01 July, 2009

Nak kumpul 100,000 yang datang kurang 4,000..

Manek Urai 2009 menulis..

Sudah seminggu Anwar Ibrahim dan kepala-kepala pembangkang mengwar-warkan akan menghimpunkan lebih 100,000 umat manusia di Stadium Kelana Jaya pada 30 Jun 2009 (malam tadi). Kalau dengar pada gempaknya himpunan anjuran kepala-kepala pembangkang ni, naik seram juga bulu roma memikirkan lautan manusia memenuhi setiap inci ruang stadium berkenaan. malam ini untuk jelas isu kerajaan perpaduan.

Luasnya ruang padang kat belakang sana..

Aku di Manek Urai ni pun nak tengok sangat macam mana 100,000 manusia berkumpul di stadium tu. Hairan juga kenapa kepala-kepala pembangkang ni tak pilih Stadium Shah Alam yang lebih besar dan parking lebih luas, bukan apa nak beri keselesaan kepada 100,000 manusia pada satu-satu masa.. bukan senang beb. Tapi rupa-rupanya kepala-kepala pembangkang ni dah tau awal-awal tak akan mampu kumpul seramai tu, sebab tu buat di stadium yang lebih kecil. Mungkin mereka jangka dalam 50,000 hingga 70,000 penyokong mereka akan datang.

100,000 ke nih...fuyooo ramainya...

Maklumlah kan gabung 3 parti, mestilah ramai akan datang. Pas boleh bawak 20,000 orang, DAP bawak 20,000 orang dan PKR pun tak kan tak boleh bawak 20,000 juga. So Stadium Kelana Jaya sangat sesuai lah nak tampung 60,000 orang. Tetapi setelah penat mengerah orang datang, setelah berbelas buah bas diguna nak angkut orang, jumlah yang hadir termasuk yang terpaksa hadir kerana ada jawatan dalam parti, cuma sekitar 4,000 orang. Itu pun dah total semua dengan petugas, peniaga dan pengunjung di luar stadium.
.
Kalau mereka tahu hanya seramai ni yang datang, aku rasa awal-awal lagi kepala-kepala pembangkang ni ubah tempat, tak buat di stadium tapi buat bilik gerakan saja.
Jumlah 4,000 itu juga dah dikira sekali dengan kepala-kepala pembangkang yang berucap di himpunan tu seperti Kit Siang, Haji Hadi, Anwar dan lain-lain kepala.

Haji Hadi berucap pun tak ada semangat.. Anwar dah pening kepala.. duit minyak dah banyak bagi tapi orang tak datang pulak...mana nak letak muka

dua kepala tertidur ketika 1 kepala lagi berucap.. mesti boring...

Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden Pas sebagaimana dijangka tidak hadir. Nik Aziz walaupun dihebah-hebahkan akan hadir namun Dr Hatta membuat pengumuman Nik Aziz tidak dapat hadir. Aku tak tahu lah alasan apa Nik Aziz bagitau tak dapat hadir tapi aku yakin Nik Aziz tak hadir sebab malu nak hadir. Masakan tak malu, dia dijadual berucap di depan 100,000 orang dalam stadium tapi kalau hadir cuma boleh berucap depan 4,000 orang, itu pun tak semua ada dalam stadium.
.

8 comments:

  1. Rakyat sudah mula sedar, geng-geng pakatan rakyat cakap tidak serupa bikin. Pemimpin PAS cakap berputar-putar macam kain ikat serban atas kepala, DAP cakap macam komunis, PKR cakap macam benda tu...... alih depan tak mau, belakang juga mau......

    Depan Melayu, cakap lain, Cina dan India cakap lain, akhirnya rakyat sedar yang deme semua cuma nak kan kuasa untuk mengaut kekayaan negara.....

    ReplyDelete
  2. weeeee bleh jalan dar pakatan rakyat,aku xsangup perjudikan masa depan anak cucu aku,serik doh weh..aku pandai membaca,mengeja pun dr sekolah kerajaan,selama aku hidup ni..pakatan rakyat dok pnoh bagi pape pun kat aku..DAP,PAS,KEADILAN,bleh pg jahanam,cakap pandaila..haha nak buat baik xtunggu nak perintah,buat baik kat mana2 je,..bkn tunggu ada jawatan tolx gang..wakaka aku emosional skit,lama dh bengan dgn diaorg sesedap rasa duk kutuk kerajaan aku.. BN parti terbaik untuk rakyat!!!!!! UNDILAH BARISAN NASIONAL

    ReplyDelete
  3. lawak tol gang2 diaorg kat ats ni hahaha..ckp xserupa bikin,stakat nk ckp aku pun blh ckp haha..yg penting kotakan la weh..ingat ko kne jwb kat akhirat nanti kalo men tipu2 ni muahaha,aku pnh terdengar diaorg pnh ckp duit BN haram..tp bila ade pape dana atau bantuan..puok2 dianila yg dulu2 lg pg ambik wakaka..kalo akulah..aku malu nak g ambik kahkah

    ReplyDelete
  4. DSAI diharap turun kg buah pala, penang, p tunai janji dulu yg pernah dibuat masa kempen PRU 12 hr tu. jgn tambah dosa munafik tu lg. azab di akhirat tak terperi pedihnya (DSAI percaya ke ada neraka?).

    Asyik berhimpun je, kerajaan tak boleh bentuk lagi pun. masalah rakyat tak bleh selesai lagi pun. janji PRU/PRK tak tertunai lg. tambah janji lg.

    PR la ni fikir rakyat bodoh dan boleh diperbodohkan kerana mereka merasakan sokongan padu dr rakyat.

    ReplyDelete
  5. pandai bercakap tak semestinya pandai mentadbir... gitu la jadiknya bila pilih org yang tak cukup...

    ReplyDelete
  6. Salam rakan2 seperjuangan dan seperlawanan,

    Masalahnya susah nak bagi depa ni sedar. Lagi susah sebab depa ni buat tak tentu pasal dan fitnah tak tentu hala atas nama Islam.

    Mintak tolong linkkan:

    http://mu-speaks.blogspot.com/

    Nampaknya kita dalam arah perjuangan yang sama.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  7. balik2 PR juga yang menang nanti B.eN? hari ini dalam sejarah dah.

    ReplyDelete
  8. ambo banyak kali dah kena tipu oleh puak-puak tu, jual kereta, jual tanah, akhirnya jual surat khabar untuk pero anak bini..akhirnya gapa ambo buleh???...boleh nyakit ado la...maklumlah PAS ada 2 golongan; Pertama : PAS kedepan (sentiasa dapat projek,tanah,balak danm calon), kedua : PAS belakang (sentiasa boleh taik)

    ReplyDelete