19 June, 2009

Lepas Tendang Nasharuddin, Poster Haji Hadi pula diboikot..

manek Urai 2009 menulis...

Bukan menjadi rahsia kemarahan Nik Aziz terhadap Kerajaan Perpaduan yang diideakan oleh Hj Hadi Awang sudah tidak dapat dibendung lagi.

Kalau 2 hari lepas beliau lantang menghambat keluar Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Bachok, meminta beliau meletakkan jawatan dan menyertai UMNO, kini perang saraf menidakkan kepimpinan Presiden Pas dibuat secara tersusun oleh oleh konco-konco Nik Aziz di manek Urai.

Sejak seminggu lepas apabila poster dan bendera Pas mula dipasang di sekitar Manek Urai, sehingga hari ini tidak ada satu pun gambar Presiden Pas yang kelihatan. Semua sepanduk, kain rentang dan banner yang digantung memaparkan gambar Nik Aziz tanpa ditemani oleh gambar Hj Hadi sebagaimana kebiasaannya apabila berlaku pilihanraya.



Pos-pos Peti Undi di sepanjang jalan besar memaparkan sepanduk berbunyi "Jemaah Penyokong Kepimpinan Tok Guru" dengan meletakkan gambar Nik Aziz bersama.

Nampaknya undi tidak percaya terhadap Presiden dan Timbalan Presiden Pas telah bermula secara tidak rasmi. Pimpinan Pas Kelantan secara terbuka membuat kenyataan tidak membenarkan golongan yang menyokong idea Kerajaan Perpaduan datang berkempen di Manek Urai.

Maknanya Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Pemuda, Timbalan Mursyidul Am, Ahli-Ahli Dewan Ulamak dan sebahagian besar daripada perwakilan Muktamar Pas baru-baru ini, diharamkan sama sekali menjejakkan kaki ke bumi Manek Urai kerana mereka menyokong idea Kerajaan Perpaduan. Yang jelas Pas Kelantan mahu menyisihkan diri daripada Pas Pusat dan Pas negeri-negeri lain.

Nilai Kepimpinan Ulamak yang dijulang-julang selama ini kini dijadikan alas kaki sahaja dalam Pas. Kini sesiapa sahaja boleh mengkritik secara terbuka malah mengecam golongan Ulamak asalkan dia penyokong Nik Aziz.
.

2 comments:

  1. Nik Aziz patut dihantar ke hospital mental dah,,,cukup masa dah.

    ReplyDelete
  2. PAS UNTUK SEMUA....kecuali mereka yang mahu perpaduan ummah,TAK BOLEH sokmo!

    ReplyDelete