25 June, 2009

Program Ketua Pemuda UMNO Malaysia di Manek Urai

Manek Urai 2009 menulis..

YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan mengadakan program bersama masyarakat Manek Urai pada 26/06/2009 - Jumaat.

8.00 pagi - Majlis Mesra Bersama Masyarakat di padang Majlis Daerah Dabong, Laloh. Menyediakan kemudahan untuk mambaiki motosikal dan menukar minyak pelincir

9.00 pagi - Sekitar peti undi

1.00 tengah hari - Solat Jumaat

2.30 petang - Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda BN Negeri di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru. Juga diadakan majlis Penyerahan Anak Angkat di mana Exco Pemuda akan dijadikan anak angkat kepada beberapa buah keluarga dan tinggal bersama masyarakat.

8.00 malam - BBQ di SMK Laloh


---------- Semua dijemput hadir ---------------------

1 comment:

  1. Salam utk Manek Urai,
    Walaupun penulis sudah lama berhijrah ke KL tetapi masih lagi pulang bercuti ke Manek Urai dan Lakloh kerana masih lagi menpunyai rumah dan tanah pusaka dan saudara mara penulis masih lagi ramai berada di Lakloh (di sekeliling pasar Lakloh),di Kg Pemberian dan di Manek Urai lama (dekat station keretapi).Kali terakhir penulis pulang ke Manek Urai ialah dalam cuti sekolah awal bulan ini.Dalam tinjauan penulis di kalangan saudara mara penulis yang memang pengundi di DUN Manek Urai ini, penulis menyimpulkan yang rata-rata mereka mengutamakan calun dari parti.mereka sanggup mengundi semula umno kalau calun umno adalah calun tempatan dan tinggal di kawasan serta jenis yang 'mudah kkira' seperti Gemulah Paksu Weil.mereka tidak mahu calun tempatan yang tinggal di KL atau di Kota Bharu dan sukar dihubungi walaupun calun itu dari saudara sendiri.

    Semasa kempen elakkan mengatakan yang mereka miskin dan hidup susah dan mereka perlu di bantu!!.itu sensitif kerana menganggapnya kenapa hanya skrg datang untuk membantu!.

    Walaupun mereka diluar bandar dan hidup nampak susah mereka menpunyai anak-anak yang berpendidikan dan ada yang berjaya di luar Manek Urai.Anak-anak Pengundi DUN ini sudah ramai yang berkelulusan Universiti malah ada yang menjadi CEO Public Listed COmpany,Ketua Pengarah Pejabat Kerajaan dan lain2 jawatan JUSA serta ahli perniagaan yang berjaya.Anak anak mereka selalu memberi maklumat yang lebih baik dari perayu undi parti.
    Pesan saya kepada jurukampen atau perayu undi terutama pemuda dan puteri dari luar Kelantan jaga tingkah laku, lagakgaya dan tutur bicara kalau benar untuk mendapat simpati mereka.Mereka sanggup berubah kalau kreteria calun UMNO dapat mengatasi calun PAS.

    ReplyDelete