mutasyaabihaat" dengan maksud mengikut selera hatinya tu, pendorong ke arah kesesatan.

    ReplyDelete
  10. SALAM MANEK URAI..SEPERTI BIASA PAS DAN PKR TERUS2AN MENGHENTAM BN. TP DIORANG LUPE APE JASE YG ARWAH PAK SU DH TINGGALKAN PD PENDUDUK MANIK URAI SELAIN DR KEMUNDURAN?...THINK BABEH!..THINKK CAREFULLY!! HUHUHU

    ReplyDelete
  11. salam..lau x sokong bn ckp penyokong tegar pr..hbs yg hampa sume duk sokong umno 2 ape cite..mcm insanbersyukur 2,dh elok dh gne salam sblm bg komen tp ble tngok komen x nmpk cm org yg haYATI ISLAM PN..lau pas sume nye salah tp yg bn duk gne tv u hentam pas n islam 2 amende?satu lagi,ckp sal peruntukan ni aku ase korang sume pn ad otak..duit pembangunan 2 pn duit rakyat so x payah nk bising..org pembangkang pn byr cukai jgk..lau xnk bg peruntukkan kat pembgkng so xpelu la byr cukai sume 2..

    ReplyDelete
  12. kepada syaom.

    1. kalau saya memberi wang kepada sdr dan wang itu adakah masih menjadi milik saya? Sudah tentu tidakkan.

    2. Berapa billion yang sdr bayar cukai kepada kerajaan setahun? Rasanya tak ada satu sen pun. Kalau ada orang PAS yang bayar cukai hanya lekat kat celah kuku je. Jangan fikir cukai (cukai pendapatan dan perkhidmatan) yang dikutip dari rakyat sudah cukup besar untuk tanggung anak-anak orang PAS ke sekolah dan bayar gaji ahli-ahli PAS yang makan gaji (HARAM) dari kerajaan BN.

    Satu lagi kepada Tok mohon supaya tidak siarkan artikel yang menggunakan bahasa Melayu yang dirosakkan oleh ahli PAS. Hairan jugak PAS sokong mansuh PPSMI tapi ahlinya adalah perosak Bahasa Melayu (syaom).

    ReplyDelete
  13. Salam, kepada semua sahabat termasuk syaom! semoga kalian semua masih bersyukur dengan anugerah Ilahi kepada rakyat M'sia tak kira PAS ke UMNO, semuanya beragama ISLAM..tahniah saya kepada wakilrakyat...insya Allah anta akan jadi wakil rakyat nanti, cuma janji jangan lah jadi wakil rakyat PAS, kena 'menipu' dan terpaksa menipu demi parti dan kawan2 se parti...yang malangnya rakyat jelata, kerajaan buat tadika,sekolah rendah,menengah,kolej,universiti agar rakyat jadi 'cerdik' tapi puak-puak keturunan 'jahiliah' hari-hari dok putar belit samada dalam "marakah" atau dalam ceramah-ceramah agama katonya ..betul sepertimana kata 'syoam' mula dengan salam kemudian terus hentam, kalau 'syoam' nak tahu ambo dulu pun pengikut fanatik PAS jugak dan masih lagi ada namo dalam ahli 'seumur hidup'..ambo belajar ceramah bukan setakat baca salam, malah ayat Qur'an, hadis pun ambo baca kemudian terus hentam,cela,menghina,mengata,menuduh dan banyak lagi suku sakat yang sejenis dengannya...tak caya cuba cari kaset 'abg mat sabut, gmulah buniyamin,dan banyak lagi...nasihat ambo pada 'syaom' janganlah buka sebelah mata, kerana anta ada dua mato yang Allah bagi, nanti ditarik satu maka jadi 'mosyi dayan'!! Allah bagi otak suruh berfikir, tapi tak guna...berapa sen yang orang2 PAS keluar cukai? nak kiro berjalan atas jalanraya pun dah 'berhutang' tak kira lagi berapa rial gaji guru yang puak PAS bayar untuk sehari,sebulan dan setahun demi mengajar anak2 PAS di sekolah dari sekolah rendah sampai menengah...cerdik sikit dah pandai nak lawan tokey (Kerajaan). Tak bersyukur langsung, tidak mustahil nanti negara kita juga akan 'malapetaka' kerana wujud manusia yang tak bersyukur...Sepertimana maksud Firman Allah SWT "SEKIRANYA KAMU BERSYUKUR DENGAN NIKMATKU NESCAYA AKU AKAN TAMBAH KEPADA KAMU DAN SEKIRANYA KAMU KUFUR , SESUNGGUHNYA AZABKU LEBIH TERUK"...

    ReplyDelete