10 July, 2009

"PENYELEWENGAN PAS DALAM AKIDAH"




TOK MUDIN-Jumaat, 10 Julai 2009

Hari ini sungguh bertuah, kerana atuk ditemukan oleh Allah SWT dengan seorang kawan yang sama-sama belajar di Al-Azhar As syarif, Mesir. Kami bertemu di sebuah kedai makan (restoran) nasi kerabu, di sekitar pekan Kuala Krai. Semasa di Mesir dahulu sahabat atuk ini merupakan seorang 'exco' persatuan pelajar PAS (PMRAM). Atuk dulu pun macam dia juga, kuat menyokong perjuangan PAS di tanah air ini. Maklumlah, "perjuangan Islam".. tetapi selepas tamat belajar dan balik ke tanah air, sokongan yang dahulunya berkobar-kobar semakin hari semakin kurang.. Ini semua kerana gara-gara 'pemimpin' PAS yang ada sekarang ini. Lebih-lebih lagi orang yang dianggap 'tok guru' sudah menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar.
Beliau tidak lagi menggunakan Al-Qur'an dan hadis-hadis sebagai rujukan, tetapi banyak menggunakan akal fikiran berasaskan 'permusuhan dan kebencian, yang semestinya banyak kesalahan dari kebetulan. Menggunakan kejahilan akal dari menggunakan sumber 'naqli' (Al-Qur'an & Hadith). Contohnya, beliau menolak perpaduan yang dituntut oleh Islam dengan mengekalkan perpecahan, berbaik-baik dengan KAFIR HARBI (DAP & HINDRAF) dan menolak KAFIR ZIMMI (MCA,MIC dll) yang mana sesetengah keadaan(hak harbi ) hampir sama dengan hak orang-orang Islam. Antara yang mengarut pernah dikeluarkan(fatwakan) adalah spt boleh berkawan dengan syaitan, menuduh UMNO Sesat, fitnah sesuka hati, mengatakan undi PAS masuk syurga dan undi UMNO masuk neraka. Macam lah syurga dan neraka itu hak peribadinya..

Terlalu banyak 'kemungkaran' yang terjadi kerana inginkan 'kekuasaan', kepentingan peribadi dan puak-puak. Soalan atuk kepada semua "SEKIRANYA UNDI PAS SAHAJA MASUK SYURGA, APA AKAN JADI KEPADA ORANG ISLAM DI NEGARA LAIN YANG TAK ADA PARTI PAS?!". Ini menunjukkan PAS itu hanyalah sebuah parti bukan Agama!(hanya ada di Malaysia). Masuk PAS kena isi borang dan bayar RM5, sedangkan nak masuk (memeluk) Islam tak payah isi borang dan bayar RM5, hanya cukup dengan mengucap dua kalimat syahadah. Tetapi kerana banyak 'pembelit' dan 'penipu' dalam parti tersebut, menyebabkan ramai ahli keluarga kita yang terpengaruh dan tertipu. Kesian...

Note : Atuk pernah isi borang ahli PAS 'se umur hidup' bermakna atuk tetap ISLAM la.

Ustaz Nasharuddin bakal jadi kambing hitam di Manek Urai..

Manek Urai menulis...

Pepatah orang tua-tua mengatakan, bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Perumpamaan ini amat bertepatan dengan situasi Pas di Manek Urai menjelang 4 hari tempoh berkempen yang masih berbaki.

Setelah bertungkus lumus menutup setiap lubang kepincangan menggunakan pelbagai alasan bagi menghindar persoalan besar betapa dalam Pas sedang menghadapi krisis kepimpinan yang teruk, pelbagai 'cerita-cerita dalam kain' semakin terdedah.

Status Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden Pas yang sekian lama menghilangkan diri kerana berkecil hati dihalau keluar Pas oleh Nik Aziz, menjadi persoalan kepada pengundi sama ada masih menjadi orang nombor 2 dalam Pas atau sudah memikirkan haluan baru dengan mufarakah dari Pas.

Sejak kecaman keras Nik Aziz terhadap beliau ekoran isu kerajaan Perpaduan tempoh hari, Ustaz Nasharuddin terus menghilangkan diri sehinggakan media pun gagal mengesan kelibat beliau sama ada dalam majlis-majlis Pas atau pun di sidang parlimen. Telefon tidak bersahut, mesej yang ditinggal juga tidak berbalas.

Kemuncak kepada persoalan yang berlegar di nyali rakyat ini adalah kegagalan beliau hadir di Manek Urai sebelum ini, daripada awal kempen tidak rasmi pilihanraya kecil ini sehinggalah kepada perarakan mengiringi calon ke pusat penamaan calon.

Pas mencuba sedaya mungkin mengelak dari berbicara mengenai ketiadaan Ustaz Nasharuddin. Ada pemimpin Pas kata Timbalan Presiden Pas itu telah 'malu mata' untuk datang ke Manek Urai. Ada juga yang kata memang Timbalan Presiden itu tidak disenaraikan antara penceramah pada pilihanraya kecil kali ini.

Ada juga yang kata Ustaz Nasharuddin terlalu sibuk menguruskan pentadbiran Pas Pusat menjalankan tugas Presiden kerana Presidennya datang ke Manek Urai. Malah Nik Aziz sendiri apabila ditanya pemberita tentang ketiadaan Ustaz Nasharuddin, mengatakan 'itu dia punya pasal nak datang ke tak nak datang.

Bermacam alasan yang berbeza-beza diberikan oleh pemimpin-pemimpin Pas bagi meyakinkan rakyat bahawa Pas tidak mempunyai sebarang masalah dalaman, walaupun alasan-alasan yang diberi bercanggah satu dengan lain.


Tetapi apa yang mengejutkan apabila didedahkan oleh seorang pimpinan Pas bahawa Ustaz Nasharuddin tidak datang ke Manek Urai kerana memang ada larangan rasmi yang dibuat oleh Pas Kelantan agar Timbalan Presiden Pas itu dilarang sama sekali datang ke Manek Urai walaupun untuk membantu jentera pilihanraya Pas. Malah larangan rasmi itu khabarnya disampaikan secara rasmi oleh 3 orang wakil Pas Kelantan iaitu ADUN Perupok, ADUN Air lanas dan ADUN Demit.

Wah.. nampaknya benci benar Pas Kelantan terhadap Ustaz Nasharuddin hingga begitu sekali diperlekeh dan terus dihina mereka.

Apakah keputusan majoriti daripada perwakilan Muktamar Pas memilih Ustaz Nasharuddin mengekalkan jawatan Timbalan Presiden dengan mengalahkan Husam Musa adalah tidak tepat?

Kalau tidak kenapa harus ada seolah-olah dendam kesumat yang amat dalam terhadap Ustaz Nasharuddin? Apakah kerana kekalahan calon yang disokong oleh Nik Aziz itu telah menjadikan Timbalan Presiden Pas sebagai satu-satunya ahli Pas yang memerlukan 'passport' khas dari Pejabat Nik Aziz untuk menjejak kaki di 'bumi tadahan wahyu' ini. (Wahyu tak pernah turun di Kelantan tapi dah Nik Aziz suka sebut begitu).

Apabila heboh di media tentang kewujudan larangan rasmi ini, Nik Aziz akhirnya mengakui memang benar terdapat larangan itu terhadap Ustaz Nasharuddin. Jadi yang Nik Aziz cakap sebelum ni dia tak tahu itu dengan sendirinya membuktikan Nik Aziz bercakap bohong. Malaikat di bahu kiri pun terus tulis 1 dosa untuk Nik Aziz.

Tetapi untuk menutup pembohongan itu Nik Aziz mendakwa larangan itu dibuat kerana untuk mengelak daripada Timbalan Presiden Pas itu di'boo' penyokong Pas. Hah tambah 1 dosa lagi untuk penipuan seterusnya ini.

Untuk membuktikan Pas tidak berpecah, Ustaz Nasharuddin terpaksa mengorbankan diri membuat pengumuman akan datang ke Manek Urai pada hari Sabtu. Nik Aziz terus mengambil kesempatan ini dengan membuat undangan terbuka agar Timbalan Presiden Pas datang membantu kempen Pas.

Satu persoalan bermain di kepala aku sekarang, apabila Ustaz Nasharuddin datang pastilah ramai penyokong Pas akan bertumpu ke tempat ceramah beliau. Media massa juga pasti tidak terkecuali membuat liputan. Jadi aku tidak akan terperanjat jika ada di kalangan segelintir penyokong Pas akan 'boo' Ustaz Nasharuddin sebagaimana 'kebimbangan awal' Nik Aziz itu. Tidak besar kosnya untuk mengupah 4 atau 5 orang meng'boo' berbanding faedah yang akan diperolehi oleh orang tertentu yang sebelum ini bermati-matian menggunakan lidah Nik Aziz untuk menyekat kehadiran Nasharuddin.

Jika ini berlaku, media akan melaporkan memang terbukti kebimbangan Nik Aziz itu. Ustaz Nasharuddin akan dilihat sebagai 'paria' dalam Pas dan yang lebih penting dendam kesumat orang tertentu terhadap Ustaz Nasharuddin akan berbalas.

Moga dijauhkan Allah daripada manusia sekeji dajal itu.
.

09 July, 2009

"HALATUJU BANGSA MELAYU"


TOK MUDIN, Manek Urai 9 JULAI,2009.


Assalamualaikum untuk semua, samada penyokong PAS dan penyokong SETIA UMNO, Atuk masih lagi berada di Manek Urai untuk melihat suasana pilihanaraya kecil N41 Manek Urai. Bahang kepanasan pilihanraya semakin kuat terasa Hawanya telah mengatasi 'lemang' yang dijual di tepi jalan sekitar kawasan Manek Urai Baru. Berbagai gelagat direkodkan, ada yang nampak bersahaja, ada yang ceria dan tak kurang juga yang menampakkan 'emosi'...

Atuk terkejut jugak bila 'kru manekurai2009' merakamkan ada pelajar-pelajar dari IPTA yang menjadi 'perayu' dan 'agen' kepada parti PAS yang sememangnya menuduh UMNO menggunakan 'mahasiswa' untuk bekerja kepada UMNO(rujuk artikel 8hb Julai). Sedangkan hakikatnya mereka yang sering memutar belitkan keadaan dan suasana. Menuduh UMNO menggunakan jentera kerajaan, menuduh UMNO zalim dan yang paling teruk lagi 'MAHA ZALIM!'. Kemudian mengatakan UMNO parti sesat seperti 'Ayah Pin' dan yang terkini macam al-Arqam pulak...


Inilah retorik yang sering dilaung-laungkan oleh 'penceramah' PAS... Tetapi pada hakikatnya, merekalah yang benar-benar sesat, zalim, munafik, pembohong, pendusta! Lihatlah, sudah beberapa kali PAS menang dalam pilihanraya! tiada apa pun yang dibuat untuk rakyat. Di Kelantan, PAS sudah memerintah hampir 20 tahun, mana 'hukum hududnya'?! Cuma yang ada kempen-kempen sekadar untuk menutup kelemahan pentadbiran sahaja. Kota Bharu Bandaraya Islam(nama saja Islam, tapi sampah sarap dan kotoran melambak), arahan lelaki dan perempuan diasingkan di pasaraya(sekarang macammana?!), meletakkan replika al-Qur'an atas 'rehal' (orang PAS sendiri pun tak baca Qur'an!).

SIMBOL KEJAYAAN PENTADBIRAN PAS

mercu tanda bandaraya Islam

mercu tanda negeri serambi Mekah

Disebabkan untuk menang dalam politik dan pilihanraya, maka "ulamak' dalam PAS sanggup menggunakan "agama" untuk menarik undi, sanggup mengkafirkan saudara sesama Islam semata-mata agar kuasa dapat dikongsi dengan orang-orang jelas 'KAFIR HARBI' seperti DAP dan secara terang-terang menentang ISLAM. Apakah tuduhan 'Kafir' kepada orang2 UMNO kerana berbaik-baik dengan MCA dan MIC dulu tidak 'terbalik' kepada Ulama Fasik PAS?!!


Pesan Atuk kepada semua pengundi2 yang 'cerdik' di Manek Urai, pilihlah calon yang terbaik untuk generasi kita yang akan datang.. jangan pilih ikut emosi.. ambil timbang ikut rasional. Kesilapan kita, kerugian pada anak cucu kita..

Wassalam...

Gambar Menarik Ceramah Pas

Manek Urai 2009 menulis...

Malam semalam Pas mengadakan Ceramah Perdana lagi di Chuchoh Puteri, Manek Urai dengan turut dihadiri oleh 'orang itu' yang sekarang sedang berusaha keras menangkis kes liwatnya.

Dua minggu lepas 'orang itu' dah datang Ceramah Perdana di Kg Laloh bersama Nik Aziz, di mana pada ceramah itu Nik Aziz kata UMNO ni Parti Ajaran Sesat (macam nama PAS pulak) macam Ayah Pin, komunis dan ntah apa-apa lagi ntah. Kehadiran malam tu menjangkau 5000 orang, biasalah sebahagian besar orang luar.

Kali ini Ceramah Perdana Pas sekali lagi bawakan kepala pembangkang itu sebagai penceramah utama selain Nik Aziz sendiri. Dengan harapan bila bergabung sekali lagi 2 kepala pembangkang akan bertambah seri majlis dan menarik belasan ribu lagi hadir.

Tapi memandangkan orang ramai termasuk penyokong Pas sendiri mulai yakin dengan keperibadian 'orang itu', ianya tidak lagi menjadi faktor penarik walaupun ke ceramah besar seperti ini. Kehadiran hadirin termasuk penjaja dan peniaga adalah kurang daripada 1000 orang. Suatu yang luar daripada kebiasaan dan tersasar jauh daripada jangkaan berbelas ribu mereka.

Soal 'orang itu' nak ceramah kat mana suka hati dialah. Yang aku nak bagitau sini rasa kesian kepada kepala pembangkang yang sorang lagi ni, Nik Aziz. Setiap malam ke hulu ke hilir diusung untuk pergi ceramah. Sebab kalau tak bawa Nik Aziz orang tak berapa nak hadir.

Tengoklah sendiri betapa letihnya Nik Aziz sampai tertidur

Orang tua tu dah uzur, mana larat lagi nak berembun malam-malam. Pas ni memang betullah zalim, usahkan rakyat kepala tua mereka sendiri pun mereka paksa kerja malam-malam.


Tengok gambar Tok Guru dah dapat Pahala, kalau cium tangan tok Guru dapat apa ek...

Eh calon Pas senyum sinis tengok Nik Aziz letih sampai tertidur.. apa terbayang dalam kepala dia agaknya

....kita rrrrrobahhhhhh...... nganga lagi dia nih

perkataan tak keluar... nak cakap apa tu

Nik Aziz pun bertungkus lumus ceramah nak pastikan calon dia menang

.

08 July, 2009

Pas guna mahasiswi berkempen..

Manek Urai 2009 menulis...

Semalam aku dan kawan-kawan panel penulis blog Manek Urai 2009 meninjau di Peti Undi Lakloh dan Manjor. Saja jalan-jalan ambil gambar dan kumpul maklumat terbaru.

Ketika melalui Peti Undi Manjor, kami bertembung dengan sekumpulan 4 orang mahasiswi yang sedang memujuk rayu seorang penghuni sebuah rumah di Kampung Karangan. Aku buat-buat bertanya arah jalan, tetapi mereka tidak tahu. Dari tutur kata dan percakapan memang terbukti mereka bukan orang tempatan.

Pelajar di sebuah IPTA berkempen di Kampung Karangan, Manjor

Aku tanya dari mana dan apa buat di kampung ni, mereka perkenalkan diri sebagai Mahasiswi dari sebuah Universiti di Kuala Lumpur. Kata mereka kononnya ditugaskan membuat bancian kemiskinan penduduk di kawasan ini. Tapi di tangan ada risalah Pas dan gambar kecil calon Pas.

Bersama mereka ada seorang lelaki dalam usia pemuda sedang menunggu dalam kereta Myvi berwarna putih. Sempat aku tengok di cermin depannya ada sticker 'Pas For All' dan gambar Nik Aziz.

Nampaknya Pas kini kian terdesak sampai sanggup menggunakan para pelajar Universiti untuk kempen pilihanraya mereka.. dan malangnya pelajar-pelajar ini pula sanggup meninggalkan kuliah berhari-hari untuk bersekongkol dengan perjuangan Pas yang sia-sia.
.

Nik Aziz lupa...

Manek Urai 2009 menulis...

Mursyidul Am Pas, Dato' Nik Aziz Nik Mat dikhabarkan berasa kecewa apabila Dato' Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia menolak cabaran debat yang dicetuskan oleh Nik Aziz.

Katanya " kalau tak mahu tak apa, selesailah kerja saya".

Eh eh boleh dia kata selesai macam tu saja. Kot ye pun kecewa tak dapat pancing Najib berdebat sebab nak dapat publisiti media, apakah Nik Aziz dah lupakah apa yang dia pernah kata kat Najib sebelum ni. Kalau lupa biar aku ingatkan.. tengok di bawah..

Islam suruhkah itu? Ada Nabi suruh doakan bala bencana kepada sesama muslim? Taubatlah selagi masa masih ada..

Sudahkah Nik Aziz minta maaf atas tuduhan-tuduhan dia kat Najib sampai sanggup berdoa suruh Allah timpakan bala pada Najib ni..

Aku sokong sangat bila Dato' Sri Najib tak layan hasrat Nik Aziz nak debat ni.. Bukan kerja ketua parti nak berdebat-debat ni. Serah pada Pemuda lah, kan Pemuda Pas dan Pemuda UMNO dan sama-sama bersetuju nak berwacana, biarlah dia orang yang teruskan debat tu.

Kalau pun Nik Aziz nak join jugak debat cakap saja dengan Ketua Pemuda Pas tu, minta jadi salah seorang ahli panel...
.

07 July, 2009

Bermula Episod Pertembungan Fikrah

sang kecil besar

Semalam kamek pun terikut untuk bersama-sama rakyat jelata yang masing-masing mempunyai 2 pemikiran yang jelas berbeza.Samada mendakwa Islam atau parti Islam dan mendakwa mereka lah yang sebenarnya memperjuangkan agama dan bangsa.Bila kamek dengar pengumuman calon rasa lega sebab hanya 2 parti sahaja yang bertanding yang semuanya mewakili masyarakat melayu di manek urai..Kempen pun dah mula terasa bahangnya..Macam-macam kamek dengar cara kempen.kamek nak bagitau cara beberapa cara kempen kotor yang Parti Islam bawa

1.Wujud Imam mukim kat sesetengah masjid di manek urai dah mula tunjuk kuasa dan ugut anak mukim supaya mengundi Pas..kalau tidak maka imam tersebut tak akan jadi jurunikah kepada ahli mukim dan anak-anak penduduk selepas ini.

2.Unit Amal Keselamatam PAS berlagak lebih daripada pihak berkuasa.Kalau boleh Polis pun mereka nak tangkap.

3.Menjual syurga dan neraka macam jual ubi kayu kat pasar malam..macam la syurga dan neraka tu hak mak bapak mereka

4. Berkuasa memberi tawaran kepada pengundi samada mahu syurga atau neraka

5. Bagitahu pengundi bahawa bila seseorang yang tidak mengundi Parti Pas maka mereka akan bangun daripada perkuburan Islam dan merangkak ke kubur kristian bila mati nanti.

5.Penuh dengan gambar Nik Ajiz berdoa..macamla dia seorang yang pandai berdoa....TAKABBUR..

Fuh dahsyat jugak kempen mereka...kadang-kadang kamek terfikir mujurla Allah swt tak bagi tengok atas dunia lagi tentang dosa mereka,kalau tak mau pengsan Nik Ajis tengok dosa dia atas sebab mengelirukan pemikiran umat islam dan dosa menipu mahupun memfitnah..

p/s Kelmarin tengok Nik Abduh tak mau salam dengan pemimpin UMNO..

06 July, 2009

"REALITI MANEK URAI - SIRI 2"


TOK MUDIN - Manek Urai, 7 Julai 2009

9.00pg- Hari ini atuk berkesempatan untuk melawat ke Kg. Manek Urai Baru (peti undi Manek Urai Baru) bersama seorang kawan. Kami bertolak dari Bandar Kuala Krai pada jam 9.00pg dan sampai kira-kira jam 9.30pg. Kenderaan kami melewati beberapa tempat yang boleh dikira menarik sepanjang jalan.. Panorama yang banyak dapat dilihat di kiri kanan jalan selain dari bangsal-bangsal penjaja , gerai-gerai makan , ladang kelapa sawit yang telah menghampiri usia tua dan bukit-bukit yang digondol kerana 'kerakusan' manusia yang bersifat penjarah dan penjajah, tanpa menghiraukan kestabilan ekosistem dan fitrah alam yang diwajibkan oleh PENCIPTA YANG MAHA AGUNG, yang menuntut umatNya agar menjaga , memakmur dan melindungi alam ini...

kenapa ada bendera PAS dipagar KEMAS?

Ternyata, walaupun negeri Cik Siti Wan Kembang ini diperintah oleh "PEWARIS NABI" kononnya, dan dikenali sebagai "SERAMBI MEKAH" tetapinya ianya amat menyedihkan.. Pada fikiran atuk, seandainya inilah akhlak yang ditunjuk oleh Kekasih ALLAH, Nabi Muhammad SAW sudah tentu tiada lagi manusia yang beragama Islam pada hari ini. Kerakusan mengatasi sang GELOJOH, kebodohan yang mengatasi sang JAHIL , kezaliman melampaui yang SESAT. Apa tidak, negeri yang cantik diBODOHkan, hasil yang banyak diBINASAkan,sumber manusia yang cerdik pandai diHALAUkan.

terdapat poster Nik Aziz berdoa di bucu pagar klinik. ish..ish..ish..

Cuba lihat berapa banyak kawasan balak dan bukit digondol kerana untuk memenuhi perut-perut buncit tokey-tokey yang menjarah atas dasar ISLAM, cuba lihat berapa ramai anak muda dan belia yang ada? semuanya berhijrah ke 'negeri' lain untuk mencari sesuap nasi untuk menyara diri dan keluarga. Ini secara tidak langsung menyebabkan masalah sosial berlaku sepertimana termaktub setiap hari di dada akbar dan media massa. Penagihan dadah,pil kuda, samun, rogol,buang anak dll, banyak berlaku di kalangan anak-anak kelantan yang berada di luar, masyaallah.. Ini semua gara-gara tiada pemantauan oleh ibu bapa, yang sememangnya berjauhan...siapa kisah anak siapa, kerana ketiadaan kerja maka terpaksalah mereka mencari sesuap rezeki untuk meneruskan kehidupan dalam sebuah negeri yang sering melaungkan "BALDATUN TAIYIBATUN WARABBUL GHAFUUR"..

mungkinkah akan ada jambatan baru sekiranya UMNO yg memerintah atau
akan wujud dengan doa 'tok guru'..zam..zam..allakazam!

Sumber bumi banyak,sumber manusia banyak, panorama indah alam banyak.. Tetapi kerana di'serahkan' kepada mereka yang bukan ahlinya, maka rosak segala-galanya.. Ibarat kata pepatah "Beri Bunga Pada Beruk" sudah tentu tiada nilainya. Apapun panorama kali ini dihiasi dengan bendera bulan penuh purnama dan dacing penuh saksama. Sungguh indah, seindah bakal-bakal YB yang bertanding memikirkan kemenangan masing-masing..
Ternyata sudah 9 kali Wakil Rakyat PAS memenangi kawasan ini, tetapi tiada satu pun pembangunan yang telah dibuat. Sekolah di Manek Urai Baru, klinik Kesihatan, rumah Bidan, Tadika Kemas,Jalan Raya dan jambatan sempit (penghubung antara Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama) semuanya dibuat oleh kerajaan UMNO yang dituduh 'KAFIR' .Sedangkan yang mendabik dada dengan penuh 'Islam' tiada apa-apa tindakan dibuat selain "wajah berdoa" dipaparkan di kepala gertak (jambatan) dan di pagar klinik Kesihatan...yang lainnya apa?! TIADA APA_APA!!!

Suasana Penamaan Calon..2 penjuru

Manek Urai 2009 menulis..

Hari ini ribuan penyokong BN dan PAS berarak mengiringi calon masing-masing ke pusat penamaan calon bagi pilihanraya kecil N.41 Manek Urai. Proses penamaan calon berlangsung di Dewan Petra, SMK Kebangsaan Sultan Yahya Petra, Kuala Krai.

Calon - Tuan Aziz Tuan Mat dan Mohd Fauzi Abdullah


Penyokong-penyokong BN berkumpul di sekitar bangunan UMNO Kuala Krai dan berarak kira-kira 1km mengiringi calon BN Tuan Aziz Tuan Mat ke pusat penamaan calon. Perarakan diketuai oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri dan Dato' Mustapa Mohamad, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Kepada kawan-kawan yang tidak berkesempatan hadir ke SMK Sultan Yahya Petra pagi ini, Manek Urai 2009 bawakan anda kemeriahan suasana hari penamaan calon PRK Manek Urai.


Ribuan penyokong BN berhimpun di perkarangan Bangunan UMNO Kuala Krai, mengaminkan bacaan doa

Timbalan Perdana Menteri turut bersama calon Tuan Aziz Tuan Mat

Dato' Mustapa memberikan amanat kepada penyokong

Hidup BN !!

Tuan Aziz mendapat sokongan padu UMNO Pusat, Negeri dan Bahagian


Timbalan Perdana Menteri mengetuai perarakan mengiringi calon BN

Perarakan turut disertai pemimpin parti komponen

Ribuan penyokong BN berarak sambil berselawat

Calon dengan penuh semangat menuju pusat penamaan

Undilah BN


Dato' Seri Shahrizat, Dato' Ng Yen Yen, Dato' Shafie Afdal (terlindung), Dato Mustapa, Tuan Aziz, Tan Sri Muhyiddin, Dato' Ramzi, Khairy (di belakang) dan Cikgu Li (bekas Ahli Perlimen Kuala Krai)

Penyokong Pas bersorak-sorak menyokong calon mereka, Mohd Fauzi Abdullah

Masing-masing tidak melepaskan peluang menunjukkan sokongan

Gambar di banner hanya gambar Dato' Nik Aziz dan calon Pas Mohd Fauzi Abdullah, tiada gambar Presiden Pas

Muslimat turut memberikan sokongan walaupun terpaksa bersesak-sesak dengan golongan lelaki..

Sebahagian lagi penyokong Pas

Siapa dalam kereta ni agaknya...

Nik Aziz dan isteri tiba di dewan Petra dengan diiringi oleh pengiringnya, disambut oleh penyokong

Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awang turut hadir tetapi Timbalan Presiden pas tidak kelihatan

Perpaduan? Muhyiddin bersama Dato' Pa mengunjungi khemah Pas, berbual mesra dengan Haji Abdul Hadi

.