Sejak malam tadi jalanraya utama Kuala Krai - Gua Musang mengalami kesesakan yang amat luar biasa. Dari Kg Pahi ke sehingga ke Lela Jasa di Laloh, kenderaan entah dari mana datang memenuhi setiap ruang di kiri dan kanan jalan.
Hari ini adalah Hari Mengundi. Kru ManekUrai2009 keluar seawal jam 8.30 pagi untuk mendapatkan perkembangan menarik di setiap tempat membuang undi. Selepas Dataran Peladang, kenderaan mula bergerak perlahan. Kereta-kereta dan motosikal membawa bendera dan poster parti tidak putus-putus mempamerkan sokongan terhadap calon masing-masing. Bermula di Kg Pahi kesesakan lalulintas sudah mula dirasai. Kereta-kereta yang tadinya bergerak perlahan mula tersangkut dalam kesesakan.
Perjalanan untuk tiba di Sekolah Kebangsaan Perial, yang menjadi tempat membuang undi kepada 2021 orang pemilih, mengambil masa kira-kira 50 minit. Pada hari-hari biasa ia hanya memakan masa kurang 5 minit.
Saksikan senario-senario menarik sepanjang Hari Mengundi, Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai dibawakan oleh manekurai2009.blogspot.com
1. Tempat mengundi - Sekolah Kebangsaan Perial - 10.30 pagi
2. Tempat mengundi - Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru - 12.30 tengah hari
3. Tempat mengundi - Sekolah Kebangsaan Manek Urai - 1.15 tengah hari
4. Tempat mengundi - Sekolah Kebangsaan Karangan - 3.00 tengah hari
akan bersambung kemudian....
No comments:
Post a Comment