01 July, 2009

Sebelum ayam berkokok


sang kecil besar

Hari ni sebelum kamek nak citer pasal 20 sifat Nik Ajis, kamek nak citer pasal 2 orang pemimpin PAS yang mengarut dalam akhbar Sinar Harian hari ini.


Pertama, citer pasal Dato Wan Rahim"Cikgu Rahim"(bekas ahli parlimen kuala krai dan bekas speaker Dun kelantan) yang bagitahu bahawa calon Pas(Puji ikan) adalah seorang yang memahami kesusahan rakyat Manek Urai.. Kedua hasrat Ketua Pemuda PAS Kelantan yang suruh Ketua Pemuda UMNO masuk pondok sebab tak faham pemikiran Nik Ajiz..

Kamek nak bagitahu bahawa dulu masa Cikgu Rahim jadi Ahli Parlimen Kuala Krai pun dia hanya faham je kehendak rakyat....Setakat faham tapi tak pernah pikir nak bantu rakyat..PAS ni memang cari calon yang faham sahaja bukan cari calon yang mampu tolong rakyat..jadi tak kisah la cari calon yang hanya ada sijil PMR je..Kamek rasa nak jadi pemimpin ni kena ada ilmu kerana ilmu lah yang akan menaikkan imej agama.Kalau setakat memahami je Kamek rasa orang Manek Urai pun patut memahami je calon tu...jangan pangkah..Kalau calon tu bagitahu ape-ape pada rakyat Manek Urai maka haruslah rakyat Manek Urai jawab"faham ustaz"tapi tak payah pangkah...

calon BN Tuan Aziz Tuan Mat lagi memahami kehandak rakyat dan kesusahan rakyat tapi apa yang beliau buat adalah bantu rakyat manek urai...Ramai dah orang Pas dan atas pagar di Manek Urai dah bagitahu bahawa mereka akan pangkah Tuan Aziz kali ni kerana beliau(Tuan Aziz )bantu mereka dahulu pun tak ikut fahaman politik...Jadi kamek nak bagitahu kalau setakat nak cari calon yang hanya faham sahaja kesusahan rakyat baik tak payah pangkah la .Kerja wakil rakyat bukan sahaja wakil kepada rakyat tapi bantu dan bela keperluan rakyat...


Keduanya pasal Ketua Pemuda Pas Kelantan suruh Ketua Pemuda UMNO Kelantan masuk pondok...Kamek nak bagitahu pada orang Manek Urai bahawa tu la kerja Pas..sikit-sikit cabar,sikit-sikit debat.Kamek rasa baik suruh calon pas tu dulu masuk pondok..tak pun ajak la ust Karpal,ust Lim Kit Siang dan anaknya masuk pondok dulu..ajar la mereka dulu biar mereka faham apa erti Islam yang sebenar..kalau setakat masuk pondok pastu tak amal apa yang dalam kitab kamek rasa Allah pun marah..

Apa lebihnya pondok? dulu pondok adalah institusi yang suci dan tempat manusia mencari ilmu samada fardhu ain mahupun kifayah akan tetapi bila Pas memerintah maka Nik ajiz lah yang mempengaruhi tok guru -tok guru pondok agar bermain politik maka sekarang lihatla..tok guru pondok mengeluarkan fatwa mengikut hati dan jiwa mereka ..agama di permainkan.Kadang-kadang kamek tengok Nik Ajiz ni anggap agama ni macam baju dia..sekejap pakai,sekejap buang,sekejap basuh,sekejap jemur..Betul la kalau Sdr Anuar Safian tak faham pun,bukan setakat beliau(Anuar Safian)yang tak faham pasal pemikiran Nik Ajiz malah Haji Hadi dan Nasharuddin Mat Isa (H1N1) pun tak faham pemikiran Nik Ajiz
Kamek harap kita semua pakat pikir la..

Islam bukan terletak diatas pokok,bukan diatas langit dan bukan di bawah laut akan tetapi Islam terletak dalam jiwa dan hati manusia itu sendiri..Bila kita nak Islam itu maju maka hati dan jiwa kita dulu perlu maju.Bila nak Islam itu gemilang maka jiwa dan hati kita dulu kena gemilang...

No comments:

Post a Comment